Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Tuesday, 27 October 2015

#mecooking Roti Pizza yang Mudah


Dalam banyak-banyak resepi Roti Pizza yang mudah, inilah yang paling mudah rasanya. Hanya perlu sediakan kuah Spaghetti Bolognese malam semalam yang tak habis, roti Gardenia dan kepingan cheese. 


Cara nak sediakan pun semudah ABC 123.


Step 1 sapu kuah, Step 2 letak kepingan cheese, Step 3 letak kuah sedikit lagi. Kemudian bakar dalam oven selama 5-10 minit, siap!


Masa bakar tu, kalau nampak cheese dah cair meleleh dan roti dah cukup 'terbakar', bolehlah keluarkan dan sedia untuk dimakan!


Makan masa panas-panas memang sodap! Lagi-lagi time cheese tu meleleh. Yummeh! Itu sahaja.. Hihii..

Sebenarnya ada lagi satu resepi roti pizza yang mudah.

1) Sediakan roti gardenia dalam loyang dan renjiskan air sedikit supaya roti tak menjadi keras and kering sewaktu dibakar. Kemudian sapukan tomato puri atau lagi sedap guna sos spaghetti Prego.

2) Kemudian letakkan cheese slice kat atas sapuan tadi.

3) Susunkan sausage yang dihiris nipis (yang digoreng terlebih dahulu) ke atas roti.

4) Taburkan capsicum hijau, cendawan butang, bawang dan tomato cherry. Akhir sekali, taburkan Mozarella cheese sesuka hati sebab lagi banyak lagi best.

5) Kemudian bakar dalam oven selama 5-10 minit, siap!

Boleh la cuba nanti ya!

#rotipizza #homecook #breakfast #eathome

Thursday, 15 October 2015

#mecooking Kentang Oregano Bawang Putih


I was actually trying to prepare this Kentang Oregano but there were not enough ingredients in the fridge. No time to go to the market. Hihii.. Maybe next time I'll do the full version of  the Kentang Oreganio. I'll park the recipe here first.

Bahan-bahan:

500 gm kentang (dibuang kulit)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
100 gm brokoli (dipotong kecil)
1/2 batang lobak merah (dipotong kecil)
1/2 cawan kacang merah besar
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
2 sudu makan mentega
Garam secukup rasa

Cara membuat:

1.  Kentang dibuang kulit dan dipotong kecil. Rebuskan hingga empuk.
2.  Panaskan mentega dan gorengkan kentang sehingga nampak keperangan.
3.  Masukkan bawang besar, lobak merah, brokoli dan garam. Kacau rata. 
4.  Apabila nampak layu, masukkan kacang merah dan tomato.
5.  Taburkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan tutupkan api.
6.  Hidangkan dengan ayam panggang.


Day 4 : Kentang Oregano Bawang Putih

This is my version of Kentang Oregano sebab kentang sahaja yang ada. Perut sudah lapar jadi masak apa yang ada. Hihihi..


Rebus kentang dan toskan. Panaskan butter, masukkan bawang putih, goreng sampai naik bau, masukkan kentang yang direbus, taburkan serbuk oregano dan masukkan garam secukup rasa. Goreng sampai kentang kekuningan. Garing lagi sedap!


Hidang bersama sos cili. Siap! Kunyah-kunyah buat suami tercinta. Had to make this for the second time yesterday because the first plate of Kentang Oregano habis dalam sekelip mata. Aduhai suamiku. Payah sikit nak berdiet bila ada makanan sedap katanya. 

Hmm.. Should I continue cooking? Because if I cook, there's no diet for him. Huhuu..

#kentangoregano #snacks #homecook #day4 #eathome

Tuesday, 13 October 2015

#mecooking Baked Beans and Scrambled Eggs


I survived the second day of our mission. My husband didn't! Hahaa..


Day 3 : Baked Beans and Scrambled Eggs

My husband had 2 pinggan. Hmm..


Bahan-bahan:

1 tin kacang panggang
10 batang sosej (dipotong pendek)
1 sudu makan minyak masak
1/2 cawan sos tomato
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
1 biji capsicum merah (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1.  Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2.  Masukkan sosej dan gorengkan sehingga garing.
3.  Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kacau rata.
4.  Kemudian masukkan kacang panggang, capsicum merah dan hijau. Gaul sehingga rata.
5.  Hidangkan bersama roti bakar ataupun roti bawang putih (garlic bread).

We ate baked beans with toasted bread and scrambled eggs? How to make scrambled eggs? Pecahkan telur, kacau, tuang dalam kuali yang diletak sedikit butter. Lepas tu scramble, scramble, scramble! Hihii.. Nak scrambled eggs yang fluffy boleh search Youtube. 

Hidang panas-panas! Sedap!

#bakedbeans #scrambledeggs #toastedbread #recipe #homecook #day3

#mecooking Maggie Kari Sosej Cendawan


We survived our first day!
We ate only spaghetti and drank only plain water. Yayy!!


Day 2 : Maggie Kari Sosej Cendawan

I was planning to cook something simple. Just maggie kari. Hihii.. Tapi oleh kerana ada lebihan sosej dan cendawan, masukkan saja apa yang ada. Tumis bawang putih, masukkan sosej yang dihiris nipis, tambahkan air, masukkan maggie, perencah kari, pecahkan telur, masukkan capsicum dan cendawan butang. Tunggu mendidih dan siap!

But my husband's day without rice fail because Umie masak Kari Ayam. Kikiki.. He said rugi tak makan masakan mak. Nanti kempunan. Kari, kentang and kicap sangat irresistable katanya. Hmmm..


Malam semakin gelap dan perut kembali lapar, my husband asked if I could make him spaghetti bolognese again. Hihii.. Sedap katanya, teringin! So once again I cooked spaghetti bolognese. I have to admit that my husband has this habit, makan sesuatu biar sampai jemu. Selagi tak jemu selagi itu dia akan makan. Sampai lah hari dia tengok makanan tu dia rasa nak muntah. Barulah stop. Hahahaa.. Makanan sedap lagi la dia ulang makan. So sedap la my spaghetti bolognese kan? Hihii..

#maggiekari #spaghettibolognese #recipe #homecook #day2 #eathome

Thursday, 9 May 2013

Pavlova

bila dah berkumpul ramai-ramai
mulala nak makan macam2...
kali ni nak makan pavlova...
nasib baik ada yang dah expert buat pavlova...

Resepi Pavlova

4 biji telur putih
1/2 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka
1 sudu teh esen vanilla
non dairy whipped cream
buah-buah masam (kiwi, strawberry, mangga, oren)

checklist semua dalam kepala...
so masa untuk shopping!!
Tesco jer...

bahan-bahan mahal tang buah and whipped cream...
kalau beli yang siap RM10 jer...
tapi portion nyer kecik jer...
tak cukup untuk mulut-mulut kami yang besau ni...

sebelum balik sempat tapau Big Apple donut...
cuba tengok my sister peroh punya pilihan...
aduhai... katanya dia amik apa yang dia suka makan...
ada 12 pilihan, dia pilih 6 jenis jer...
aduhai... peroh oh peroh...

(o_O)

**************

mula-mula asingkan putih telur...

 tukang asing putih telur bagi kat my sister oyong...
senang jer rupanyer...
sebelum ni tau tebuk lubang kecik jer...
hahahaaa...

 pukul putih telur sampai soft peak...
kuning telur? boleh goreng!! (^__^)

jangan lupa panaskan enjin 15 minit pada suhu 150...

 dah siap letak atas dulang pembakar atas baking paper...
bentuk la sesuka hati tapi make sure bahagian tepi lebih tinggi sikit...
supaya whipped cream tak meleleh...

untuk bakar... turunkan suhu ke 140
dan bakar selama 1 jam suku...
kalau dah warna cokelat sikit dah ok la tu...
kalau still lembik bakar lama sikit...

potong buah ikut suka...

 seperti biasa... potong memotong buah adalah tugas saya...
separuh masuk perut...

sementara tu boleh pukul whip cream sampai kembang...
oleh kerana tersalah beli whip cream maka kena cari yang lain...

kena la kuar balik cari whip cream...
my sister peroh akhirnya beli yang dalam botol jer...
yang selalu guna dah abis...
kalau nak cari... Value Rich...

sebelum pavlova siap...
i need to go to the clinic...
me and my mom kena berserah dan berharap
yang kami sempat makan pavlova sebelum abis dibaham...

Tadaaa!!
balik dari klinik pavlova dah tinggal separuh...
huhuuu... makan dalam keadaan mamai...
sebab lepas kena inject ngan doktor...
kunyah-kunyah and tetido terus...
hahahaaa... ubat tido ker doctor bagi ni?

Zzzz....  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~