Thursday, 14 March 2013

Buah Keranji Dalam Perahu

back to the busy city...
bila perjalanan balik ke Shah Alam ditemani bonda tercinta...
makanya banyaklah tempat yang kami singgah...
makan-makan dan beli makanan...
singgahlah kami di gerai buah-buahan...
beli buah keranji dan pisang...

nak tahu berapa harga sebungkus buah keranji ni?
"RM 5.00"
nak tercabut jantung den dongar...
tapi nak makan punya pasal beli lah jugak...
masa kecik-kecik dulu 5posen jer sebungkus...
aduhai... zaman sudah berubah...

al-kisah buah keranji dalam perahu...

mula-mula kami berdua tak berpuas hati dengan harga...
lepas tu tercari-cari pula pantun buah keranji...

bondaku punya pantun...

"buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan"

aduhai bonda... di manakah buah keranjinya?
sakit perut gelak sambil bawak kereta...

yang sebetulnya...

"sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan saya makan
suruh mengaji saya tak tahu"

hasil perah otak kami berdua...
sorong papan dan dalam perahu saya punya
suruh makan suruh mengaji bonda punya...
tak dapat nak google sebab tengah drive...
dan jawapannya memang betul...

sudah lupa la pantun-pantun dan peribahasa-peribahasa ni...
budak-budak zaman sekarang ni tau ke nak berpantun?
dan budak-budak zaman sekarang ni kenal ke tidak
Buah Keranji?
cuba tanya mereka... hehehee...

 kecik jer buahnya...
kulitnya rasa cam baldu...

isinya pula warna jingga... ececeh jingga... oren...
bijinya leper dan kecik jer...
bila masuk mulut boleh hisap macam cotton candy...
rasanya pula masam manis...
sedap!!

bab pisang pulak banyak jenis pisang...
hanya orang tua-tua jer yang kenal pisang...
saya suka pisang tapi tak tau nak beza...
yang obvious tu bolehla...
pisang nangka sebab rasanya berbeza...
cuba kalau pisang mas dan pisang kapas...
(o_O)

boleh baca kat sini kalau nak tahu jenis-jenis pisang...

"pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati"

orang-orang zaman dahulu memang kreatif...
semua buah boleh dijadikan pantun dan peribahasa...

"sudah gaharu cendana pula
sudah tahu bertanya pula"

kayu balak pun boleh jadi indah...
heheheee...

Bahasa Budaya Bangsa

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~