Haven't been blogging or blogwalking for quite a while cause I've been taking care of my 'manja' husband.
1 November 2015 hari tu timbul satu tanda merah di kakinya secara tiba-tiba. Nampak macam gigitan nyamuk sahaja tapi sakit katanya. Nak dijadikan cerita, kami buat tak tahu je. Hari kedua, bulatan merah semakin membesar.
Hari ketiga semakin merah dan membengkak dan pada hari keempat, sudah mula risau. Suami mula tanya rakan doktornya and I asked my doctor sister and both suruh pergi jumpa doktor ambil antibiotik. Okay, off we go to Klinik Bandaran. Doktor bagi Cloxacillin 1 biji 3 kali sehari, ubat surut bengkak 1 biji 3 kali sehari dan ubat tahan sakit 1 biji 3 kali sehari dan krim nak cepatkan keluar nanah, all for rm40.00.
Tunggu untuk 'mata' nanah keluar. Akhirnya keluar tapi tak berani nak cungkil keluarkan nanah. Lagipun kawasan lebam semakin membesar dan keting mulai sakit. Sekali lagi kami consult doktor2 persendirian tadi dan my sister cadangkan supaya pergi hospital kerajaan kerana kemungkinan antibiotik tak berkesan, dan mengesyorkan IV antibiotik. Jadi pada hari keenam, kami ke Hospital Besar Shah Alam, ingatkan boleh main pergi je, rupanya Hospital Besar Shah Alam terima pesakit yang ada surat rujukan. Jadi ke Klinik Kesihatan Shah Alam lah kami. Nasib baik sebelah hospital je.
Doktor di Klinik Kesihatan Shah Alam tanya berkenaan ubat yang diambil di Klinik Bandaran dan kesimpulan yang dibuat, dos antibiotik yang diberi tak cukup tinggi untuk suamiku yang chubby ini. Macam ubat untuk budak kecil katanya. Sebab tu lambat sembuh, jadi dia naikkan dos antibiotik 2 biji 4 kali sehari. Semua sekali termasuk ubat tahan sakit, ubat surut bengkak dan krim sapu hanya rm1.00. Alhamdulillah. Amat disyorkan pergi klinik2 kerajaan itupun sekiranya anda mempunyai banyak masa untuk menunggu giliran. Hihiii..
Oh lupa nak bagitau, my husband tak pernah buat ujian darah, jadi doktor tak dapat nak pastikan kenapa bisul ni timbul. Jadi di Klinik Kesihatan buat ujian darah dan tekanan darah. Tekanan darah 156/73 dan kandungan gula dalam darah (selepas makan) 12.1. Doktor cakap kemungkinan ada kencing manis kerana kebiasaannya mereka yang normal, kandungan gula dalam darah selepas makan adalah 6 ke bawah. Huhuu.. mulai risau kerana sekiranya ada kencing manis, lambat juga kaki nak sembuh. Jadi doktor mengesyorkan supaya buat ujian Fasting Blood Sugar pada hari Isnin dan buat appointment 2 minggu kemudian untuk mengetahui keputusan samada ada kencing manis atau tidak. Dan semestinya buat masa ni kami anggap my husband ada kencing manis. Huhuuu..
Hari ketujuh adalah hari paling ngeri nak tengok, air bisa semakin banyak yang meleleh dan nanah semakin besar. Pada malamnya barulah kami berusaha memicit keluar nanah. Huhuuu.. Nak bantu suami sihat, kena redha dan kuat walaupun takut darah. Setiap masa mencuci kawasan luka supaya tidak merebak. Risau juga sebab suami sekejap demam sekejap ok. Doktor cakap ada sedikit infection dalam darah. Jadi sebagai isteri kena pastikan makan ubat seperti yang dijadualkan. Pemakanan juga terpaksa dikawal. No more nasi 2 pinggan dan air manis. Air suam only!
Hasilnya, hari kelapan, lebam sudah semakin pudar. Alhamdulillah. Namun masih risau sekiranya berulang kembali atau muncul di tempat lain. Ada rakan yang mengatakan dia mengalami keadaan yang sama dan terpaksa melalui minor surgery untuk membuang bisa yang ada. Harap-harap my husband tidak perlu sampai ke tahap itu. Insyaallah..
Semoga ujian hari esok tidak memberikan sebarang berita yang buruk. Mulai sekarang, kami akan berusaha untuk mengawal pengambilan, gula, lemak, garam dalam diet harian. Beringat-ingat dari sekarang supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Suami sempat berlawak, lepas ni diet, dia akan kurus, ramai awek akan mengurat dia! Hmmm..
No comments:
Post a Comment