Friday 9 August 2013

My Ramadhan : Makan Ketam Tiga Rasa

Tajuk macam nak bagi resepi memasak...
hehehee... nak masak ketam 3 rasa?
order jer... ada orang yang tolong masakkan...

nah... sekejap jer dah siap...

my sista balik kelantan and kali ni berbuka kat kedai kawan abah..
masa bulan x puasa abah in charge karaoke setting kat kedai ni..
bulan puasa ni takderlah karaoke... terawikh...

menu simple jer...
ketam 3 rasa
siakap stim asam boi
sup tulang
ayam goreng kunyit
kailan ikan masin
telur dadar
sedap hingga licin semua pinggan!

sup tulang yang superb!

siakap stim yang kaww!

kedai makan ni kat dalam kampung
Restoren Indera Tom Yam
susah sikit nak cari kalau tak biasa...
trademark kedai ada pokok besar...
hehehee... Pasir Pekan...

2 orang ni memang hantu ketam...
yang baju hijau tu tukang kopek ketam untuk wife tercinta..
si wifey malas nak kopek sendiri...
kalau tak dikopek tak nak makan... hahahaa...



my sista...
teka mana satu sepit ketam, mana satu jari dia?
comomot betul makan ketam...
dia kata patut la kat hotel orang tak makan ketam...
hahahaa...

mabeles betul isi ketamnya...

iftar yang berbaloi...
ruginya my one more sista tu tak dapat join...
hahahaaa... jangan jelesss...

\(^_^)/ kenyang!!

Thursday 8 August 2013

My Ramadhan : Picnic Berbuka di Pantai Batu Buruk

A trip to Terengganu untuk berbuka puasa with my sister...
mula-mula tak tau diorang nak berbuka kat tepi pantai...
tapi after dengar batu burok batu burok...
dapatlah tahu yang sebenarnya nak berbuka kat tepi pantai...
picnic style berbuka...

memang ramai orang...
tompok tompok taik unta...
sana sejemput, sini sejemput...
meriah berbuka tepi pantai ni rupanya...

Pantai Batu Burok dekat dengan bandar...
so memang tempat orang lalu lalang...
tak sunyi...

my mom ada bertanya kenapa kat kelantan takder camni?
kenapa takder orang nak berbuka di Pantai Sri Tujoh?
jawapannyer kawasan sunyi...
walaupun tak perlu takut dengan gangguan hantu syaitan
sebab  bulan puasa, tapi ada hantu lain...
manusia yang berperangai macam hantu... hihiiiii...
tak pasal-pasal tengah berbuka kena samun..

kat Pantai Batu Burok kawasannya memang open...
bukan kawasan terpencil...
jadi tak perlu risau... (^_^)

lama juga nak menunggu waktu berbuka...
terawal sudah...

kami tak bawa bekal...
tunjuk-tunjuk kat bazaar jer...
lokasi bazaar : Dataran Shahbandar Kuala Terengganu...

ini jer makanan yang dapat dibeli...
nak jalan satu Bazaar Ramadhan tu memang tak larat...
penuh sesak satu hal...
tempat yang besar satu hal...
makanan pulak lebih kurang sama saja...
tak banyak menu yang special yang menonjol...
kuih-muih pulak macam dari owner yang sama jer...
hmmmm...
nasi goreng ayam
nasi kukus ayam berempah
kailan ikan masin
tepung pelita
apam apa ntah
air cendol
air ribena

ermm... tepung pelita tak sedap... hahahaa...

kuih ni pulak macam menarik...
pernah dengar kuih 'jala mas'?
kuih yang ni dari bahan yang sama dengan jala mas...
gula dan kuning telur...
cuma dibuat dalam bentuk lain...
nama dia 'jemput mas'...
yang pasti kalau makan banyak sangat boleh kena
kencing manis...

sementara menunggu waktu berbuka dapatlah menikmati
keindahan pantai di waktu senja...
masuk jer waktu berbuka
ada bunyi meriam or gong or beduk...
hahahaa... entahla bunyi apa...
"dooongggg!!"

Selamat Berbuka Puasa!

... (^^,) ...

Wednesday 7 August 2013

My Ramadhan : Tepung Pelita

Tepung pelita adalah kuih yang disukai semasa berbuka...
asalkan tidak basi... macamana rupa pun takper...
asalkan rasa macam tepung pelita...

Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Ia mudah rosak dan tidak tahan lama.

Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.

ceh copy paste macam tau masak jer...

bazaar Shah Alam harga tepung pelita RM2 for 5 biji...
kat Wakaf Bahru RM2 for 6 biji...

Shah Alam punya tepung pelita sangat mengecewakan...
bahagian bawah cerah jer... tak hijau dan tak rasa pandan...
hukhukhuk... kecewa...

so bila jumpa tepung pelita sedap kat kampung
memang abis makan sorang jer la...
sorry... hihihiii...
smooth and silky jer masuk kerongkong...
lemak manis menjilat sudu...

(^_^)

hehehee... dah nak abis Ramadhan baru nak bercerita pasal
My Ramadhan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~