Monday 26 December 2016

My Latte Quest : DR.Inc


DR.INC


Address:
DR.Inc Cafe @ Bangsar
8 Jalan Kemuja,
Bangsar, Kuala Lumpur.

Operating Hours:
Weekends 9am - 7pm
Weekdays 8am - 7pm

Phone:
03 2283 4698

Dari Straits Food Company nak kereta, tiba-tiba ternampak pulak satu cafe ni. Macam pernah dengar jer DR.Inc Cafe ni. Pronounce dia 'drink' dan bukannya Doctor Inc. HEHEHE.. Alang-alang dah keluar lepak ni, pastu muncul depan mata pulak tempat-tempat camni, memang pantang lah, terus jer masuk order coffee. HIHII..

Tadaa.. Sejenis kegembiraan di hati. Dapat heart shape latte! 
Bukan susah pun nak hiburkan hati ni. Kan?

Cafe ni banyak open space nya. Selesa sangat!

Waiter yang tolong ambilkan gambar berjaya selesaikan masalah kami.. Sorang tak nak duk depan sebab muka tak kurus, sorang tak nak duk depan sebab peha tak kurus. Bila dapat balik camera, separuh bahagian atas je.. 😅😅 Thanx abg waiter! 😒

Yang beria nak coffee sebenarnya sorang je. Alin ni tea person, tak berapa gemar coffee. Baik hati sangat temankan kawan nan seorang ni nak berlatte quest bagai.. HIHII.. Thank you yer Alin!

Oleh kerana tadi dah breakfast kat Straits Food Company, jadi kat sini nak minum jer! Tapi ada pulak yang nak order makanan. Hmm.. Tak kenyang ker tadi? Menarik tak menu dia, dalam dulang ke apa tah nama bendalah ni. HEHEE..

Nampak tak muka excited tengok menu. Satu muka kagum menu cantik, satu muka terkejut tengok harga. HAHAA.. Kalau dah nama cafe hipster, makanan biasa yang boleh masak kat rumah pun boleh jadi mahal gile. Tapi berbaloi la, diorang berbelanja banyak untuk cantikkan cafe nak bagi kita chill kan.. Telur dadar ngan ghoti pun boleh sampai RM20++.


Thank you DR.Inc Cafe!

My Latte Quest:
Latte ~ checked!!

JJCM @ Straits Food Company


STRAITS FOOD COMPANY


Address:
Straits Food Company,
2 Jalan Abdullah,
Off Jalan Bangsar,
Bangsar Utama,
Kuala Lumpur, Malaysia

Operating Hours:
Monday to Sunday 10am - 10pm

Phone:
03-2202 0038

Maap gambar senget benget! Asal boleh je tangkap gambar ni. Hmm.. Kena kurangkan rasa malu nak bangun tangkap gambar sekeliling kedai yang dikunjungi. Sis cuba next time! 😅😅 Konsep kedai klasik kopitiam dengan masakan Baba Nyonya. Katanya makanan lebih kurang dengan Baba Low tapi tak pernah pergi lagi Baba Low.

Setiap cafe yang dilawati sebelum ni masing-masing ada keunikan tersendiri, ada signature dish and drinks, tak kurang juga tagline tersendiri. Straits Food Company pulak dengan tagline 'Food for All' 😆😆 'Makan First, Talk Later'

Tadaa!! Inilah tujuan utama jjcm, nak makan CENDOL! 

Dah la tersilap order, minta ABC pulak kat waiter. Maap tersilap!

Alang-alang dah sampai sini mencari cendol, tak logik la tak order makan kan? Memang kena breakfast la skali. Tak banyak pun pilihan makanan yang ada, jadi takde lah pening kepala nak pilih nak makan apa. Simple menu. 

Nyonya Laksa (RM8.80) for Alin and Breakfast Set (RM5.20) for me. Masing-masing tak lepaskan peluang order cendol (RM5.80). Ada beberapa lagi makanan lain yang ada, nak tau ada apa boleh la datang sini ye kawan-kawan!

Puas hati sangat dengan cendol yang diidamkan tu. Nyonya laksa pun sedap. Hmm.. Breakfast set tu takleh nak komen la sebab sama je mana-mana if makan telur masak separuh dengan roti bakar. HIHII..

Oleh kerana masih awal, orang pun tak ramai, mulalah buat perangai. Cuba nak tangkap gambar tak pandang camera and nak buat fake laugh cam budak-budak sekarang duk post. Tapi dah tua la untuk semua tu. Tak reti satu hal, tak jadi pun satu hal. Jadi kita stick pada tangkap gambar senyum dan pandang camera sambil buat peace sign. HAHAHAA.. Tak salah pun maintain old school.

Al-kisah si kucing ni pulak, dari kami sampai dan kemudian jamu selera, mulut dia tak henti-henti mengiau. Tapi tak dihalau pun oleh waiter kedai. Siap ada yang bagi makanan untuk dia. Mula-mula kami sampai tak ramai orang, lama-lama penuh kedai. Si oren ni tolong panggilkan customer agaknya. Meriah terus!

Jadi sekian kisah jjcm cari cendol di penghujung tahun 2016 ni. Semoga tahun 2017 lagi banyak aktiviti jjcm dan membulatkan diri. Eh takmo takmo! 2017 Insyaallah berazam nak turunkan berat badan. Bab makan-makan kena control sikit. HIHII.. Thank you Alin sebab sudi jadi partner makan-makan dan mengopi. 2017 ada bucket lists yang baru! 

Cendol Straits Food Company ~ checked!!

Wednesday 16 November 2016

Hujan, Kopi Panas dan Kuih Tak Dapat Dipisahkan


Lately bila petang je mesti hujan. I don't mind cause I love rainy days! Ada perasaan membahagiakan bila hujan. 😍

So semalam after hantar kereta ke bengkel, hari mendung, lalu decide nak lepak kat KUEH Seksyen 13. Duduk je kat meja, hujan pun turun selebat-lebatnya.

Time time camni combination paling best adalah teh o panas dan pisang goreng panas. Tapi alang-alang lepak cafe hipster moh kita order yang hipster.


Anyway, love the wall deco kat luar. Gambar-gambar orang lama pujaan hati. Kami lepak luar kali ni sebab hubby nak hisap vape and nak nikmati suasana hujan.


Nasib baik datang kali ni kuih masih banyak! Rezeki kami.. Tapi rambang mata la pulok bila banyak sangat pilihan. 😵

Kuih-muihnya tak hipster. Masih maintain ketradisionalannya. Semuanya sedap! Akok ngan kuih topi dah abis la pulak. Huhuhuu..


Inilah hasil tangkapan : Latte panas, kuih cara berlauk, kuih lapis pelangi, ketayap, dan yang lagi dua tak tau apa namanya, sejenis talam dan sejenis koci. Kemudian update ya! Hahahaa..


Ini kali kedua lepak sini dan kali pertama buat my hubby. First time hari tu semata-mata nak buat My Latte Quest!


Kat sini sebenarnya "We don't have Wifi, talk to each other, pretend it's 1972" tapi kami lahir 10 tahun, 14 tahun selepas tu, jadi tak paham bahasa. Asyik main handphone jer.. Grrrr... 😠😠


Love this Kuih Lapis Pelangi, rasanya seindah rupa. Sedap! Sayang nak makan sebenarnya. Boleh ambil susunan warna ni untuk my Rainbow Donut tapi 8 lapis warna?? Oh no!! 😱😱😱 Sis cuba! 


Minum petang di kala hujan memang terbaik! The best feeling ever. Kopi panas dan kuih-muih semuanya bergembira di dalam perutku!

Alhamdulillah.. 

Sunday 16 October 2016

My Latte Quest : PULP by Papa Palheta


PULP BY PAPA PALHETA


Address:

PULP by Papa Palheta
29, Jalan Riong,
59100 Bangsar,
Kuala Lumpur

Operating Hours:
Saturday & Sunday 9.00am - 11.00pm
Monday to Friday 7.30am - 10.00pm

Phone:
03-22013650

Latte quest ketiga untuk bulan Oktober. Dah terlebih sudah! Kononnya sebulan sekali saja nak mengopi. Tak mengapalah, menenangkan hati yang lara sebab pelbagai musibah yang melanda di bulan Oktober. Tragedi Oktober tu wujud sebenarnya. Hahahaaa..

"Stop & Smell the Coffee"
"I Think I Need A Cup of Coffee"..

Masuk je dalam cafe ramainya orang, ramainya coffee lover! Kena queue untuk dapatkan seat.. Ruangnya takde lah besar mana tapi menarik! Ada satu sudut untuk test coffee, ada macam2 jenis coffee beans rupanya. Untuk orang yang bukan coffee lover tapi saje2 nak test untuk mengisi masa lapang ni, tak dapat bezakan pun yang mana sedap dan yang mana tak sedap. Just for the fun of having a mengopi session with friends!

Got my latte tapi kenapa latte art dia tak cantik? Cam senget je, cam tak ikhlas je!

Oleh kerana tadi dah lunch dekat VCR, jadi kali ni kita minum petang je lah kat PULP. Ada banyak pilihan kat kaunter tapi kami pilih nak makan Chocolate Truffle Cake.. Yummeh!

Nak dijadikan cerita, minum latte tapi tak jumpa mana dia letak brown sugar. Cafe-cafe lain sebelum ni senang je nak spot tempat sugar. Nak minta kat kaunter ramai orang, nak panggil waiter semua busy, jadi kita minum latte without sugar. Untuk coffee lovers mungkin normal minum yang pahit, but not for me. Tapi dek kerana kegawatan kali ni, minum je lah kopi pahit. Nasib baik ada Chocolate Truffle Cake. Nyum nyum..

Another great gossip session with my mengopi partner, Alin. Thanks Alin sebab bawak datang lepak sini! Jadi next mengopi session kita bulan depan lah pulak yer! Hihihiii..


MY LATTE QUEST:
Cafe Latte ~ Checked!

Recommended to all coffee lovers! Enjoy your coffee @ PULP!

Sebelum balik, terasa nak ootd walaupun outfit lama.

Hmm.. Masa ko kat dalam tadi ko gelakkan orang yang tangkap gambar ootd kat luar kedai sebab macam-macam gaya diorang buat.. Bila ko keluar ko terasa nak ber ootd jugak tapi ko tak tau nak posing camana.. So ko gelakkanlah diri sendiri yer!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~