Showing posts with label mengopi with hubby. Show all posts
Showing posts with label mengopi with hubby. Show all posts

Wednesday, 16 November 2016

Hujan, Kopi Panas dan Kuih Tak Dapat Dipisahkan


Lately bila petang je mesti hujan. I don't mind cause I love rainy days! Ada perasaan membahagiakan bila hujan. 😍

So semalam after hantar kereta ke bengkel, hari mendung, lalu decide nak lepak kat KUEH Seksyen 13. Duduk je kat meja, hujan pun turun selebat-lebatnya.

Time time camni combination paling best adalah teh o panas dan pisang goreng panas. Tapi alang-alang lepak cafe hipster moh kita order yang hipster.


Anyway, love the wall deco kat luar. Gambar-gambar orang lama pujaan hati. Kami lepak luar kali ni sebab hubby nak hisap vape and nak nikmati suasana hujan.


Nasib baik datang kali ni kuih masih banyak! Rezeki kami.. Tapi rambang mata la pulok bila banyak sangat pilihan. 😵

Kuih-muihnya tak hipster. Masih maintain ketradisionalannya. Semuanya sedap! Akok ngan kuih topi dah abis la pulak. Huhuhuu..


Inilah hasil tangkapan : Latte panas, kuih cara berlauk, kuih lapis pelangi, ketayap, dan yang lagi dua tak tau apa namanya, sejenis talam dan sejenis koci. Kemudian update ya! Hahahaa..


Ini kali kedua lepak sini dan kali pertama buat my hubby. First time hari tu semata-mata nak buat My Latte Quest!


Kat sini sebenarnya "We don't have Wifi, talk to each other, pretend it's 1972" tapi kami lahir 10 tahun, 14 tahun selepas tu, jadi tak paham bahasa. Asyik main handphone jer.. Grrrr... 😠😠


Love this Kuih Lapis Pelangi, rasanya seindah rupa. Sedap! Sayang nak makan sebenarnya. Boleh ambil susunan warna ni untuk my Rainbow Donut tapi 8 lapis warna?? Oh no!! 😱😱😱 Sis cuba! 


Minum petang di kala hujan memang terbaik! The best feeling ever. Kopi panas dan kuih-muih semuanya bergembira di dalam perutku!

Alhamdulillah.. 

Sunday, 29 May 2016

McCafe's Frequency Card


Kadang-kadang bila kegawatan ekonomi melanda tapi tekak terasa nak minum Latte, maka tempat paling berbaloi untuk mengopi adalah di McCafe. Secawan kecil yang sama saiznya dengan cawan di hipster cafe hanya berharga rm4.70. Separuh dari harga di hipster cafe. HIHII.. Nak banyak boleh order medium or large size, still murah! 😘

If nak lagi jimat, sekarang ada frequency card, collect 3 stamps and get 1 free beverage! Yayy 😍!!

Dah dapat 2 stamp! Sah sehingga 30 Jun 2016. Jom siapa nak mengopi, next time pergi dah boleh dapat free coffee. 😍

Parappappappaa.. I'm lovin it! 😘

My yummy Latte!

Suatu ketika dahulu, latte art kat McCafe dahsyat sangat. Bukan thumbs up, thumbs down ok! Mungkin belum belajar ataupun belum ada barista yang nak buat coffee kat McCafe. Pernah terdengar perbualan pekerja McCafe yang tengah sediakan my latte, 'lepas tuang susu, stroke je ikut suka guna sudu'. Maka terjadilah corak seperti di atas. HAHAA.. 😅 Dua tiga kali juga lah dapat corak abstract yang tak menarik pandangan ni. HUHUU..

Tapi sekarang alhamdulillah dah nampak dah bentuk hati ke daun pucuk paku ke bunga ke dalam cawan. HIHII..

Kudos to McCafe!

Monday, 2 May 2016

My Latte Quest : Cosans Coffee


COSANS COFFEE


Address:

COSANS Coffee
No. 30, Jalan SS15/4, 
Subang Jaya,
47500 Petaling Jaya

Operating hours:
Sun-Thurs 11am - 1am
Fri, Sat & Public Holiday 11am - 2am

First time ke sini bersama Alin di waktu hujan lebat nasib baik parking dekat. Layan Latte panas. My first ever Latte!! 😍 Dan terus obses dengan that art thing in my cup, that latte art thing! HIHIHII..

Love the lovely art!

Kali kedua with hubby and Bob.

Mencuba Caramel Latte pula. I got cute little bear in my cup, but I would prefer the leaf, the flower that kind of art. HIHIHII..

Suka sangat suasana kat sini, sangat selesa. Satu je masalah bila datang sini with hubby or any other cafe actually, kena cari kerusi yang paling selesa dan of course kena duduk luar sebab nak bervapor.

Dia sebolehnya nak elak lepak di cafe hipster, tapi bila isteri dah taksub sangat nak lepak cafe hipster jadi terpaksalah dia turutkan. Thank you Bie!! 😘

Kali ketiga lepak sini after movie date Captain America : Civil War. Nak balik rumah jalan jem sebab orang tengah balik kerja. Jadi singgah lepak dulu kat Cosans Coffee. Niat di hati nak try cafe yang lain tapi takut nanti tak reti nak order. HAHAA.. Saya mengaku saya orang kampung (sambil angkat tangan 🙋).

Kali ni layan Hazelnut Latte yang yummy!!

Our Latte Date! 😍

Cafe Latte for hubby.

Hazelnut Latte for me.

BELIEVE IN GREAT COFFEE

Suka sangat cawan dia ni.

Apa yang buatkan husband tak berapa suka hipster cafe. Mungkin sebab makanan dan minuman yang cantik dipandang tapi complicated untuk dimakan dan diminum. Contohnya air yang melimpah ruah tinggi menggunung, macamana nak minum? Burger yang besar periuk atau burger bertingkat sampai 10 tingkat, macamana nak makan? Nak nganga mulut besar mana? HIHIHII..

I love hipster cafe sebab makanan yang unik, sedap, praktikal dan instagramable. Kalau yang complicated tu kena tanya waiter la macamana nak makan or minum.

Owh lagi satu, husband tak berapa berkenan sebab harganya yang mau terbeliak biji mata. Jadi for me, sebulan sekali rasanya tak salah untuk berhipster. Thank you Bie! 😘

MY LATTE QUEST:
Cafe Latte ~ Checked!
Caramel Latte ~ Checked!
Hazelnut Latte ~ Checked!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~