Tuesday, 29 March 2016

Jalan-jalan Langkawi : SkyCab, SkyDome, SkyBridge, SkyGlide, SkyRex


Pintu masuk ke Langkawi Sky Cab atau Langkawi Cable Car ni terletak di dalam kawasan Oriental Village, Teluk Burau. Di kaki Gunung Mat Cinchang.

Walaupun kami bercuti pada musim bukan cuti sekolah tetapi orang yang nak naik cable car teramatlah ramai. Jadi tak tahu masa bila yang tak ramai orang. Penuh dengan pelancong asing. Mungkin mereka pun nak elak musim cuti sekolah. Jadi nak tak nak kenalah beratur dan menunggu giliran untuk naik cable car.

Memang bercinta habis, dari bawah sampai ke atas beratur panjang. Memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Basically, ada 3 stesen utama iaitu Base Station, Middle Station dan Top Station. Dan yang paling mencabar kesabaran adalah di Base Station sebab kat sini kena beratur beli tiket dan beratur menunggu giliran nak naik cable car. Lepas je Base Station ni maksudnya lepas la azab. HAHAA..

Harga tiket lebih lanjut boleh klik kat sini.

Kami ambil Combo B Package yang cover SkyCab, SkyDome, SkyRex dan 3D Art Museum yang berharga RM57.00 per person. Jujur nak bagitau, hanya SkyCab dan 3D Art Museum yang berbaloi. SkyDome tayangan naik roller coaster selama 5 minit dan SkyRex tayangan kena kejar T-Rex selama 10 minit. HIHII.. Nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini.

Sebenarnya ini kali pertama my husband naik cable car ever. Dia kata since berat badan naik, confidence level berkaitan tempat tinggi ni makin berkurang. Masa kat bawah bukan main dia cakap tak nak naik. Tapi semua orang paksa dia naik jugak. Jadi tak boleh lari. HAHAHAA.. Dan akhirnya dia berjaya! Conquering fear of heights ~ checked!! 

First trip naik ke atas, naik bersama my sister Fairuz, seorang lagi penakut. HAHAHAA.. Si husbandnya Fit pula duk cerita perkara yang tak sepatutnya cerita masa naik cable car. Bertambah cuak si isterinya itu. Sampai je kat Middle Station my sister and my husband berebut-rebut nak keluar. 

Oh SkyCab Langkawi ni adalah yang paling curam di Asia rasanya. Naik tak terasa tapi bila turun rasa nak tercabut jantung. WUHUU.. Menjerit jugaklah orang sebelah. 

Dari Base Station, nanti akan singgah di Middle Station kejap. Bolehlah turun untuk tarik nafas dan bergambar dengan view yang ada. Subhanallah. Hilang segala ketegangan masa dalam cable car tadi. HAHAHAA..

Teruskan perjalanan ke Top Station, nyaman je udara kat atas sana. View deck dengan pemandangan yang lebih mengagumkan dan ada Love Lock Bridge. Nak letak nama kat kunci dan sangkut kat situ mungkin takkan. Mengarut je kalau percaya, tapi untuk suka-suka apa salahnya.

Rugi kalau dah sampai ke atas tapi tak turun ke Sky Bridge. Entrance fee adalah RM5 dan kena berusaha sikit lalu hiking trail yang disediakan. Jika malas nak berjalan dan memanjat, boleh la naik Sky Glide. Bayar RM15 untuk Sky Bridge dan Sky Glide dan berhimpitlah sampai 9 orang dalam tu. Berpeluh macam orang jalan kaki kat trail sebab masa ni aircond rosak. HUHUU..

Sky Bridge

Kalau perasan sesuatu, tangan my husband tak pernah lepas railing. Gayat katanya! Nak berjalan lalu Sky Bridge sampai ke hujung pun kena paksa. Sebolehnya dia tak nak, suruh pandang tengah masa berjalan dia kata nampak juga kat tepi. HAHAHAA..

View from the top

Subhanallah cantiknya bila berada di atas. Walaupun hari panas terik tapi udaranya nyaman.

Sky Cab ~ checked!
Sky Dome ~ checked!
Sky Glide ~ checked!
Sky Bridge ~ checked!
Sky Rex ~ checked!

Next : 3D Art Museum

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~