Minyak gamat dengan Langkawi tak dapat dipisahkan. Banyak tempat yang mengusahakan minyak gamat ni. Jadi kami pilih untuk melawat Nusantara Minyak Gamat. Tagline dia bukan main, "Jangan Pulang Tanpanya!"
Lokasinya terletak 15 minit jarak perjalanan dari Jeti Kuah Langkawi dan 10 minit dari Lapangan Terbang Langkawi. Landmarknya ada sebotol minyak gamat gergasi. Masuk je, takde bayaran yang dikenakan. Sediakan duit untuk beli-belah je. HIHIHII..
Banyak sangat produk yang based on gamat and herbs. Rambang mata. HAHAHAA.. Perempuan kan pantang nampak produk kecantikan, produk kesihatan. Semua nak!
RM10.00 for 12 bottles. Murah!!
Mak bonda bukan main borong. Katanya untuk jiran-jiran kat kampung. Hamboi untung jadi jiran sebab cokelat dapat, minyak gamat pun dapat. HIHIHII..
Kat dalam ada sekawah minyak gamat yang sedang diproses. Baunya adess, menusuk qalbu!
Selesai memborong gamat, masa untuk pulang berehat sebelum sesi tengok matahari terbenam aka aktiviti menenangkan fikiran dan berdating dengan suami isteri masing-masing.
Minyak gamat ~ Checked!
No comments:
Post a Comment