Tuesday, 29 March 2016

Jalan-jalan Langkawi : Nasi Dagang Pak Malau


Lama dah nak update Jalan-jalan Langkawi awal bulan Mac hari tu tapi tak berkesempatan. Sekarang baru nak update. HIHII.. Semua ahli keluarga ada dan tiada yang terkecuali dari trip ke Langkawi kali ni. Alhamdulillah.. 4 hari 3 malam kami berada di tanah Mahsuri itu. Seronok tak terkata kerana aktiviti kami di sana amat penuh dan hanya berehat pada waktu malam apabila pulang ke tempat penginapan. Kalau nak cerita semua memang tak termampu. Jadi highlight apa yang menarik je sepanjang kami berada di sana dan yang paling nak cerita adalah Nasi Dagang Pak Malau ni.

NASI DAGANG PAK MALAU

Hadapan Masjid Bukit Temin
Jalan Makam Mahsuri
Mukim Ulu Melaka
Kuah, Langkawi

No Tel : +60 12-271 1977
(Cuti : Isnin)

Oleh kerana ramai duk viralkan Nasi Dagang Pak Malau kat media social, jadi kami juga terjebak untuk bersarapan dengan nasi dagang famous ni. Alhamdulillah kami berkunjung ke sini pada hari yang kedainya tidak ditutup. Hari Isnin cuti ye! Ia dibuka bermula waktu sarapan pagi sehingga nasi dagang dan lauk-pauknya kehabisan dijual. Jadi, baik datang awal untuk merasai sendiri pengalaman makan Nasi Dagang Pak Malau. Kami tiba di sini lebih kurang jam 10 pagi dan perlu diingatkan bahawa tempat duduk adalah terhad. Jadi kenalah bersabar sedikit. Sekiranya ada ahli keluarga yang tak suka menunggu kena buat sesuatu supaya dia tak mengamuk. HAHAA.. 

Kami bernasib baik kerana tidak perlu menunggu lama cuma tempat yang diidamkan untuk bersarapan iaitu dekat dengan sawah tak dapat. Mereka yang lepak di situ punyalah lama berborak. Tak kesian pun kat kami, jadi kami terpaksalah duduk di tempat lain. Jangan risau, semua tempat yang ada di sini menghadap pemandangan sawah padi dan bukit-bukau yang indah. Jadi tak terkilan pun tak dapat duduk di tempat yang strategik, cun melecun. HAHAHAA..

Nasi Dagang Sedap + Pemandangan Cantik = MARVELOUS!!


Harga Set Nasi Dagang :

Kambing Kurma - RM12.00
Ikan / Ayam Gulai - RM6.00
Daging Kerutub - RM7.00
Ayam Goreng Berempah - RM8.00

Kambing Kurma sahaja yang kami tak order. Yang lainnya kami cuba dan sangat sedap! Nasib baik ada lauk ayam goreng berempah dan ayam gulai for my husband yang tak makan ikan. Jadi jangan risau, walaupun pilihannya limited tapi memenuhi kehendak semua orang. Alhamdulillah. Nasi dagang ni Terengganu style kerana nasinya putih. Yang merah tu Kelantan style yer! HIHII..


Nasi Dagang + Teh Tarik = YUMMEHH!!

Orang demam pun berselera makan bila duk menghadap pemandangan camni. Subhanallah! Cantiknya alam ciptaanNya. Pandai Pak Malau berniaga. Eh Chop! Tak tau pulak nama sebenar Pak Malau, jadi panggil Pak Malau je lah. HIHII.. Katanya Pak Malau berasal dari KL dan berhijrah ke Langkawi sebaik bersara dari MAS. Isterinya orang Terengganu. Restoran ini diusahakan oleh Pak Malau suami isteri. Sepanjang kami berada di sini, Pak Malau sibuk melayan tourist, jadi tak dapat lah nak berborak dengan Pak Malau.

Nak turun ke sawah, padi yang hijau dah takde, baru lepas dituai. Jadi bergambarlah dengan kereta Morris Minor yang klasik ni. Rasanya baru sahaja diinstall di kedai Pak Malau. Mungkin Pak Malau punya, mungkin tidak. Siapa-siapa yang jumpa Pak Malau lepas ni boleh la tanya kereta ni siapa punya. Klasik plus ngeri kalau lalu malam-malam nampak kereta ni. HAHAHAA..

Sebelah warung Pak Malau ni ada Teratak Pak Malau. Pak Malau jadikan teratak ni homestay bagi sesiapa yang nak merasa suasana kampung. Makan nasi dagang kat beranda tu memang sangat epik la bagi mereka yang sewa homestay ni. Bangun pagi pun confirm tenang je nampak sawah padi dan bukit bukau. Maybe next time boleh menginap di Teratak Pak Malau ni.

Di sebelah kanan itu tempat kami bersarapan. Masa ni dah nak balik dah, dan matahari pun makin tinggi dan makin panas. Jadi terpaksalah beransur untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu naik cable car!


Kajang Pak Malau kajang berlipat, 
Kajang hamba mengkuang layu, 
Dagang Pak Malau dagang bertempat, 
Dagang hamba menumpang lalu

Nasi Dagang Pak Malau ~ CHECKED!!

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI

1 comment:

stenote said...

Artikel dan foto-foto menarik! Kunjungi juga Longji Rice Terraces di Guilin China. Baca juga artikel di stenote-berkata.blogspot.com/2017/12/sawah-padi-di-longji.html.
Lihat juga video di Youtube https://youtu.be/-FEADXHsiSM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~