Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, 5 July 2017

Melaka Road Trip : Rosa Malacca


Pada mulanya plan nak buat road trip ke Terengganu dan Kelantan, jalan-jalan cari makan. But since I am pregnant right now, nak jalan jauh dan berlama-lamaan dalam kereta memang tak terjangkau dek akal la kot. Jalan dekat pun dah sakit belakang, jadinya kami plan pergi Melaka je. Pergi jalan-jalan on weekdays adalah tindakan terbaik sebab tak perlu bersesak kat jalan dan bersesak kat tempat-tempat yang nak dilawati. We decided to stay kat Rosa Malacca sebab ada member kepada member yang rekemen hotel ni. Dan sangat tak menyesal! Cantik dan selesa sangat. 


Lupa nak bergambar depan hotel. HAHAA.. Yang penting interior memang superb! Kat Ground Floor ada Lounge yang cantik dan sangat instagrammable. HIHIII.. Tak sah kalau tak bergambar dekat lounge. Naik ke first floor, ada reception area dan Bica and Co. Cafe. Pintu lift terbuka je dah 'aawww'.


Mula-mula kami check-in Deluxe King Room tapi Cik Maria kita nak bilik yang lagi besar. Walaupun sebenarnya Deluxe King Room ni pun dah cukup selesa untuk kami bertiga. 


Yang best bilik first kami dapat ni menghadap courtyard. Bila jenguk keluar tingkap, boleh nampak Bica and Co. Cafe punya courtyard area. Cantik sangat!


One for the memory of Bilik 305. 😆😆


Lepas tu kami pindah ke Premier King Suite.


Spacious sangat! Rasa macam tak nak keluar jalan-jalan, nak duduk dalam bilik hotel je. HIHII..


Thank you Cik Maria yang cantik for the treat! 😍😍


Bila dah berjalan dengan member-member sekepala ni senang je. Senang nak explore apa-apa! Rugi lah kalau duduk kat hotel cantik tapi duduk dalam bilik saje. Mestilah nak jalan-jalan sekitar hotel sambil buat memory. 


Time to take a look around!


Tapi bukan boleh pergi semua level pun. Just Ground Floor, First Floor and our floor.


Yang paling best is the lounge! Love it!


Can't get enough of the deco! Semua cantik. Rasa nak tangkap gambar kat setiap sudut! Tapi nanti muntah pulak kang. HAHAHAA.. Dah.. Sambung cerita dan gambar kat Bica & Co. Cafe pulaklah.


Tuesday, 29 March 2016

Jalan-jalan Langkawi : Laksa Kaw Ikan Sekoq


Bila dah berjalan jauh, jangan lupa untuk makan apa yang orang tempatan makan a.k.a cari makanan yang viral. Kalau tak nanti menyesal tak cuba. Hidup ni mesti dengan prinsip 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. HAHAHAA.. Tak taulah ada kena-mengena ke tak, tapi rasanya ada. 😅

Niat di hati nak cari Laksa Kaw Ikan Sekoq Tip Top Periuk Besar Hujung Airport (amboi panjangnya nama tak bagi chan kat orang) yang orang duk heboh- hebohkan bila datang Langkawi. Bila lalu tepi Airport Langkawi, banyak pulak gerai yang jual laksa ikan sekoq ni. Hujung mana pun tak tau. 

Pastu parking tepi jalan susah nak dapat, jadi parking dekat tengah-tengah. Turun je van, akak empunya lori terus jemput makan laksa ikan sekoq yang dia jual. Tak sampai hati pulak nak buat tak endah panggilan akak tu sebab kami parking bersebelahan lori dia. Rasanya kalau jalan ke depan sikit confirm jumpa yang Tip Top tu. Tapi mungkin ditakdirkan rezeki akak, kami makan di gerai dia.

Lepas order, kami turun ke bawah ke kawasan makan tepi pantai. Subhanallah, pemandangan dia memang cantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Lepak makan bawah pohon rendang pulak tu, memang marvelous!!

Basically macam ni lah rupa laksa kaw ikan sekoq tu. Memang akan ada sekoq ikan kat atas pinggan. HIHIHII.. Bezanya antara gerai-gerai yang ada mungkin pada kuah laksa.Nasib baik kuah laksanya boleh tahan sedap. Alhamdulillah.. 

Alamak lupa pulak berapa harga sepinggan laksa ni. Memang tak boleh jadi reviewer betul. Fail!! HAHAHAA 😅😅 Tak mengapalah, mungkin nak bagi peluang kat kawan-kawan pergi cuba, rasa dan experience sendiri. Kalau review semua benda nanti tak surprise! 

Sumpah kat Langkawi time kami pergi memang panas. Dahaga memanjang, kena standby air mineral banyak-banyak. Muka kena sunburn takyah cakaplah. Berbelang-belang dahi. HAHAHAA.. Jadi perkara pertama bila jumpa tempat makan, order air! Cendol pulut tapai terbaik!! Sejuk je masuk kerongkong.


Laksa Kaw Ikan Sekoq ~ checked!!

Jalan-jalan Langkawi : Nasi Dagang Pak Malau


Lama dah nak update Jalan-jalan Langkawi awal bulan Mac hari tu tapi tak berkesempatan. Sekarang baru nak update. HIHII.. Semua ahli keluarga ada dan tiada yang terkecuali dari trip ke Langkawi kali ni. Alhamdulillah.. 4 hari 3 malam kami berada di tanah Mahsuri itu. Seronok tak terkata kerana aktiviti kami di sana amat penuh dan hanya berehat pada waktu malam apabila pulang ke tempat penginapan. Kalau nak cerita semua memang tak termampu. Jadi highlight apa yang menarik je sepanjang kami berada di sana dan yang paling nak cerita adalah Nasi Dagang Pak Malau ni.

NASI DAGANG PAK MALAU

Hadapan Masjid Bukit Temin
Jalan Makam Mahsuri
Mukim Ulu Melaka
Kuah, Langkawi

No Tel : +60 12-271 1977
(Cuti : Isnin)

Oleh kerana ramai duk viralkan Nasi Dagang Pak Malau kat media social, jadi kami juga terjebak untuk bersarapan dengan nasi dagang famous ni. Alhamdulillah kami berkunjung ke sini pada hari yang kedainya tidak ditutup. Hari Isnin cuti ye! Ia dibuka bermula waktu sarapan pagi sehingga nasi dagang dan lauk-pauknya kehabisan dijual. Jadi, baik datang awal untuk merasai sendiri pengalaman makan Nasi Dagang Pak Malau. Kami tiba di sini lebih kurang jam 10 pagi dan perlu diingatkan bahawa tempat duduk adalah terhad. Jadi kenalah bersabar sedikit. Sekiranya ada ahli keluarga yang tak suka menunggu kena buat sesuatu supaya dia tak mengamuk. HAHAA.. 

Kami bernasib baik kerana tidak perlu menunggu lama cuma tempat yang diidamkan untuk bersarapan iaitu dekat dengan sawah tak dapat. Mereka yang lepak di situ punyalah lama berborak. Tak kesian pun kat kami, jadi kami terpaksalah duduk di tempat lain. Jangan risau, semua tempat yang ada di sini menghadap pemandangan sawah padi dan bukit-bukau yang indah. Jadi tak terkilan pun tak dapat duduk di tempat yang strategik, cun melecun. HAHAHAA..

Nasi Dagang Sedap + Pemandangan Cantik = MARVELOUS!!


Harga Set Nasi Dagang :

Kambing Kurma - RM12.00
Ikan / Ayam Gulai - RM6.00
Daging Kerutub - RM7.00
Ayam Goreng Berempah - RM8.00

Kambing Kurma sahaja yang kami tak order. Yang lainnya kami cuba dan sangat sedap! Nasib baik ada lauk ayam goreng berempah dan ayam gulai for my husband yang tak makan ikan. Jadi jangan risau, walaupun pilihannya limited tapi memenuhi kehendak semua orang. Alhamdulillah. Nasi dagang ni Terengganu style kerana nasinya putih. Yang merah tu Kelantan style yer! HIHII..


Nasi Dagang + Teh Tarik = YUMMEHH!!

Orang demam pun berselera makan bila duk menghadap pemandangan camni. Subhanallah! Cantiknya alam ciptaanNya. Pandai Pak Malau berniaga. Eh Chop! Tak tau pulak nama sebenar Pak Malau, jadi panggil Pak Malau je lah. HIHII.. Katanya Pak Malau berasal dari KL dan berhijrah ke Langkawi sebaik bersara dari MAS. Isterinya orang Terengganu. Restoran ini diusahakan oleh Pak Malau suami isteri. Sepanjang kami berada di sini, Pak Malau sibuk melayan tourist, jadi tak dapat lah nak berborak dengan Pak Malau.

Nak turun ke sawah, padi yang hijau dah takde, baru lepas dituai. Jadi bergambarlah dengan kereta Morris Minor yang klasik ni. Rasanya baru sahaja diinstall di kedai Pak Malau. Mungkin Pak Malau punya, mungkin tidak. Siapa-siapa yang jumpa Pak Malau lepas ni boleh la tanya kereta ni siapa punya. Klasik plus ngeri kalau lalu malam-malam nampak kereta ni. HAHAHAA..

Sebelah warung Pak Malau ni ada Teratak Pak Malau. Pak Malau jadikan teratak ni homestay bagi sesiapa yang nak merasa suasana kampung. Makan nasi dagang kat beranda tu memang sangat epik la bagi mereka yang sewa homestay ni. Bangun pagi pun confirm tenang je nampak sawah padi dan bukit bukau. Maybe next time boleh menginap di Teratak Pak Malau ni.

Di sebelah kanan itu tempat kami bersarapan. Masa ni dah nak balik dah, dan matahari pun makin tinggi dan makin panas. Jadi terpaksalah beransur untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya iaitu naik cable car!


Kajang Pak Malau kajang berlipat, 
Kajang hamba mengkuang layu, 
Dagang Pak Malau dagang bertempat, 
Dagang hamba menumpang lalu

Nasi Dagang Pak Malau ~ CHECKED!!

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~