Monday, 26 December 2016

JJCM @ Straits Food Company


STRAITS FOOD COMPANY


Address:
Straits Food Company,
2 Jalan Abdullah,
Off Jalan Bangsar,
Bangsar Utama,
Kuala Lumpur, Malaysia

Operating Hours:
Monday to Sunday 10am - 10pm

Phone:
03-2202 0038

Maap gambar senget benget! Asal boleh je tangkap gambar ni. Hmm.. Kena kurangkan rasa malu nak bangun tangkap gambar sekeliling kedai yang dikunjungi. Sis cuba next time! 😅😅 Konsep kedai klasik kopitiam dengan masakan Baba Nyonya. Katanya makanan lebih kurang dengan Baba Low tapi tak pernah pergi lagi Baba Low.

Setiap cafe yang dilawati sebelum ni masing-masing ada keunikan tersendiri, ada signature dish and drinks, tak kurang juga tagline tersendiri. Straits Food Company pulak dengan tagline 'Food for All' 😆😆 'Makan First, Talk Later'

Tadaa!! Inilah tujuan utama jjcm, nak makan CENDOL! 

Dah la tersilap order, minta ABC pulak kat waiter. Maap tersilap!

Alang-alang dah sampai sini mencari cendol, tak logik la tak order makan kan? Memang kena breakfast la skali. Tak banyak pun pilihan makanan yang ada, jadi takde lah pening kepala nak pilih nak makan apa. Simple menu. 

Nyonya Laksa (RM8.80) for Alin and Breakfast Set (RM5.20) for me. Masing-masing tak lepaskan peluang order cendol (RM5.80). Ada beberapa lagi makanan lain yang ada, nak tau ada apa boleh la datang sini ye kawan-kawan!

Puas hati sangat dengan cendol yang diidamkan tu. Nyonya laksa pun sedap. Hmm.. Breakfast set tu takleh nak komen la sebab sama je mana-mana if makan telur masak separuh dengan roti bakar. HIHII..

Oleh kerana masih awal, orang pun tak ramai, mulalah buat perangai. Cuba nak tangkap gambar tak pandang camera and nak buat fake laugh cam budak-budak sekarang duk post. Tapi dah tua la untuk semua tu. Tak reti satu hal, tak jadi pun satu hal. Jadi kita stick pada tangkap gambar senyum dan pandang camera sambil buat peace sign. HAHAHAA.. Tak salah pun maintain old school.

Al-kisah si kucing ni pulak, dari kami sampai dan kemudian jamu selera, mulut dia tak henti-henti mengiau. Tapi tak dihalau pun oleh waiter kedai. Siap ada yang bagi makanan untuk dia. Mula-mula kami sampai tak ramai orang, lama-lama penuh kedai. Si oren ni tolong panggilkan customer agaknya. Meriah terus!

Jadi sekian kisah jjcm cari cendol di penghujung tahun 2016 ni. Semoga tahun 2017 lagi banyak aktiviti jjcm dan membulatkan diri. Eh takmo takmo! 2017 Insyaallah berazam nak turunkan berat badan. Bab makan-makan kena control sikit. HIHII.. Thank you Alin sebab sudi jadi partner makan-makan dan mengopi. 2017 ada bucket lists yang baru! 

Cendol Straits Food Company ~ checked!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~