DOLLY DIM SUM
Address:
LG.43 NU Sentral,
No. 201 Jalan Tun Sambathan,
50470 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2856-0663
Business Hours : 11.00am - 10.00pm (daily)
Kaki hubby dah semakin sembuh. Alhamdulillah. Yang penting usaha kami untuk control makan. Bila hati dah lega, baru lah tenang nak keluar berjumpa kawan-kawan. My fellow Srikandi 959 ada buat sesi melepak sambil mengedarkan Album Reunion FD @ The Kabin hari tu. Sudah banyak kali terlepas sesi-sesi melepak, kopi-mengopi, kenduri-kendara, jadi kali ni kena turun padang. Hihiii.. Tempat perjumpaan di Dolly Dim Sum Nu Sentral.
Sudah lama nak cuba dim sum kat sini dan akhirnya dapat juga. Tapi bila dah sampai kat Dolly, perut sudah kenyang kerana dah teman hubby makan terlebih dahulu. Huhuhuu.. Tidak mengapa, asalkan dapat melepaskan rindu jumpa kawan-kawan. Ketawa sampai menangis.
Macam-macam ada. Pilih saja apa yang tekak rasa nak makan. Sebelum pergi boleh check out menu Dolly Dim Sum seperti di atas kat sini. Harga je tak diletakkan. Tapi mostly RM7 dan ke atas untuk sepinggan or sebekas.
Ambiance kat sini sangat cantik dan menarik. Selesa sangat untuk berkumpul beramai-ramai bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Gelak berdekah-dekah pun tak mengapa sebab meja sebelah pun rancak bercerita.
Nak buat pengakuanlah kat sini. Sebenarnya saya ini tak pandai dan pakai chopstick. Terkial-kial jari nak pegang dua batang kayu. Nak ambil makanan yang licin-licin lagi lah parah. Nak sumbat makanan ke mulut guna chopstick pun terasa awkward. Nak sumbat dari hujung penyepit ke nak kena gigit makanan dari tepi penyepit saja? Hahaa.. Nak kena banyak praktis di rumah.
Kawan-kawan siap berebut lagi ambil makanan guna chopstick. Kalau terlibat dalam adegan ni confirm penyepit kosong. Hahahaa.. Dish yang ni lupa la pula namanya namun yang pasti ada abalone di dalamnya.
Banyak makanan yang diorder. Macam-macam rupa. Semua nampak menarik, nampak sedap. Tapi bagi yang tak makan seafood macam saya ni kenalah pandai-pandai pilih. Jangan risau, nama hidangan pelik-pelik tetapi ada disertakan description mengenai makanan-makanan tersebut. Jadi takde lah tersalah pilih yang seafood. Tak boleh nak jadi pengkritik makanan kalau ada makanan yang tak boleh dimakan. Ada unsur tidak adil. Hahahaa..
Kawan-kawanku ini hantu makan. Makan apa sahaja yang dihidangkan dan rajin jalan-jalan cari makan di seluruh pelusuk Malaysia. Di mana ada makanan sedap, di situ ada mereka. Di mana ada kedai yang ramai orang beratur, di situ ada mereka. Jadi kalau nak minta pendapat, tanya saja pada mereka.
Walaupun hanya makan sebiji Egg Custard Bun dan minum secawan Jasmine Tea, bergelak ketawa bersama mereka adalah yang terbaik. Tak sabar untuk sesi lepak seterusnya! Makan sudah, ketawa sudah, dapat album sudah. Group photo is a must!
No comments:
Post a Comment