Tuesday, 15 December 2015

#throwback : Honeymoon @ Hard Rock Hotel Penang

Nak throwback sikitlah pasal honeymoon last year! Sebabnya dah lama sangat tak berjalan-jalan makan angin. Jealous tengok kawan-kawan update pergi holiday and honeymoon. Huhuuu.. Life is a little hectic sekarang jadi tak sempat nak rancang untuk bercuti ke mana-mana. Insyaallah tahun 2016 akan ada banyak aktiviti berjalan.

Our honeymoon at Hard Rock Hotel Penang was sponsored by my beloved Goonies! Love them so much for this lovely wedding present. I'm gonna cherish it for the rest of my life! 

Got married in June, dapat tahu pregnant in September, miscarriage in September and honeymoon in November hoping to make honeymoon baby. HAHAHAA.. Tapi sampai sekarang belum ada rezeki! Owh, honeymoon juga di Kota Kinabalu in August tapi bukan berdua tapi bersembilan. A little family vacation after penat berkenduri.

#hardrockhotelpenang


We stayed in room 303. Our room have been upgraded from Hillview Deluxe to Seaview Deluxe. Yayy!! Love the view from our room. Masuk bilik je dapat surprise! Ada honeymoon cake! Yummeh..


Ruang biliknya sangat luas dan selesa. Empuknya katil tu! Perkara pertama yang kami berdua buat adalah testing bantal. Ya Allah syoknya tidur, bantal empuk, letak kepala tenggelam. HAHAHAA.. Lama juga lah kami admire bantal tu!


Lepak di balkoni sambil menikmati pemandangan laut tu priceless sangat. Sempat packing bekal Maggie Hot Cup kerana nak mencari tempat makan di tempat yang kami tidak kenali ni agak susah. Boleh lah buat alas perut sebelum keluar mencari makan malam.


Tak lupa juga admire bathroomnya. Love the bathroom!


Night life kat Batu Feringgi ni happening sebenarnya. Jam 6 petang makin banyak restoran dibuka! Memang meriah cuma kami tak tahu yang mana halal dan yang tak halal. Kami decide untuk makan di kedai yang namanya nama Melayu. Makan char kuey teow dan kebab. Nak ke Georgetown kami takde arah nak dituju. Tak buat research tempat menarik kat Georgetown. Jadi kami decide untuk berlegar-legar di Batu Ferringhi sahaja.


Makan jagung di tepi pantai sambil menikmati pemandangan indah Pantai Batu Ferringhi pun sudah memadai bagi kami. Kata honeymoon kan? Apa-apa aktiviti berdua dah cukup romantik dah. HAHAHAA..


Kalau nak cari souvenir boleh cari di Night Market Batu Ferringhi. Banyak gerai-gerai dibuka di sepanjang jalan utama yang menjual pelbagai cenderamata. Rambang mata! Tapi kena pandai tawar-menawar takut nanti menyesal. Hahahaa..

Makan sudah, berjalan pun sudah, balik berehat di hotel!


Hotel Hard Rock Penang ni sangat cantik! Banyak mural yang cantik dan ada spot yang dicadangkan untuk bergambar. Siang hari malu nak bergambar kerana banyak mata yang memandang, dan hubby memang tak suka if ada yang memandang. Jadi, waktu malam la kami jalan-jalan sekitar hotel dan bergambar. Akhirnya dapat juga bergambar dengan Guitar Hard Rock di hadapan hotel. Nak tunggu giliran di siang hari punyala susah. Ada saja yang berposing.

And... This is my husband's idea of wefie! HAHAHAA..

Bagi yang berminat nak layan live band, jangan lupa pergi Hard Rock Cafe. Sebelah je.


Di pagi hari, sebelum hari semakin panas, mandi kolam jangan dilupa! Di Hard Rock Hotel Penang ada room yang 'bangun tidur terus terjun swimming pool'. HIHIHII.. Lagoon Deluxe namanya. Seronoknya kalau dapat room tu. Tak payah susah-susah nak keluar bilik. If ada bajet lebih next time, ambil bilik ni memang berbaloi!

#starzdiner


Sarapan pagi kami sangat menyelerakan di Starz Diner. Western and local delicacies semua ada. Memang terbaik! Rasa macam nak stay lama sebab nak makan semua. Tak sempat snap gambar sebab menikmati dengan khusyuk dan kerana orang sebelah pantang kalau telefon naik tinggi dari makanan. HAHAHAA.. Mandi sudah, breakfast sudah, tiba masanya untuk mengemas dan mencheck-outkan diri.

See you next time Hard Rock Hotel Penang!

#penangstreetart


Satu benda yang nak sangat buat di Georgetown sebelum pulang ke Shah Alam adalah nak tengok Penang Street Art and Wall Painting sebab semua yang pergi Penang semua post gambar street art. Nak jugak posing dengan wall painting yang ada. HIHIHII..

Dalam banyak-banyak wall painting yang famous diperkatakan, kami berjaya menjumpai satu sahaja. Akibat panas terik, baju basah lencun dan kaki husband yang mulai kebas, jadi kami terpaksa membatalkan niat menjejaki street art yang lain. HUHUHUU.. Niat di hati nak cover semua yang ada dalam brochure Street Art in Georgetown ni, tapi apa kan daya. Next time kena fit kan diri masing-masing dulu supaya tidak pancit!


Satu perkara yang kami perlu ada adalah GoPro, supaya takdelah gambar solo memanjang. My sister and her husband yang pergi selepas kami berjaya mengambil foto berdua yang menarik. HUHUHUU.. I want a GoPro too!



Nasib baik dapat beli fridge magnet yang comel ni, jadi lah sebagai pengubat. Ada gambar-gambar street art beserta lokasi dan description berkenaan lukisan tersebut. Walaupun bukan kesemuanya tapi memadailah setakat ini. Next trip ke Penang perlu habiskan semua dengan harapan lukisan-lukisan tersebut masih tidak pudar dan tidak reput dimakan karat. 

#jjcmpenang


Bab jalan-jalan cari makan di Penang tidak kesampaian. Al-maklum la kami dari Shah Alam bukan dari Penang. Jadi belajar dari kesilapan, lain kali kena ada sorang kawan yang tahu selok belok tempat makan yang sedap dan famous di Penang. Kalau mengharapkan kami berdua, memang tak ke mana. Kelaparan jadinya! Lagipun kami tak nak menyusahkan kawan-kawan kerana kami ke sana pada hari bekerja. Tak nak mengganggu kerja.

Berdasarkan beberapa info kawan-kawan, kami berjaya jumpa kedai makan Hameediyah. Ada yang suggest ke sini kerana nasi kandar dan murtabak yang sedap. Memang sedap murtabaknya! Cita-cita nak makan Nasi Kandaq Line Clear tak berjaya sebab tak tahu kat mana. HAHAHAA.. Nak makan Rojak Pasemboq Menari kat Gurney Drive pun tak berjaya kerana sudah tiba masa untuk pulang ke Shah Alam.

Jadi kepada kawan-kawan yang asal Penang atau pernah jalan-jalan kat Penang, boleh lah bagi cadangan tempat menarik untuk dilawati dan tempat makan yang sedap untuk dicuba untuk trip kami yang akan datang! Supaya visit kami ke Penang next time lebih bermakna dan lebih menggemukkan. HIHIHII.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~