Sunday
20.12.2015
Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan
20.12.2015
Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan
Majlis resepsi Muzz dan Lala. Cantik sangat pasangan pengantin di atas pelamin. Jeles pulak bila orang lain ada pelamin untuk bersanding. Wedding kami tak ada pelamin sebab kami berdua pemalu. HAHAHAA..
The whole gang was there. The complete 'Legendary Wolfpack' was there to celebrate Muzz and Lala's big day! Semua ada!
Ambil peluang untuk duduk atas pelamin orang. HAHAHAA...
Semua orang pun nak. Pengantin lama pun sama. Mia terpaksa bagi laluan.
Wefie bersama pengantin adalah perlu! Dalam banyak-banyak wajah, Mia punya paling win! Definitely a great day for all of us. Yeay!!
Tapi lepas wedding, mereka buat ad-hoc trip to the beach yang tak berapa great dah buat kami berdua kerana kami berdua tidak membawa pakaian bersesuaian untuk mandi. Berbaju kurung dan berbaju kemeja serta berkasut. HUHUHUU...
We went to Port Dickson Beach. Dah lama tak berjumpa dengan pantai. Just what I needed. Cuma musim cuti sekolah plus weekend ramainya orang. Pemandangan penuh dengan manusia bermain air. Tak mengapalah, sama-sama berkongsi keindahan ciptaan Tuhan.
Walaupun berbaju kurung, berkemeja dan berkasut, kami tetap happy dapat berkubang dalam pasir. Tak mengapalah tak dapat mandi laut kali ni. There'll be next time!
Mia pun seronok jer dapat berkubang dalam pasir. Building sand castles dengan Eryna punya tools!
Lepak session paling best sambil tunggu matahari terbenam. Tak dikira picnic sebab makanan tak ado. HUHUHUU... Dapat pisang goreng cheese pun tak menarik sebab cheese nya ciput yang amat.
Kami bernasib baik sangat sebab masa mula-mula sampai ke pantai cuaca cerah. Budak-budak kecik dapat main dengan sepuas hati sebelum pulang. Ketika nak beransur pulang barulah cuaca mulai mendung. Jadi tak rushing pun nak elakkan hujan. Alhamdulillah..
Bila matahari mula nak menyorokkan diri, maka bermulalah sesi 'cover album'. HAHAHAA... Perasan boyband masing-masing. Untuk seseorang itu, walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi bentuk badanmu yang bulat tetap menjadi pujaan hatiku. HAHAHAA...
Si pemalu berdua ni pun nak juga mengabadikan sunset. Memang fail bab-bab posing ni. Nak buat love pun terkial-kial. Layankan saje.
Bila la dapat nak bersunset foto dengan anak cam mereka ni. Jeles memang jeles, lagi-lagi bila si Mia tu comel yang amat. HIHIHII... Kena usaha lebih tahun 2016 sebab 2015 dah nak habis. TTC oh TTC.
Mungkin ada sebabnya kenapa Allah masih tidak mengurniakan kami zuriat. Kami berdua masih belum stabil dari segi kewangan. Bukan senang nak membesarkan anak, kami tahu itu. Tapi sekiranya Allah mengurniakan kami zuriat dalam masa terdekat, kami akan berusaha untuk lakukan yang terbaik demi kehidupan kami sekeluarga. Insyaallah.
Jadi buat masa sekarang, bila teringin sangat nak pegang baby, boleh cari si Mia ni. HAHAHAA... Love you Mia!
#childhoodmemories #spiralseashells
Pernah tak kutip spiral seashells ni? HAHAHAA.. Tak tahu apa nama sebenarnya so I called it spiral seashell. Tiny little seashells with lovely patterns. Jika berpeluang ke pantai, pasti akan kutip seashell jenis ni. Boleh buat rantai. Bila ada anak nanti, pastinya akan ajar mereka how to appreciate life by appreciating the beautiful little things that live gives us.
No comments:
Post a Comment