Showing posts with label homecook. Show all posts
Showing posts with label homecook. Show all posts

Sunday, 18 October 2015

#mecooking French Toast Gulung


French Toast, also known as eggy bread is bread dipped in a batter of egg and milk and sauteed until brown, usually served with syrup or sprinkled with sugar and cinnamon. 

Kami sekeluarga panggil 'roti telur'. Arwah Abah's favorite makanan untuk bersahur. Ya Allah rindunya pada arwah. Sebulan bulan puasa bersahur makan 'roti telur' ni pun tidak mengapa buat arwah. Sedap dan cukup untuk bagi tenaga berpuasa katanya. Cicah dengan gula. Marvelous!!


French Toast selalunya roti empat segi, versi kami versi gulung. Garing di luar, lembut di dalam. Yummy!


Susu tiada, jadi seperti biasa guna apa yang ada. Roti dan telur dan secubit garam. Kena pastikan yang minyak dah cukup panas baru masukkan roti yang dicelup dengan telur. Gulung siap-siap sebelum goreng.

Diet kami suami isteri sudah hancus di hari ke 6, 7 dan 8 iaitu hari ini kerana tidak tertahan dengan godaan milo ais dan ayam penyet. Aduhai. Misi #mecooking dan #eathome juga tidak terlaksana kerana di hari ke 5, 6, 7 dan 8 kami suami isteri terpaksa makan di luar kerana berjumpa prospek. Huwaa.. Usaha nak minum plain water selama sebulan juga terbantut.

Minum petang hari ni sempat buat 'roti telur' ni. Tapi takde lah nak setting gambar hari ni sebab ada anak-anak saudara kat rumah ni. Nanti banyak pula bunyi diorang. Hihii.. Nasib baik ada koleksi gambar yang lama-lama.

#frenchtoast #homecook #day8 #eathome

Thursday, 15 October 2015

#mecooking Kentang Oregano Bawang Putih


I was actually trying to prepare this Kentang Oregano but there were not enough ingredients in the fridge. No time to go to the market. Hihii.. Maybe next time I'll do the full version of  the Kentang Oreganio. I'll park the recipe here first.

Bahan-bahan:

500 gm kentang (dibuang kulit)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
100 gm brokoli (dipotong kecil)
1/2 batang lobak merah (dipotong kecil)
1/2 cawan kacang merah besar
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
2 sudu makan mentega
Garam secukup rasa

Cara membuat:

1.  Kentang dibuang kulit dan dipotong kecil. Rebuskan hingga empuk.
2.  Panaskan mentega dan gorengkan kentang sehingga nampak keperangan.
3.  Masukkan bawang besar, lobak merah, brokoli dan garam. Kacau rata. 
4.  Apabila nampak layu, masukkan kacang merah dan tomato.
5.  Taburkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan tutupkan api.
6.  Hidangkan dengan ayam panggang.


Day 4 : Kentang Oregano Bawang Putih

This is my version of Kentang Oregano sebab kentang sahaja yang ada. Perut sudah lapar jadi masak apa yang ada. Hihihi..


Rebus kentang dan toskan. Panaskan butter, masukkan bawang putih, goreng sampai naik bau, masukkan kentang yang direbus, taburkan serbuk oregano dan masukkan garam secukup rasa. Goreng sampai kentang kekuningan. Garing lagi sedap!


Hidang bersama sos cili. Siap! Kunyah-kunyah buat suami tercinta. Had to make this for the second time yesterday because the first plate of Kentang Oregano habis dalam sekelip mata. Aduhai suamiku. Payah sikit nak berdiet bila ada makanan sedap katanya. 

Hmm.. Should I continue cooking? Because if I cook, there's no diet for him. Huhuu..

#kentangoregano #snacks #homecook #day4 #eathome

Tuesday, 13 October 2015

#mecooking Baked Beans and Scrambled Eggs


I survived the second day of our mission. My husband didn't! Hahaa..


Day 3 : Baked Beans and Scrambled Eggs

My husband had 2 pinggan. Hmm..


Bahan-bahan:

1 tin kacang panggang
10 batang sosej (dipotong pendek)
1 sudu makan minyak masak
1/2 cawan sos tomato
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
1 biji capsicum merah (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1.  Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2.  Masukkan sosej dan gorengkan sehingga garing.
3.  Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kacau rata.
4.  Kemudian masukkan kacang panggang, capsicum merah dan hijau. Gaul sehingga rata.
5.  Hidangkan bersama roti bakar ataupun roti bawang putih (garlic bread).

We ate baked beans with toasted bread and scrambled eggs? How to make scrambled eggs? Pecahkan telur, kacau, tuang dalam kuali yang diletak sedikit butter. Lepas tu scramble, scramble, scramble! Hihii.. Nak scrambled eggs yang fluffy boleh search Youtube. 

Hidang panas-panas! Sedap!

#bakedbeans #scrambledeggs #toastedbread #recipe #homecook #day3

#mecooking Maggie Kari Sosej Cendawan


We survived our first day!
We ate only spaghetti and drank only plain water. Yayy!!


Day 2 : Maggie Kari Sosej Cendawan

I was planning to cook something simple. Just maggie kari. Hihii.. Tapi oleh kerana ada lebihan sosej dan cendawan, masukkan saja apa yang ada. Tumis bawang putih, masukkan sosej yang dihiris nipis, tambahkan air, masukkan maggie, perencah kari, pecahkan telur, masukkan capsicum dan cendawan butang. Tunggu mendidih dan siap!

But my husband's day without rice fail because Umie masak Kari Ayam. Kikiki.. He said rugi tak makan masakan mak. Nanti kempunan. Kari, kentang and kicap sangat irresistable katanya. Hmmm..


Malam semakin gelap dan perut kembali lapar, my husband asked if I could make him spaghetti bolognese again. Hihii.. Sedap katanya, teringin! So once again I cooked spaghetti bolognese. I have to admit that my husband has this habit, makan sesuatu biar sampai jemu. Selagi tak jemu selagi itu dia akan makan. Sampai lah hari dia tengok makanan tu dia rasa nak muntah. Barulah stop. Hahahaa.. Makanan sedap lagi la dia ulang makan. So sedap la my spaghetti bolognese kan? Hihii..

#maggiekari #spaghettibolognese #recipe #homecook #day2 #eathome

#mecooking Spaghetti Bolognese


Our Mission 11 October 2015 - 11 November 2015

A month without sweet drinks
A month without rice

It's not just about diet, it's about trying to stay healthy.
I hope this is a start towards our healthy living.
Been eating a lot of 'sweetness' and 'fatness' and being comfortable with it for so long.

It's time for me to start cooking too! Hahaa..


Day 1 : Spaghetti Bolognese

Tak berapa menjadi dietnya bila Encik Suami makan bertambah sampai 3 pinggan. Adess!


Bahan-bahan:

1 paket spageti (direbus hingga lembut)
400gm daging kisar halus (mincemeat)
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
2 biji tomato muda (dipotong dadu)
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
4 biji tomato (dikisar) - I use 1 tin Prego
4 sudu makan cili kisar
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan serbuk oregano kering
1 pokok daun parsli (dicincang halus)
Garam secukup rasa

Tapi kalau takde mana-mana bahan di atas, guna saja apa yang ada di dapur. Terlupa beli lobak merah, daun parsli, tomato muda. Jadi tak masukkan pun. Nak lauk lebih letak sosej yang dihiris nipis. Nak pedas tambah cili padi.

Cara Membuat:

1.  Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih. Goreng hingga wangi.
2.  Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata. 
3.  Masukkan sos tomato, sayur-sayuran yang dipotong, cendawan butang, garam, air dan serbuk lada hitam.
4.  Kacau rata dan dibiarkan sehingga pecah minyak.
5.  Angkat dan tuangkan di atas spageti. 
6.  Taburkan serbuk oregano kering dan hiris daun parsli.

Senang dan sekejap je masak!

#spaghettibolognese #recipe #homecook #day1 #eathome


Monday, 22 April 2013

Jelly oh Jelly

bila hari terasa hambar...
bila hati terasa sedih....

mulalah nak makan something sweet...

nasib baik rajin...
30 minit jer dah siap!!
yummeh jelly...

merah menyala!!  =^_^=

hati lembik macam jelly... hehehee...

Ayam Halia

makan halia bagus untuk buang angin...
selalu orang minum teh halia...
hmmm... cannot go...
bau jer pun tak tahan...

but i like to eat ayam halia...
order : nasi putih, ayam halia, teh o suam....

this my version of ayam halia:
ayam
sos tiram
serbuk lada hitam
tomato
halia
bawang merah
bawang putih
cili
SIAP!!

boleh jer nak masak...
tapi ada penyakit malas...
huhuhuu...

+
=
KENYANG!!

nasi putih + ayam halia + sayur goreng = kenyang

=^__^=  yummss...

Sup Cendawan

tak tahu sejak bila suka makan cendawan...
tapi sekarang memang sangat suka cendawan...
cendawan tiram my faveret...
shitake tak suke...

bila ada bahan yang cukup dalam peti ais...
mulalah aktiviti memasak...
getting quite good in cooking...
hahahaaa... masuk bakul angkat sendiri...
dulu agak hambar... tak cukup masin, masam, manis...
sekarang dah ok sikit...
practice makes perfect... hehehee...

\(^__^)/ i love cooking...

Saturday, 30 March 2013

Fusilli Sardin

lately makan banyak betul...
muka dah macam roti bun..
hahahaaa...

al-maklumla duk kampung makan berselera...
bila balik Shah Alam seronok plak main masak2...
hehehee... mengasah bakat yang terpendam...

lately selera omputih sikit...
makan pasta jer memanjang...
bukan apa, nak abiskan stok fusilli yang banyak tu...
masak fusilli itu, fusilli ini...

dan ini Fusilli Sardin...

resepi asal sebenarnya guna spaghetti...
alang-alang ada fusilli atas peti, masak jer la fusilli...

 fusilli ni ada yang panggil spiral spaghetti...
hehehee... kalau nak tau jenis-jenis pasta ni boleh cek kat
The Cook's Thesaurus
segala jenis pasta dicerita kat sini...
macam-macam ada!!

suka makan fusilli ni sebab sos dapat masuk celah-celah
spiral... memang syok bila makan...
tak terpercik macam makan spaghetti
(saya memang buruk lantak bila makan spaghetti...hahaha)

senang jer nak masak Fusilli Sardin ni...
tumis sardin dengan bawang putih, bawang merah, cili boh...
masukkan air asam jawa...
masukkan cili padi (biar pedas sikit)...
masukkan daun limau purut...
masuk garam secukup rasa...
siap masak!

hidangkan dengan sepotong limau nipis dan timun...
hehehee... nak puji diri sendirilah... SEDAP!!

yang ni plak fusilli yang dimasak sebelum ni...

 Fusilli Goreng...
main taram jer...

Fusilli Carbonara...
cendawan butang lupa nak beli...
hahahaa...

oh jangan lupa...
fusilli punya pronunciation: foo-ZEE-lee...
hehehee... fusilli dah abis so dah boleh masak
bahan lain pulak...

(^___^) yummsss...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~