French Toast, also known as eggy bread is bread dipped in a batter of egg and milk and sauteed until brown, usually served with syrup or sprinkled with sugar and cinnamon.
Kami sekeluarga panggil 'roti telur'. Arwah Abah's favorite makanan untuk bersahur. Ya Allah rindunya pada arwah. Sebulan bulan puasa bersahur makan 'roti telur' ni pun tidak mengapa buat arwah. Sedap dan cukup untuk bagi tenaga berpuasa katanya. Cicah dengan gula. Marvelous!!
French Toast selalunya roti empat segi, versi kami versi gulung. Garing di luar, lembut di dalam. Yummy!
Susu tiada, jadi seperti biasa guna apa yang ada. Roti dan telur dan secubit garam. Kena pastikan yang minyak dah cukup panas baru masukkan roti yang dicelup dengan telur. Gulung siap-siap sebelum goreng.
Diet kami suami isteri sudah hancus di hari ke 6, 7 dan 8 iaitu hari ini kerana tidak tertahan dengan godaan milo ais dan ayam penyet. Aduhai. Misi #mecooking dan #eathome juga tidak terlaksana kerana di hari ke 5, 6, 7 dan 8 kami suami isteri terpaksa makan di luar kerana berjumpa prospek. Huwaa.. Usaha nak minum plain water selama sebulan juga terbantut.
Minum petang hari ni sempat buat 'roti telur' ni. Tapi takde lah nak setting gambar hari ni sebab ada anak-anak saudara kat rumah ni. Nanti banyak pula bunyi diorang. Hihii.. Nasib baik ada koleksi gambar yang lama-lama.
Minum petang hari ni sempat buat 'roti telur' ni. Tapi takde lah nak setting gambar hari ni sebab ada anak-anak saudara kat rumah ni. Nanti banyak pula bunyi diorang. Hihii.. Nasib baik ada koleksi gambar yang lama-lama.
#frenchtoast #homecook #day8 #eathome
No comments:
Post a Comment