Dalam banyak-banyak resepi Roti Pizza yang mudah, inilah yang paling mudah rasanya. Hanya perlu sediakan kuah Spaghetti Bolognese malam semalam yang tak habis, roti Gardenia dan kepingan cheese.
Cara nak sediakan pun semudah ABC 123.
Step 1 sapu kuah, Step 2 letak kepingan cheese, Step 3 letak kuah sedikit lagi. Kemudian bakar dalam oven selama 5-10 minit, siap!
Masa bakar tu, kalau nampak cheese dah cair meleleh dan roti dah cukup 'terbakar', bolehlah keluarkan dan sedia untuk dimakan!
Makan masa panas-panas memang sodap! Lagi-lagi time cheese tu meleleh. Yummeh! Itu sahaja.. Hihii..
Sebenarnya ada lagi satu resepi roti pizza yang mudah.
1) Sediakan roti gardenia dalam loyang dan renjiskan air sedikit supaya roti tak menjadi keras and kering sewaktu dibakar. Kemudian sapukan tomato puri atau lagi sedap guna sos spaghetti Prego.
2) Kemudian letakkan cheese slice kat atas sapuan tadi.
3) Susunkan sausage yang dihiris nipis (yang digoreng terlebih dahulu) ke atas roti.
4) Taburkan capsicum hijau, cendawan butang, bawang dan tomato cherry. Akhir sekali, taburkan Mozarella cheese sesuka hati sebab lagi banyak lagi best.
5) Kemudian bakar dalam oven selama 5-10 minit, siap!
Boleh la cuba nanti ya!
#rotipizza #homecook #breakfast #eathome
No comments:
Post a Comment