Friday 23 October 2015

JJCM @ Goyang Coffee


Jerebu kembali menyerang dan akibatnya duduk dalam rumah diam-diam. Tapi kepada yang bekerja kenalah keluar bekerja. Bagi surirumah kerja harian perlu diteruskan. Memasak, basuh baju, jemur baju, lipat baju, menyapu dan sebagainya. Extra tugas adalah bayar bil. Pada mulanya nak keluar ke Pejabat Pos Besar Shah Alam untuk membuat pembayaran bil sahaja, tapi terasa nak meronda melihat kawasan jajahan pula.

Tak sukanya dengan pemandangan yang kabur. Semua benda nampak tak jelas. Nak bernafas pun tak selesa. Jerebu oh jerebu.


Selama beratur menunggu drive through untuk membayar bil, mata asyik memandang bangunan berhadapan pejabat pos. Kaburnya! Jadi terasa nak menjelajah ke kawasan sekitar untuk melihat keadaan. Inilah suasana di sekitar Seksyen 14, Seksyen 10 dan Seksyen 9 yang berjaya dirakamkan. Semuanya kabur.


Ronda punya ronda, ternampak pula gerai Goyang Coffee di kawasan tempat letak kereta berhampiran Restoran Cili Merah dan juga Rojak Karim Seksyen 9. Lebih senang lokasinya di bahagian belakang Hotel Concorde Shah Alam.


Sudah lama nak mencuba Goyang Coffee ni setiap kali singgah membeli Rojak Karim, dan selalu perasan orang beratur panjang nak beli coffee. Terbantut jugalah niat bila nampak queue yang panjang. Dalam hati kata 'next time' dan dalam hati juga merungut 'asyik next time je'.


Kali ni bernasib baik kerana queue nya tidak panjang. Alhamdulillah. Banyak flavor rupanya. Bukan setakat coffee, yogurt dan flavor buah-buahan pun ada. Banyak pilihan dan boleh campur flavor mengikut citarasa masing-masing.


Sebekas yang besar ini berharga RM5.00. Mahal? Tak lah, berbaloi! Rasanya sedap, rich in flavor! Tak kedekut. Ianya boleh tahan sehingga 2-3 jam kerana aisnya yang banyak. Jika Iced Latte di Starbucks, mahu berbelas ringgit. Adalah sangat berbaloi minum Goyang Coffee!


This is my Iced Vanilla Latte (latte + vanilla)! Thorbaek!!

Semestinya akan kembali ke sini lagi untuk mencuba flavor yang lain terutamanya Mango Yogurt! Macam sedap je tengok orang lain minum.

JJCM kali ni bukan jalan-jalan cari makan, tapi Jerebu-Jerebu Cari Minum @ Goyang Coffee. Terubat dan hilang rasa stress di kala jerebu teruk ini.

Goyang Coffee : Sedap Whoot! Whoot!

#JJCM #goyangcoffee #vanillalatte #jerebu #shahalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~