Thursday 29 October 2015

Segmen Blogwalking YanieYusuf.com


Nak join juga lah segmen blogwalking ni. Menambah kenalan almaklum la I'm a newbie. Hahaa.. Takde la newbie, sudah lama berblog tetapi banyak meraban. Bila blogwalk ke blog-blog yang ada kat luar sana, hamboi dahsyat! Jealous sangat terutamnya mereka yang merantau serata dunia serta mereka yang masak kat rumah tapi hidang macam kat restoren mahal. Hihii..


Kalau nak join segmen blogwalking ni boleh la klik banner kat atas untuk lihat cara-caranya. 

Lets do this! (^__^)

Tuesday 27 October 2015

JJCM Mango Yogurt by Goyang Coffee


GOYANG COFFEE SEKSYEN 9 SHAH ALAM


Lokasi:
Kawasan Tempat Letak Kereta,
Bersebelahan padang,
Belakang Hotel Concorde Shah Alam,
Seksyen 9, Shah Alam

Bila gerainya dekat dengan rumah saja, memang rasa nak minum Goyang Coffee setiap hari. Hahaa.. Misi nak minum Mango Yogurt akhirnya tercapai. Alhamdulillah kali ni tak perlu beratur panjang.


Iced Latte for my husband and Mango Yogurt for me!


Ternyata berbaloi! Mango Yogurtnya sedap yang amat. Seperti tagline nya 'Sedap Whoot Whoot!'

Siapa yang belum cuba bolehlah mencubanya!

#goyangcoffee #mangoyogurt #girleatlocal #supportlocalproduct

#mecooking Roti Pizza yang Mudah


Dalam banyak-banyak resepi Roti Pizza yang mudah, inilah yang paling mudah rasanya. Hanya perlu sediakan kuah Spaghetti Bolognese malam semalam yang tak habis, roti Gardenia dan kepingan cheese. 


Cara nak sediakan pun semudah ABC 123.


Step 1 sapu kuah, Step 2 letak kepingan cheese, Step 3 letak kuah sedikit lagi. Kemudian bakar dalam oven selama 5-10 minit, siap!


Masa bakar tu, kalau nampak cheese dah cair meleleh dan roti dah cukup 'terbakar', bolehlah keluarkan dan sedia untuk dimakan!


Makan masa panas-panas memang sodap! Lagi-lagi time cheese tu meleleh. Yummeh! Itu sahaja.. Hihii..

Sebenarnya ada lagi satu resepi roti pizza yang mudah.

1) Sediakan roti gardenia dalam loyang dan renjiskan air sedikit supaya roti tak menjadi keras and kering sewaktu dibakar. Kemudian sapukan tomato puri atau lagi sedap guna sos spaghetti Prego.

2) Kemudian letakkan cheese slice kat atas sapuan tadi.

3) Susunkan sausage yang dihiris nipis (yang digoreng terlebih dahulu) ke atas roti.

4) Taburkan capsicum hijau, cendawan butang, bawang dan tomato cherry. Akhir sekali, taburkan Mozarella cheese sesuka hati sebab lagi banyak lagi best.

5) Kemudian bakar dalam oven selama 5-10 minit, siap!

Boleh la cuba nanti ya!

#rotipizza #homecook #breakfast #eathome

Friday 23 October 2015

JJCM @ Goyang Coffee


Jerebu kembali menyerang dan akibatnya duduk dalam rumah diam-diam. Tapi kepada yang bekerja kenalah keluar bekerja. Bagi surirumah kerja harian perlu diteruskan. Memasak, basuh baju, jemur baju, lipat baju, menyapu dan sebagainya. Extra tugas adalah bayar bil. Pada mulanya nak keluar ke Pejabat Pos Besar Shah Alam untuk membuat pembayaran bil sahaja, tapi terasa nak meronda melihat kawasan jajahan pula.

Tak sukanya dengan pemandangan yang kabur. Semua benda nampak tak jelas. Nak bernafas pun tak selesa. Jerebu oh jerebu.


Selama beratur menunggu drive through untuk membayar bil, mata asyik memandang bangunan berhadapan pejabat pos. Kaburnya! Jadi terasa nak menjelajah ke kawasan sekitar untuk melihat keadaan. Inilah suasana di sekitar Seksyen 14, Seksyen 10 dan Seksyen 9 yang berjaya dirakamkan. Semuanya kabur.


Ronda punya ronda, ternampak pula gerai Goyang Coffee di kawasan tempat letak kereta berhampiran Restoran Cili Merah dan juga Rojak Karim Seksyen 9. Lebih senang lokasinya di bahagian belakang Hotel Concorde Shah Alam.


Sudah lama nak mencuba Goyang Coffee ni setiap kali singgah membeli Rojak Karim, dan selalu perasan orang beratur panjang nak beli coffee. Terbantut jugalah niat bila nampak queue yang panjang. Dalam hati kata 'next time' dan dalam hati juga merungut 'asyik next time je'.


Kali ni bernasib baik kerana queue nya tidak panjang. Alhamdulillah. Banyak flavor rupanya. Bukan setakat coffee, yogurt dan flavor buah-buahan pun ada. Banyak pilihan dan boleh campur flavor mengikut citarasa masing-masing.


Sebekas yang besar ini berharga RM5.00. Mahal? Tak lah, berbaloi! Rasanya sedap, rich in flavor! Tak kedekut. Ianya boleh tahan sehingga 2-3 jam kerana aisnya yang banyak. Jika Iced Latte di Starbucks, mahu berbelas ringgit. Adalah sangat berbaloi minum Goyang Coffee!


This is my Iced Vanilla Latte (latte + vanilla)! Thorbaek!!

Semestinya akan kembali ke sini lagi untuk mencuba flavor yang lain terutamanya Mango Yogurt! Macam sedap je tengok orang lain minum.

JJCM kali ni bukan jalan-jalan cari makan, tapi Jerebu-Jerebu Cari Minum @ Goyang Coffee. Terubat dan hilang rasa stress di kala jerebu teruk ini.

Goyang Coffee : Sedap Whoot! Whoot!

#JJCM #goyangcoffee #vanillalatte #jerebu #shahalam

Sunday 18 October 2015

JJCM @ Wondermilk Publika


Nak throwback sikitlah hari ni sebab dah takde kerja nak buat. Blog walking pun dah tadi lepas minum petang. Seronok baca aktiviti mereka-mereka yang suka jalan-jalan oversea. Nak kena buat bucket list tempat-tempat yang nak pergi kalau camni. 

Last time Ma datang KL, bawa Ma ronda-ronda Kolumpo. Me and my sister jadi tourist guide dan driver la bila Mem Besar datang melawat. Mem Besar pula selalu serahkan pada kami untuk bawa dia jalan-jalan. Apa lagi, JJCM la yang paling best!

Kami bawa Ma ke Publika sebab di situ banyak tempat makan. Mau rambang mata. Tapi tidaklah kami makan di cafe-cafe yang mahal di sana. Cuma nak ke Wondermilk dan Boat Noodle sambil tengok-tengok kawasan jajahan. Hahahaa..


Address:

PUBLIKA
7A & 8A Level G2 Ground Floor,
Publika Shopping Gallery,
Jalan Dutamas 1,
Hartamas Heights,
50480 Kuala Lumpur.

Tel: 03-6211 1092
Fax: 03-6211 1092

Shop Hours: 10AM – 10PM


The cupcakes are so pretty to the point that I'll just drool and not it them. Sayang gila nak makan. Mata bersinar-sinar tengok cupcake yang comel-comel tu.


Kami beli 6 cupcake. Terbeliak biji mata Ma bila tahu harga RM25.00 sekotak tu. Pricey la juga untuk sebiji cupcake berharga RM4.50. Tapi berbaloi sebab sedap dan comel. Lagipun ramai yang bercakap tentang cupcake Wondermilk jadi nak la juga merasa.

1 Cupcake RM4.50

Set of 4 Cupcakes RM17.00
Set of 6 Cupcakes RM25.00
Set of 12 Cupcakes RM50.00
Set of 25 Cupcakes RM100.00


Absolutely adored the ambiance and decor! Satu je masalah, malu nak ambil gambar banyak-banyak. Huhuu.. Bila tengok review blog-blog lain, bukan main lagi diorang tangkap gambar yang cantik-cantik semasa berada kat cafe ni. Takpelah! Next time boleh datang lagi untuk cuba menu-menu lain sambil lepak minum Hot Chocolate or Flat White yang berharga RM8.00 secawan. Nak rasa Baked Potatonya. But seriously, I like the concept of not-so-serious art works displayed on the wall.


JJCM Wondermilk checked!


Ada beberapa lagi outlet Wondermilk kalau berminat nak pergi.

DAMANSARA UPTOWN

No 41 Ground Floor,
Jalan SS 21/1A,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel: 03-7725 8930
Fax: 03-7728 9931

Shop Hours: 9AM – 10PM


CITTA MALL

Lot G-48 Ground Floor,
Citta Mall Jalan PJU 1A/48,
Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel: 03-7831 7296
Fax: 03-7831 7297

Shop Hours: 10AM – 10PM


IOI CITY MALL

G-77 Ground Floor,
IOI City Mall,
Putrajaya,
62502 Sepang,
Selangor.

Tel: 03-8957 7645
Fax: 03-8959 7645

Shop Hours: 10AM – 10PM

For more information you visit their official website
http://ilovewondermilk.com

#cupcakes #wondermilk #publika #JJCM #sweettooth

#mecooking French Toast Gulung


French Toast, also known as eggy bread is bread dipped in a batter of egg and milk and sauteed until brown, usually served with syrup or sprinkled with sugar and cinnamon. 

Kami sekeluarga panggil 'roti telur'. Arwah Abah's favorite makanan untuk bersahur. Ya Allah rindunya pada arwah. Sebulan bulan puasa bersahur makan 'roti telur' ni pun tidak mengapa buat arwah. Sedap dan cukup untuk bagi tenaga berpuasa katanya. Cicah dengan gula. Marvelous!!


French Toast selalunya roti empat segi, versi kami versi gulung. Garing di luar, lembut di dalam. Yummy!


Susu tiada, jadi seperti biasa guna apa yang ada. Roti dan telur dan secubit garam. Kena pastikan yang minyak dah cukup panas baru masukkan roti yang dicelup dengan telur. Gulung siap-siap sebelum goreng.

Diet kami suami isteri sudah hancus di hari ke 6, 7 dan 8 iaitu hari ini kerana tidak tertahan dengan godaan milo ais dan ayam penyet. Aduhai. Misi #mecooking dan #eathome juga tidak terlaksana kerana di hari ke 5, 6, 7 dan 8 kami suami isteri terpaksa makan di luar kerana berjumpa prospek. Huwaa.. Usaha nak minum plain water selama sebulan juga terbantut.

Minum petang hari ni sempat buat 'roti telur' ni. Tapi takde lah nak setting gambar hari ni sebab ada anak-anak saudara kat rumah ni. Nanti banyak pula bunyi diorang. Hihii.. Nasib baik ada koleksi gambar yang lama-lama.

#frenchtoast #homecook #day8 #eathome

Thursday 15 October 2015

#mecooking Kentang Oregano Bawang Putih


I was actually trying to prepare this Kentang Oregano but there were not enough ingredients in the fridge. No time to go to the market. Hihii.. Maybe next time I'll do the full version of  the Kentang Oreganio. I'll park the recipe here first.

Bahan-bahan:

500 gm kentang (dibuang kulit)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
100 gm brokoli (dipotong kecil)
1/2 batang lobak merah (dipotong kecil)
1/2 cawan kacang merah besar
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
2 sudu makan mentega
Garam secukup rasa

Cara membuat:

1.  Kentang dibuang kulit dan dipotong kecil. Rebuskan hingga empuk.
2.  Panaskan mentega dan gorengkan kentang sehingga nampak keperangan.
3.  Masukkan bawang besar, lobak merah, brokoli dan garam. Kacau rata. 
4.  Apabila nampak layu, masukkan kacang merah dan tomato.
5.  Taburkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan tutupkan api.
6.  Hidangkan dengan ayam panggang.


Day 4 : Kentang Oregano Bawang Putih

This is my version of Kentang Oregano sebab kentang sahaja yang ada. Perut sudah lapar jadi masak apa yang ada. Hihihi..


Rebus kentang dan toskan. Panaskan butter, masukkan bawang putih, goreng sampai naik bau, masukkan kentang yang direbus, taburkan serbuk oregano dan masukkan garam secukup rasa. Goreng sampai kentang kekuningan. Garing lagi sedap!


Hidang bersama sos cili. Siap! Kunyah-kunyah buat suami tercinta. Had to make this for the second time yesterday because the first plate of Kentang Oregano habis dalam sekelip mata. Aduhai suamiku. Payah sikit nak berdiet bila ada makanan sedap katanya. 

Hmm.. Should I continue cooking? Because if I cook, there's no diet for him. Huhuu..

#kentangoregano #snacks #homecook #day4 #eathome

Tuesday 13 October 2015

#mecooking Baked Beans and Scrambled Eggs


I survived the second day of our mission. My husband didn't! Hahaa..


Day 3 : Baked Beans and Scrambled Eggs

My husband had 2 pinggan. Hmm..


Bahan-bahan:

1 tin kacang panggang
10 batang sosej (dipotong pendek)
1 sudu makan minyak masak
1/2 cawan sos tomato
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
1 biji capsicum merah (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1.  Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2.  Masukkan sosej dan gorengkan sehingga garing.
3.  Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kacau rata.
4.  Kemudian masukkan kacang panggang, capsicum merah dan hijau. Gaul sehingga rata.
5.  Hidangkan bersama roti bakar ataupun roti bawang putih (garlic bread).

We ate baked beans with toasted bread and scrambled eggs? How to make scrambled eggs? Pecahkan telur, kacau, tuang dalam kuali yang diletak sedikit butter. Lepas tu scramble, scramble, scramble! Hihii.. Nak scrambled eggs yang fluffy boleh search Youtube. 

Hidang panas-panas! Sedap!

#bakedbeans #scrambledeggs #toastedbread #recipe #homecook #day3

#mecooking Maggie Kari Sosej Cendawan


We survived our first day!
We ate only spaghetti and drank only plain water. Yayy!!


Day 2 : Maggie Kari Sosej Cendawan

I was planning to cook something simple. Just maggie kari. Hihii.. Tapi oleh kerana ada lebihan sosej dan cendawan, masukkan saja apa yang ada. Tumis bawang putih, masukkan sosej yang dihiris nipis, tambahkan air, masukkan maggie, perencah kari, pecahkan telur, masukkan capsicum dan cendawan butang. Tunggu mendidih dan siap!

But my husband's day without rice fail because Umie masak Kari Ayam. Kikiki.. He said rugi tak makan masakan mak. Nanti kempunan. Kari, kentang and kicap sangat irresistable katanya. Hmmm..


Malam semakin gelap dan perut kembali lapar, my husband asked if I could make him spaghetti bolognese again. Hihii.. Sedap katanya, teringin! So once again I cooked spaghetti bolognese. I have to admit that my husband has this habit, makan sesuatu biar sampai jemu. Selagi tak jemu selagi itu dia akan makan. Sampai lah hari dia tengok makanan tu dia rasa nak muntah. Barulah stop. Hahahaa.. Makanan sedap lagi la dia ulang makan. So sedap la my spaghetti bolognese kan? Hihii..

#maggiekari #spaghettibolognese #recipe #homecook #day2 #eathome

#mecooking Spaghetti Bolognese


Our Mission 11 October 2015 - 11 November 2015

A month without sweet drinks
A month without rice

It's not just about diet, it's about trying to stay healthy.
I hope this is a start towards our healthy living.
Been eating a lot of 'sweetness' and 'fatness' and being comfortable with it for so long.

It's time for me to start cooking too! Hahaa..


Day 1 : Spaghetti Bolognese

Tak berapa menjadi dietnya bila Encik Suami makan bertambah sampai 3 pinggan. Adess!


Bahan-bahan:

1 paket spageti (direbus hingga lembut)
400gm daging kisar halus (mincemeat)
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 biji capsicum hijau (dipotong dadu)
2 biji tomato muda (dipotong dadu)
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
4 biji tomato (dikisar) - I use 1 tin Prego
4 sudu makan cili kisar
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan serbuk oregano kering
1 pokok daun parsli (dicincang halus)
Garam secukup rasa

Tapi kalau takde mana-mana bahan di atas, guna saja apa yang ada di dapur. Terlupa beli lobak merah, daun parsli, tomato muda. Jadi tak masukkan pun. Nak lauk lebih letak sosej yang dihiris nipis. Nak pedas tambah cili padi.

Cara Membuat:

1.  Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih. Goreng hingga wangi.
2.  Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau rata. 
3.  Masukkan sos tomato, sayur-sayuran yang dipotong, cendawan butang, garam, air dan serbuk lada hitam.
4.  Kacau rata dan dibiarkan sehingga pecah minyak.
5.  Angkat dan tuangkan di atas spageti. 
6.  Taburkan serbuk oregano kering dan hiris daun parsli.

Senang dan sekejap je masak!

#spaghettibolognese #recipe #homecook #day1 #eathome


London Weight Management


Last Friday I went to London Weight Management at The Curve Damansara for a free treatment. Hihii.. I got the free voucher from participating in an online survey. I was aiming for the RM1000 Tesco Voucher but got London Weight Management instead. It said that the free treatment was worth RM499. Never been to one so I don't know how or what that price worth.

Jangan period dan pastikan ada masa 3 jam untuk treatment!

3 hours for treatment? No. The truth is, only 2 hours for treatment. Another hour was for consultation and persuasion. Hahaa.. The persuasion method was so long and frustrating. Makes me wanna get up and leave. They just don't understanding the meaning of 'No thank you', 'I just want the free treatment', 'I don't want to spend any money', 'I promise my husband not to spend' and so on. I have to make a lot of excuses because I just don't want to end up paying or upgrading the voucher or joining their membership what so ever! No thank you! 


My view during treatment. Try to persuade me subconsciously. Hahahaa..

Out of a sudden my voucher have another RM300 that I can redeem during the 3 hour session that day! Hahaa.. so funny! To use that RM300 I need to join the 5 times session which actually costed RM636. So instead of paying the total RM636, I just need to pay RM336. Aduhai korang punya marketing. HAHAHA.. Itu kisah selepas dah buat treatment.

Ini pula kisah sebelum treatment yang memakan masa selama sejam lebih. Bengang betul tapi muka kena la manis sebab nak treatment free kan. Hahaha..

My consultant kept on persuading me to buy the thing called ampoules so I could upgrade my treatment to full treatment. At first the price was rm200, but because of my first time I get 50% so I just need to pay RM100. She kept on saying the ampoules will give the best results. And I kept on saying NO. She said she wanted to set up the room and the machine but came back saying that someone bought extra ampoules and she wanted to sell it for RM45. What?! I DON'T WANT IT!! Hahaa..


My treatment includes:
Lavender Sauna
Lavender Scrub
Infrared Blanket
EMS machine (I think)

That EMS was supposed to be the one that I was supposed to pay for upgrade. I didn't know how I get it or maybe I just didn't understand her explanation. Hahaha.. She even gave me the ampoules. Dalam hati, alamak ni mesti kena bayar lepas ni. Huhuu..

Amboi panjang lebar complaint. Perasaan tak puas hati sebab cakap free, so free la. Hahaa.. I know this is marketing, inilah cara nak dapatkan customer. Apa-apa pun, London Weight Management memang bagus, boleh kurus! Dah bayar mahal confirmla dapat service terbaik!

First session yang free turun 1 kg! Alhamdulillah.. free!


Yang ini pun free juga. Yayy!!

#londonweightmanagement #weightmanagement #nakkurus #freeisnotfree


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~