Tuesday 29 March 2016

Jalan-jalan Langkawi : Sunset di Pantai Cenang


Tempat yang diviralkan di Facebook untuk tengok sunset adalah di Nest Rooftop.


Address:

1659, Jalan Pantai Cenang,
Langkawi, Malaysia.

No Tel : 017-2291063

Lalu kami juga terjebak!

Kalau nak tau lift untuk naik ke atas sempit jer. Muat dalam 5 orang je camtu. Memang kat bawah kena beratur panjang. Bila sampai ke atas, ramainya manusia. Semua meja penuh! Terpaksa tunggu giliran.

Gigih menunggu untuk duduk dan akhirnya kami dapat table. Tapi oleh kerana ramai orang, keadaan jadi tak selesa dan nak lepak berlama-lamaan kat sini terbantut. Kami decide untuk turun ke Pantai Cenang dan berdating di tepi pantai.

Sebelum turun ke bawah, nikmati dulu sunset! Dari Nest Rooftop ni memang boleh nampak 360 darjah pemandangan Pantai Cenang. Subhanallah!

Sunset in Langkawi ~ checked!!

Nest Rooftop with hubby ~ checked!!

Jalan-jalan Langkawi : Nusantara Minyak Gamat


Minyak gamat dengan Langkawi tak dapat dipisahkan. Banyak tempat yang mengusahakan minyak gamat ni. Jadi kami pilih untuk melawat Nusantara Minyak Gamat.  Tagline dia bukan main, "Jangan Pulang Tanpanya!"

Lokasinya terletak 15 minit jarak perjalanan dari Jeti Kuah Langkawi dan 10 minit dari Lapangan Terbang Langkawi. Landmarknya ada sebotol minyak gamat gergasi. Masuk je, takde bayaran yang dikenakan. Sediakan duit untuk beli-belah je. HIHIHII..

Banyak sangat produk yang based on gamat and herbs. Rambang mata. HAHAHAA.. Perempuan kan pantang nampak produk kecantikan, produk kesihatan. Semua nak!

 RM10.00 for 12 bottles. Murah!!

Mak bonda bukan main borong. Katanya untuk jiran-jiran kat kampung. Hamboi untung jadi jiran sebab cokelat dapat, minyak gamat pun dapat. HIHIHII..

Kat dalam ada sekawah minyak gamat yang sedang diproses. Baunya adess, menusuk qalbu!

Selesai memborong gamat, masa untuk pulang berehat sebelum sesi tengok matahari terbenam aka aktiviti menenangkan fikiran dan berdating dengan suami isteri masing-masing.

Minyak gamat ~ Checked!

Jalan-jalan Langkawi : Makam Mahsuri


Datang ke Langkawi tak sah kalau tak melawat makam Mahsuri. Kami skip pergi Beras Terbakar, sebab tak cukup masa, tapi makam Mahsuri semua angkat tangan nak pergi. Sekali seumur hidup apa salahnya, belajar serba sedikit sejarah Mahsuri dan Langkawi. Makamnya terletak di dalam kawasan Kota Mahsuri ini.

Walaupun panas terik, digagahkan jua masuk ke Kota Mahsuri ni. Memang luas tempatnya. Tiket masuk RM10 seorang rasanya. Lupa pulak! Sesiapa yang tahu bolehlah tolong updatekan. HIHII..

Dalam bangunan ni beraircond jadi tenanglah sedikit hati nak berjalan-jalan. Ada macam-macam kat dalam ni terutamanya kisah Mahsuri.

Ada banyak versi kisah Mahsuri ni, jadi bacalah setiap kisah yang diceritakan tu. Menarik! Pameran keris dan senjata lama pun ada. Sempat ambil satu gambar je sebab patung-patung ni agak menyeramkan. HAHAHAA.. Dasar penakiut!

Wan Aishah, waris keturunan Mahsuri yang famous suatu ketika dulu. Cantik orangnya. Mengikut cerita, Mahsuri ni cantik orangnya, sebab tu ramai yang dengki. Susah juga jadi orang cantik. HUHUHU.. Sedih bila baca kisah Mahsuri ni. Semoga arwah tenang di sana. Sumpahan Mahsuri yang Langkawi tak akan aman selama tujuh keturunan tu pun dah lama berlalu.

Al-fatihah buat arwah. Sedekahkanlah al-fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Telaga Mahsuri dikatakan boleh buat awek muda, ececeh.. Nak muda macam mana lagi kalau umur dah makin meningkat tahun demi tahun. HIHIHII.. Air telaganya memang sejuk. Basuh muka dan basuh kaki, rasa nyaman sekali di kala panas terik.

Kami memang asal kampung, jadi dah biasa guna timba ambil air perigi. Kebal je mandi air perigi yang sejuk nak pergi sekolah.My cik abang sayang ni orang bandar, jadi terkial-kial nak masukkan air dalam timba. HAHAA.. Last-last secoet je air yang masuk. Fail!! 😩

Di Kota Mahsuri ni ada beberapa replika rumah kedah, tapi kami tak mampu nak terus berjalan jauh ke dalam, jadi kami hanya mampu melawat rumah yang paling dekat dengan telaga Mahsuri. Cik abang pun mampu duk bawah sebab lantai kayu, risau runtuh or berlubang dibuatnya. HAHAHAA.. I love my cute husband! 😍

Sedekah seringgit dua untuk makcik-makcik yang bersuara merdu mendodoikan bayi tidur (takde baby pun dalam buaian tu). Ok cukuplah berpanas terik! Masa untuk ke destinasi seterusnya.

Eh chop!! Mahsuri ditikam guna tombak atau keris? Nak tau kena lawat sendiri Kota Mahsuri. HIHIHII..

Makam Mahsuri ~ checked!!

Jalan-jalan Langkawi : Laksa Kaw Ikan Sekoq


Bila dah berjalan jauh, jangan lupa untuk makan apa yang orang tempatan makan a.k.a cari makanan yang viral. Kalau tak nanti menyesal tak cuba. Hidup ni mesti dengan prinsip 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. HAHAHAA.. Tak taulah ada kena-mengena ke tak, tapi rasanya ada. 😅

Niat di hati nak cari Laksa Kaw Ikan Sekoq Tip Top Periuk Besar Hujung Airport (amboi panjangnya nama tak bagi chan kat orang) yang orang duk heboh- hebohkan bila datang Langkawi. Bila lalu tepi Airport Langkawi, banyak pulak gerai yang jual laksa ikan sekoq ni. Hujung mana pun tak tau. 

Pastu parking tepi jalan susah nak dapat, jadi parking dekat tengah-tengah. Turun je van, akak empunya lori terus jemput makan laksa ikan sekoq yang dia jual. Tak sampai hati pulak nak buat tak endah panggilan akak tu sebab kami parking bersebelahan lori dia. Rasanya kalau jalan ke depan sikit confirm jumpa yang Tip Top tu. Tapi mungkin ditakdirkan rezeki akak, kami makan di gerai dia.

Lepas order, kami turun ke bawah ke kawasan makan tepi pantai. Subhanallah, pemandangan dia memang cantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Lepak makan bawah pohon rendang pulak tu, memang marvelous!!

Basically macam ni lah rupa laksa kaw ikan sekoq tu. Memang akan ada sekoq ikan kat atas pinggan. HIHIHII.. Bezanya antara gerai-gerai yang ada mungkin pada kuah laksa.Nasib baik kuah laksanya boleh tahan sedap. Alhamdulillah.. 

Alamak lupa pulak berapa harga sepinggan laksa ni. Memang tak boleh jadi reviewer betul. Fail!! HAHAHAA 😅😅 Tak mengapalah, mungkin nak bagi peluang kat kawan-kawan pergi cuba, rasa dan experience sendiri. Kalau review semua benda nanti tak surprise! 

Sumpah kat Langkawi time kami pergi memang panas. Dahaga memanjang, kena standby air mineral banyak-banyak. Muka kena sunburn takyah cakaplah. Berbelang-belang dahi. HAHAHAA.. Jadi perkara pertama bila jumpa tempat makan, order air! Cendol pulut tapai terbaik!! Sejuk je masuk kerongkong.


Laksa Kaw Ikan Sekoq ~ checked!!

Jalan-jalan Langkawi : Island Hopping


Untuk aktiviti Island Hopping kami ambil pakej ke Tasik Dayang Bunting, Pantai Beras Basah dan eagle feeding. Banyak lagi aktiviti yang boleh buat bergantung pada pakej yang diambil. Google je untuk booking online. Tak pun boleh tempah di Pantai Cenang sebab di sepanjang jalan di kawasan Pantai Cenang ada banyak kedai yang tawarkan pakej island hopping.

TASIK DAYANG BUNTING

Mula-mula abang boat bawa kami ke Tasik Dayang Bunting. Dalam perjalanan ke sana, tiba-tiba abang boat matikan enjin, berhenti tengah-tengah laut. Ingatkan boat rosak, tapi rupanya dia nak tunjukkan figure kat atas ni. Inilah sebabnya kenapa dipanggil Tasik Dayang Bunting. Nampak tak??

Kat sini kami diberi masa selama sejam. Dah sampai di sini barulah my sister bagitau yang kami terpaksa hiking sedikit untuk rentas bukit ke kawasan tasik. Tepuk dahi!! 😭 Nasib baik my husband tak angkat tangan surrender. Diikutkan jua pujukan isteri. HAHAHAA.. Kesian dia berpeluh-peluh dan tak berapa cukup nafas memanjat. Namun alhamdulillah kami berjaya sampai. Subhanallah pemandangan memang cantik. Owh terlupa nak bagitau, sekarang nak pergi ke tasik dikenakan bayaran sebanyak RM3. Menurut petugas, bayaran masuk dikenakan bermula bulan Ogos 2015.

Sebelum terjun tasik, mula-mula kami berkayuh dulu.

My kayuh partner coz my cute husband tak muat, awal-awal dia dah tarik diri. HIHII..

Dan acara kemuncak, cabut selipar dan terjun ke dalam tasik. Terasa sekejap sahaja bermandi-manda di tasik ni sebab lost track of time berkayuh  pusing-pusing tasik tadi. Ni kali pertama masuk air kaki tak jejak tanah or lantai. HUHUHUU.. Rasa takut dan excited bercampur! Memang bergantung pada life jacket je lah sebab my hero pun tak berapa pandai berenang. Tawakal je tapi alhamdulillah selamat dan we had our fun in the water. Rugi my adik ipar tak berani! 

Satu perkara yang kelakar, orang cakap kalau nak cepat mengandung, minumlah air dari Tasik Dayang Bunting ni. Well guess what? I did, so did my sisters. HAHAHAA. Saja suka-suka sebab semua yang terjadi tu ketentuan Allah, jika Dia belum nak kurniakan kami anak, maka belumlah rezeki kami. Mengarutlah kalau nak percaya air tasik ni mujarab. 

Tertelan dan sengaja telan, sila jangan sampai kembung coz airnya tak bersih. Takut-takut ada bakteria yang bahaya. Kami memang tawakal je telan, lepas tu masing-masing tergelak sendiri. HAHAHAA.. Bila teringin sangat nak anak, memang macam-macam dicuba. Nak bagi tips, if nak try minum, ketika berkayuh tu kayuh sampai hujung dan ambil air dari sana sebab yang dekat dengan deck mungkin dah tercemar. HIHII.. Bila naik ke darat dan baca kisah dayang ni, tasik ni tempat dia dan anaknya bersemadi, maka tahulah air apa yang kami telan tu kan? Adess...

Tenang sungguh bila berada di sini. Magical sangat! Kalaulah tak perlu tergesa-gesa kejar masa, memang sampai ke petang lepak kat sini. HIHIHII.. Tapi sebab dah ambil pakej, jadi kena la ikut time table. Sebelum beransur dan 'melompat' ke tempat seterusnya, bergambarlah banyak-banyak.

Siapa yang pernah sampai ke sini mesti tau betapa tinggi nak kena panjat untuk patah balik ke jeti. Alhamdulillah my husband berjaya panjat walaupun terpaksa stop beberapa kali. Nasib baik dah tak ramai orang, jadi takde la kejadian trafik jem dalam hutan. 😀 Proud of my husband!

Masa untuk naik boat dan bergerak ke destinasi seterusnya ~ Eagle Feeding.

EAGLE FEEDING

Tengok burung helang makan dari atas boat. Macam tengok Nat Geo Wild bila ada shot slow motion time helang sambar makanan di permukaan air. Tapi ni live depan mata. Kekaguman di situ. Tapi lagi best kalau naik yacht macam dalam Ombak Rindu. HAHAHAA.. Berangan. Kami bernasib baik sebab banyak helang yang datang makan, masih belum kekenyangan. Ada rakan yang ke sini katanya tak banyak helang sebab dah banyak kali diberi makan, dah kenyang. Nasib baik!

PANTAI BERAS BASAH

Kami sampai di Pantai Beras Basah, matahari dah tegak di atas kepala. Panasnya bukan main, so masa untuk mandi-manda sejukkan badan. Tiada apa yang menarik di sini kecuali pantainya. Nak makan pun takde jadi bawa bekal sendiri dari rumah. Tapau je nasi lemak tepi jalan sebelum sampai ke jeti. Abang boat offer snorkeling gear RM15 seorang. Untuk mengelakkan kerugian bagi sesiapa yang nak island hopping ke Pantai Beras Basah next time, dinasihatkan supaya tak perlu snorkeling di sini. Mandi-manda sudah memadai sebab ikan tak banyak. Coralnya tajam dan sangat tak snorkeling friendly sebab boat lalu lalang membahayakan keselamatan orang yang snorkeling. Trust me! Tak perlu membazir.

Mula-mula beria mencari ikan, jumpa ikan kecik je. Air pun tak berapa jernih dan kaki asyik terpijak coral yang tajam dan dikacau obor-obor ungu. Last-last give up dan berendam je lah.

Apa-apa pun, kami seronok!! Alhamdulillah..

Satu je nak nasihat, siapa yang hamil tu tak payahlah island hopping sebab abang-abang boat ni nak bawak laju, memang terasa senak sampai dalam perut bila boat langgar ombak. Aduhai.. Serius sakit! Jadi tunggu beranak dulu baru pergi island hopping ye! Bahaya untuk kesihatan naik speed boat ni.

Island Hopping checklist:

Tasik Dayang Bunting ~ checked!
Eagle Feeding ~ checked!
Pantai Beras Basah ~ checked!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~