Tuesday, 29 March 2016

Jalan-jalan Langkawi : 3D Art Museum Langkawi


Fee untuk masuk 3D Art Museum dah termasuk dalam combo package naik SkyCab.

Alkisahnya, awal-awal kami dah beria posing sakan kat dalam muzium ni. Dari pintu masuk yang ada epal besar sebiji kami dah beria posing. Posing punya posing, dalam hati tertanya-tanya kenapa tak habis-habis, sampai dah hilang segala tenaga dan idea posing tapi masih lagi ada ruangan yang kami belum masuk. Masih ada lagi lukisan baru kat dinding. HUHUU.. Masyaallah, besar rupanya 3D Art Museum ni.

Jadi dinasihatkan, simpan tenaga, setiap lukisan yang ada sila pose 1 kali sahaja sebab kat belakang banyak lagi ye! Jangan risau kalau tak pandai posing sebab sebelah lukisan dinding tu ada contoh orang posing. Tempat untuk 'photographer' berdiri ambil gambar pun ada ditunjukkan di lantai.

Have fun!

Because we had ours...

Macam-macam ada tapi kami kesuntukan masa kerana banyak lagi tempat menarik untuk dilawati. Jadi yang lain-lain terpaksa lalu sahaja dengan hati yang berat. Maybe next time boleh datang lagi untuk cover semua yang ada kat muzium ni. 

This picture of my husband berkepak kecil ni sebenarnya for kids sebab ada platform untuk mereka berdiri. Alang-alang dia duduk berehat kat platform tu, suruh dia pose la sekali. HIHIII.. My cute 'Little' Cupid. Ada kawan-kawan yang komen, "Larat ke terbang?", dan yang paling kelakar, "My eyes.. oh my eyes.. I'm deactivating my fb.. This is beyond abomination." Sampai hati.

Dalam banyak-banyak, yang berkepak ni yang paling best! Berangan boleh terbang. HAHAHAA.. My Macho Angel. Kepak dah besar! Sakit perut gelak bila kawannya kata, "Ko spoil imaginasi bidadari aku dari kecik, gini rupanya.. Klu aku tau aku imagine benda lain." HAHAHAA.. Kesian kena bahan. Sorry Bie, but can't help it, too cute!!

Sampai je di kawasan padang pasir ni, masing-masing dah kepenatan. Gambar atas ni bukan sengaja posing tetapi mereka berehat kepenatan. Dah tak larat nak bergambar.

Gambar ni pulak sebab dah tak tau nak posing camana, dah tak boleh nak fikir. HAHAHAA.. Tukang ambil gambar pun dah tak larat nak bagi arahan. Jadi cubalah pergi dan rasai sendiri 3D Art Museum ni. Confirm puas hati!

Langkawi 3D Art Museum ~ checked!

Next : Underwater World Langkawi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~