Wednesday, 1 February 2017

My Latte Quest : Rimba & Rusa


RIMBA & RUSA


Address:

Rimba & Rusa by Wondermilk
D-GF-01, Ground Floor, 
2, Jalan PJU 5/14, Sunway Nexis,
47810 Kota Damansara, 
Selangor.

Operating Hours:
Saturday 4pm - 11pm
Sunday 8am - 11pm
Monday 8am - 11pm
Wednesday 8am - 11pm
Thursday 8am - 11pm
Friday 8am - 11pm

Closed on Tuesday

Phone:
03-61513022


I am still with my quest, My Latte Quest! I ordered a cup of hot latte and I got a cute little bear in my cup. My Latte Quest adalah untuk menghiburkan hati sahaja. Taste wise tak reti pun. Minum saja! HIHII..  

Nampak tak kegigihan di situ. HAHAA.. Excited lebih!

Suka sangat Rimba & Rusa ni. Cantik!!

I may not be able to travel to all the beautiful places my friends have gone to travel, maybe not yet, but I'll treasure all the beautiful places around me. The beautiful and unique cafes I've been are my treasures!

My delicious Suka Dukkah Meatballs! Yummehh.. Harganya RM24.00. Latte pulak RM12.00. Sekali sekala apa salahnya kan makan yang fancy sikit. HIHII.. Reward untuk diri sendiri. 

Alin ordered Charred Pineapple Roast Chicken and Pink Passionfruit Sparkle. Eh lupa plak harganya, maap maap! Memang fail bab review, just nak share experience jer! Jangan marah!

Everyday is Sunday. 1 February 2017 = Wednesday = Hari Wilayah = Sunday for Alin, and esok kena kerja! Last day untuk berjimba after cuti panjang sempena Chinese New Year hari tu. For me memang everyday is Sunday sampaikan bila cuti penting pun tak tahu. Haishh..


Love every details about Rimba & Rusa. Thank you Rimba & Rusa for the lovely experience!


My Latte Quest:
Cafe Latte ~ checked!

Sunday, 22 January 2017

My Latte Quest : Chocha Foodstore


CHOCHA FOODSTORE


Address:
Chocha Foodstore
No 156, Petaling Street,
Kuala Lumpur.

Operating Hours:
Tuesday to Sunday 11am - 9pm

Phone:
03-2022 1100

Sederet dengan Merchant's Lane ada satu lagi hipster cafe yang menarik, lain daripada yang lain. Kena menapak beberapa langkah ke kiri apabila keluar dari pintu hijau Merchant's Lane tu. Memang payah sikit nak cari kedai yang mana satu sebab takde nama Chocha pun kat depan, jadi kena cari doodle board dengan tulisan We Are Open, kat situ lah kedainya. Dinding dengan tiles yang menarik! Kalau zoom jauh sikit, Chocha Foodstore ni sebenarnya kat bangunan Mah Lian Hotel.

Hari tu memang berniat nak mengopi di situ after Merchant's Lane tapi ramai orang tengah beratur untuk masuk dalam Chocha Foodstore jadi terbatallah niat nak cari second latte hari tu. Sempat bergambar depan kedai jer. HEHEE.. 

Chocha kataya bermaksud ‘sit and drink tea’ dalam dialek Hakka, jadi Chocha Foodstore ni memang sesuai sangat nak mengeteh or mengopi. Tempat yang selesa untuk melepak bergosip over tea or coffee. Specialty dia memang tea, sebab dalam menu semua pasal tea. If nak coffee kena order kat kaunter depan. Alin si tea person ni memang suka la sebab banyak choice untuk dia. Yang ni lupa dah apa ke nama tea nya tapi siap diserve dengan buah berangan lagi. Menarik!

Tengok la effort yang dibuat untuk popularkan tea culture ni. Cantik dan klasik! Two thumbs up buat Chocha Foodstore. Satu lagi perkara baru dipelajari, camana nak minum teh dari teapot yang cantik ni. Kalau sendiri yang order confirm terkontang kanting tak tau camana nak prepare sendiri. Kalau nak tau camana, kena pergi Chocha cuba sendiri!

As for me, latte quest! Yayy!!

Nampak tak perbezaan mengeteh dan mengopi? HIHII.. Mengeteh cam complicated dan mengopi tu simple je. Namun dua-dua pun cantik dan menarik! Suka dua-dua!! What do you think? Which one do you prefer?

Jom kita masuk bab makan pulak!

Alin order Cured Fish Rice ni.. Oh untuk mereka yang cerewet makan, boleh search dulu makanan-makanan yang diserve kat Chocha ni. Untuk tekak kampung macam saya ni memang akan buat benda tu dulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Senang aje, check website atau follow je IG Chocha. Ramai dah yang bagi review. Jadi untuk makan sejenis makanan bernama Cured Fish Rice memang tidak lah hamba memilihnya. HIHII.. Saya tak makan ikan mentah! 

Jadi order lah ikan yang dimasak. HIHII.. Pan Seared Barramundi for me. Chewahh kemain nama. Nak tau Barramundi ni ikan apa? Ikan siakap dan ikan siakap ni sedap sangat! Patut cuba! Dan bagi yang berani dan suka mencuba, ada banyak fusion dish yang boleh dicuba especially yang ada cincalok tu, Chincalok Fried Chicken with Summer Salsa. Tak tau lah rasanya camana sebab saya tak makan cincalok.

Makanan masing-masing dah sampai, jadi jemput makan semua!

Untuk dessert, kami order Ulam Raja Creme Brulee ni. Fikir 2 3 kali juga nak order dessert ni. Tapi gamble je lah walaupun bukan penggemar sayur. HAHAA.. Bukannya diletak serumpun ulam raja pun kat dalam mangkuk tu. Yang berwarna hijau tu lah serbuk ulam raja dan yang kuning keemasan tu honeycomb candy. Walaupun rasanya pelik tapi boleh la ditelan. Sekali sekala berfusion kan? Apa salahnya.

Thank you Chocha Foodstore for the lovely experience! Pantang jumpa ada je gosip.. Haishh..


My Latte Quest:
Latte ~ checked!!

Macam biasa, nak OOTD tapi tak reti! HAHAHA..


My Latte Quest January 2017 ~ checked!!

See you next month!

Kan dah kata Merchant's Lane dekat je. Memang akan terserempak dengan pintu hijau ni. Ok bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~