Monday 19 November 2012

Job Hunting

16 sampai 18 November 2012 ada
BN Youth Job Fair 2012
kat PWTC...

i went on 17th sebab takder kelas on saturday...
ingatkan betul2 kat bangunan sebelah hentian putra...
rupanyer kena jalan jauh sikit...
aduhai... sakit kaki nak menyampaikan diri...

 memang dijangkakan...
ramainya orang...
masuk jer kena register dulu baru dapat pas 'visitor'...
nasib baik terus jumpa ngan laptop yang xder orang...
takderlah kena bersesak-sesak...

banyak company yang participate...
booth yang mula2 sekali pergi ialah Maybank...
sebab sepanjang perjalanan nak sampai tadi
nampak ramai betul yang bawak paper bag Maybank...
memang ramai yang berkerumun...
menyelit jer lah...

 tapi sebenarnya cam bagi harapan palsu jer...
apa2 drop jer resume...
apa2 nanti kitorang call...
apa2 nanti register online...
aduhai...

tapi yang penting kena pikir positif...
insyaallah kalau ada rezeki ada...
heheheee...

kat booth The Star ada game...
'Like' and 'Dislike'

 Here's your Jobgraphy result. You are : ARTISTIC
heheheee... artistiknyer saya...
hahahaaa...

"You love expressing yourself, and you crave the freedom to unleash your creativity upon the world! You are straightforward and honest with people around you. Your passion lies in the arts and your creativity shines through for everyone to see.

Key Characteristic:
Creative. You are able to think out off the box and find innovative solutions to problems!

You may find the following careers attractive:

Copy writer
Dancer
Actor
Journalist
Web Designer
Make-up Artist
TV News Reporter
Art Director
Illustrator
Photographer

yer lah... sebenarnya lebih suka kerja2 camni...
ofis? memang tak masuk kat hati...
tapi nak kerja yang menarik minat ni xderlah skillnya plak...
setakat minat tak ke mana jugak...
hmmm... susahnya la...

just harap yang terbaik jer lah...
makin lama pikir makin sakit kepala...
so apa2 yang mendatang terima dengan hati terbuka...
tapi dalam masa yang sama kena berusaha untuk buat terbaik...
untuk buat sesuatu yang disukai...

 Do what you love...

anyway... pasal karnival kerjaya tu...
telah mengumpulkan banyak paper bag...

 heheheee... sajer jer...

tak terlepas jugak kumpul pen...
tapi banyak abis sebab orang ramai sangat...
takper lah...

yang pasti resume dah bagi...

\(^_^)/  harap ada call nanti...
kalau  takder pun boleh cari lagi...
manually... yang ni kira auto...
hahahahahaaa...

Ada Apa Pada Tarikh?

lamanya tak mengupdate blog...
bz and kadang2 xder watper pun...
pandang siling dengan perasaan kosong...
hmmm... entah kenapa entah...
 hahahaaa...

ok lah... ada apa pada tarikh?
haaa... mestilah ada...
 ramai yang nak tarikh tarikh cantik untuk diabadikan...
tarikh cantik untuk bertunang...
tarikh cantik untuk kahwin...
tarikh cantik untuk beranak?
hmm... itu susah la sikitkan...
only the lucky ones yang lahir pada tarikh cantik...
hihihiiii... 10.11.12 cantik la plak untuk berumur 1 tahun...
happy birthday si kecik dear!!

 tahun 2012 tahun orang nak kejar...
sebab lepas ni dah takder tarikh yang cantik...

bagi sesiapa yang dah dapat tarikh cantik sebelum ni
TAHNIAH!! lucky you...
bagi yang belum... ada masa lagi... cepat cepat!
10.11.12
12.12.12
20.12.2012

eh... 2013 ada la...
11.12.13
chop nak book! tahun ni takdok calon lagi...
hahahaaa... berangan... tak salah kan?

yang penting 13.13.13 mano ado!
mano ado bulan 13...
heheheee...

10.11.12 ada member kahwin...

SELAMAT PENGANTIN BARU
~Juliana and Zaidi~

 meneman jer...
meneman time akad...
meneman time outdoor shooting...

apa-apa pun... habiskan tahun 2012 dulu... 
november memberikan perasaan yang bercampur baur... 
kekadang indah terkadang menyakitkan... 
inilah lumrah hidup... 
tidak semua yang kita inginkan akan tercapai... 
semua telah ditakdirkanNya...

letting go...
if i let him go will he be fine?
if he let me go will i be fine?
if i let him go will i be fine??

sometimes i feel that he already let me go
but why it is the hardest thing to hear?

sometimes i feel that he already let me go?
but why am i still standing here?

(~_~)'

Wednesday 14 November 2012

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1434H

Pada akhir waktu Asar 14 ovember 2012 (Rabu), kita akan sama-sama melangkah ke tahun baru Hijrah 1434H. Selamat menyambut tahun baru Islam kepada semua muslimin dan musliman.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali tatkala menjelang berakhir tahun Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah iaitu pada 14 November 2012 iaitu hari ni.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkaan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohom diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtuhan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Jom sama-sama kita kongsi dan amalkan.
Selamat Beramal!

(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~