Thursday, 6 July 2017

Melaka Road Trip : The Daily Fix Cafe


THE DAILY FIX CAFE


Address:

55 Jalan Hang Jebat (Jonker Street), 
75200 Bandar Melaka.

Operating Hours:
Monday to Friday 9am - 11.30pm
Saturday to Sunday 8.30am - 11.30pm

Tel: 06-2834-858


Sebelum preggy lagi dah lama plan nak jalan-jalan cari makan kat Melaka. Banyak cafe hipster kat Melaka sekarang ni, boleh buat Latte Quest! Tapi bila dah dapat tahu pregnant, tak dapat la nak minum coffee, kena la cari makan sahaja. List Top 4 cafe yang teringin nak pergi:

1. The Daily Fix Cafe
2. Backlane Coffee
3. The Stolen Cup
4. Calanthe Art Cafe (13 States' Coffees)


Minat sangat dengan The Daily Fix Cafe sebab banyak sangat barang-barang vintage kat sini. Tempat yang cantik untuk makan-makan and bergambar. Dah lama dah berkenan kat dinding yang tergantung banyak dulang-dulang lama ni.


Masa nak plan buat roadtrip ke Melaka, dah masukkan awal-awal cafe ni dalam list and siap mention nak duduk dekat dengan dinding dulang. Masa keluar dari hotel nak cari cafe pun dah pasang niat nak jugak duduk dekat dinding ni. Alhamdulillah masa sampai cafe, ada ruang kosong untuk kami bertiga kat sini. Yayy!! Nasib baik je sebab kami jalan-jalan on weekdays, kalau weekend confirm tak boleh pilih nak duduk mana dan kemungkinan kena tunggu lama untuk dapatkan tempat duduk. Member cakap ni rezeki baby nak makan sini. HIHIHII..


Suka sangat cafe ni sebab cantik!!


Kali ni tak order coffee pun sebab orang cakap pregnant lady tak elok minum coffee. HUHUU.. Tapi boleh je sebenarnya, tak boleh lebih dari secawan sehari kalau dah addicted sangat dengan coffee/caffeine. Tapi tak naklah. Tunggu je lah lepas bersalin baru minum coffee. Bukannya peminum tegar! HAHAA.. Kita tengok jelah orang lain minum. TDF Big Breakfast tu memang mengenyangkan.


As for me, minum dia punya Homemade Iced Tea je lah. Siap ada passion fruit lagi. Sebelum sampai sini bercita-cita nak makan Pandan Pancake or Salted Egg Yolk Pancake, tapi bila dapat menu, teringin pulak nak makan Spaghetti Carbonara sebab ada poached egg! HIHII.. Boleh tahan sedap tapi spaghetti tu tak cukup lembut, tapi bolehlah telan.


Makan sudah, borak pun sudah. Jadi tiba masanya untuk berhabis-habisan tangkap gambar dekat dinding yang dicintai itu. HAHAHAA.. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang sebab belum puas hati tak dapat minum latte dan makan pancake!


Thank you The Daily Fix Cafe! And thank you pada Cik Maria kita yang belanja makan! Mmuahh.. Mommy happy and baby dalam perut pun happy sangat!


Kalau datang weekdays, Jonker Street tak meriah sebab banyak kedai tak bukak tapi still ramai jugak tourist yang jalan-jalan kat sini. Kami pun tourist jugak. Masuk kedai sana kedai sini, kalau boleh nak masuk semua kedai tapi masa tak mengizinkan untuk berlama-lamaan kat sini. Hati-hati masuk kedai orang, sebab ada owner yang tak bagi tangkap gambar! HAHAHAA.. 


Sebelum balik kena la singgah kat sini. Wajib amik satu gambar kat bangunan-bangunan sejarah warna merah ni. Nak tunggu clear sampai takde orang memang berzaman la. Jadi redha je lah dengan makcik Korea kat belakang tu! Jumpa lagi Melaka! Sayangnya tak dapat bergambar dekat A Famosa! 

Terkilan jugak tak dapat cuba local food! Nak cendol and nyonya laksa!

Next mission ke Melaka lepas bersalin: cari local food la pulak!


Owh kami sempat singgah beli kuih keria gula melaka yang famous tu. Nasib baik time kami sampai tak ramai orang, tak perlu beratur panjang pun. Alhamdulillah.. Harga 60sen sebiji tapi takleh makan banyak sebab manis. Sedap! 

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

CT nampak link CT kat sidebar.. thank u ^^ CT add juga link blog ni..
btw i love all the pictures.. sangat cantik..

Daddy KK said...

Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

https://tipsrawateczema.blogspot.my/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~