Showing posts with label IKEA. Show all posts
Showing posts with label IKEA. Show all posts

Friday, 5 February 2016

DIY Perabot IKEA


Bermula dengan kisah aircond bocor yang kami servis sendiri sehingga ke pencarian meja berukuran 100cm x 80cm, semuanya memakan masa selama 4 hari. Susahnya kalau suami cerewet bab-bab mencari barang perabot dan senangnya kalau banyak duit! HAHAHAA..

Servis aircond sehari
Mencari meja komputer sehari
Pasang-memasang sehari
Cat-mengecat sehari

Ini semua salah aircond yang bocor!!

Aircond bocor = bilik tak sejuk = air menitik = kaki meja mengembang mereput = terpaksa tukar meja = cari meja ukuran minima 100cm x 80cm = cari meja warna hitam = cat bingkai tingkap warna hitam = pasang monitor kecil ke dinding = bilik berubah wajah.

Jimat bab servis tapi terpaksa keluarkan duit untuk meja komputer yang baru. Hmmm.. Niat di hati nak cari perabot terpakai sahaja di Seksyen 13 tetapi ukuran yang dikehendaki tiada, terlalu panjang atau tidak cukup lebar. My husband is one picky person!


Tengah-tengah pilih barang there's always a pause yang lama sebab dia tengah berfikir. I don't know what he was thinking dan sebolehnya tak nak tahu. Biarkan sahaja dia dengan ideanya sendiri. Sebaiknya bawa diri sekejap cuci mata tengok barang lain coz you'll be exhausted just by looking at his 'thingking face'. It can last up to half an hour. HAHAHAA.. Sebab tu kerja yang boleh disiapkan dalam masa beberapa jam boleh melarat sehingga satu hari. (-_-)'

Belum masuk bab barang yang sudah decide untuk dibeli tapi tiada bila tiba di IKEA. Muka kecewa tu jelas terpancar. Salah diri sendiri juga sebab tak cek betul-betul di website IKEA. Nampak ukuran dan harga yang berkenan terus gerak ke Damansara. Tak cek pun availability. Bila sampai kat ruang pameran, tiada : KECEWA!

Nasib baik ternampak section untuk DIY, table top asing, kaki meja asing. Boleh mix and match ikut citarasa dan bajet yang dikehendaki. Alhamdulillah. Terus ceria muka sang suami. (^_^)

Kami decide untuk beli : Linnmon Table Top (black-brown) dan Adils Leg (black)



Harga : 
Table Top (100cm x 60cm) RM59 x 2 = RM118
Legs (70cm) RM10 x 8 = RM80
Jumlah = RM198 (2 buah meja)

Alhamdulillah within bajet tapi ukuran 100cm x 80cm yang dicari tiada. Terpaksalah menggunakan creativity sendiri untuk dapat ukuran tersebut. That's why we bought 2! Nanti nak tunjuk resultnya.


Spotted this gorgeous lady but it was a bit pricey for us to buy. Next time ye little lady, when we are richer! HAHAHAA..


My upah sebab teman cari meja. Aiskrim + Hotdog + Karipap


Upah lain, mengenyangkan perut lain. Rugi datang IKEA kalau tak makan meatball nya! Sebelum jalan-jalan cari meja komputer, makan dulu! Nasib baik, hari baik, bulan baik, semua baik, kami tak perlu beratur panjang. Kalau tak memang bercinta nak makan meatball. 20 biji for him, 10 biji for me. Alamak! Dulu 5 biji pun dah rasa kenyang, tapi sekarang 10 biji makan sorang. HUWAA.. Gemuk!

Satu yang kami terpinga-pinga masa nak duduk makan, dua orang perempuan sebelum kami, setelah mereka bangun, dalam pinggan mereka masing-masing ada 10 biji dan 5 biji meatballs yang tidak dimakan. Kami tertanya-tanya, kenapa beli kalau tak makan? Membazirnya! Berat hati nak kemaskan meja dan buang meatballs tersebut. Lain kali kalau tak nak makan bagi kat kami ye. HIHIHII..


Dapat makan 20 biji meatballs pun muka nak 'ABJ'. Belum habis lagi musim dia posing gaya ABJ. Layankan saja buah hati sorang ni.

Dan baru tahu yang my husband tak pernah beli barang kat IKEA. This is his first time ever! Sebelum ni dia hanya tahu datang IKEA makan meatball sahaja. Erkk.. Nak cari barang kat bahagian warehouse kat bawah pun dia tak tahu. (-_-)'

Bila balik rumah dia mengeluh, kenapalah masa dia berduit dulu dia takde perasaan nak tengok-tengok dan beli barang di IKEA. Sekarang bila dah tahu pasal DIY dan mix match semua tu, dia dah excited dan terfikir nak beli macam-macam. Dalam hati sang isteri, nasib baiklah duit tak banyak. HAHAHAA..


Sang isteri pula, matanya sentiasa tertarik pada pinggan mangkuk. Next time turn isteri pulalah shopping kat sini. (*_*)


Bilik idaman sang isteri. Luas, selesa, katil haruslah besar empuk dan gobok haruslah besar gabak sebab banyak koleksi baju.


Dapur idaman sang isteri. Bersih, peralatan dapur lengkap dan peti ais haruslah besar!


Ruang makan idaman sang isteri. Khusus untuk makan dan sesi borak bersama keluarga dan meja makan haruslah panjang!

Seronoknya dapat cuci mata. Dapat berangan rumah idaman! Bilalah boleh dapat rumah yang diidam-idamkan ni?


So this is what we've been doing for the past few days (abaikan tingkap yang belum berlangsir itu). 2 meja komputer berukuran 100cm x 60cm akhirnya menjadi 1 meja komputer berukuran 100cm x 80cm yang adjustable (boleh slide ke depan ke belakang) berkaki 6. Fikirlah sendiri macamana ye! Kami dah exhausted!

Friday, 22 March 2013

Wajib ke IKEA

my mom...
my sister...
my aunt...
my cousin...

mereka semua ni pantang datang kolumpo mesti nak gi IKEA...
perkara wajib dalam list aktiviti kat sini...

jadi... kami yang tinggal kat sini toksah kira baper kali la...
sorang datang kena bawak ke IKEA...
sorang lagi datang pun ke IKEA jugak...
sorang lagi datang mau merajuk kalau tak bawak pergi IKEA...
so... memang wajib...

 kadang-kadang tak beli apa-apa pun...
window shopping jer...
suker tengok orang yang ramai kat IKEA kot...
beli lilin wangi nan sebatang pun ada jugak...

my sister sorang ni
contoh orang bila dah selalu sangat datang IKEA...

 memang takder keja sungguh...
baik la sangat bantu angkat berat ni?

 kami datang bukan nak beli perabot...
kami datang beli barang yang cenonet jer...
kami datang kerana kami kaki jalan...
kat tumit saya ada tahi lalat...
so orang cakap memang kuat berjalan kalau tahi lalat di kaki...
heheheheee... cuba cek kaki korang...

kami berjaya tapaw karipap IKEA yang sedap ni...
i like telur dalam karipap ni... yummehhh...
 this colourful wall kat Kidzania...
oleh kerana parking di IKEA penuh...
kami park kereta di bangunan sebelah...
mahal sikit tapi parking banyak...
tak perlu nak berpusing-pusing dalam IKEA cari parking...

(^__^) terjebak dalam aktiviti bergambar...
layankan jer la bonda yer...

Wednesday, 10 October 2012

Meatball IKEA

Oleh kerana sekarang ni dah terlibat dengan
penjualan Alpha Lipid Slim Diet II program...
everytime makan pun nak kena tahu pasal nutrition fact...

Last weekend teringin nak makan meatball kat IKEA...
walaupun bukan nasi tapi meatball pun ada karbohidrat tersembunyi...
hehehheee... tak susah pun nak diet dengan Alpha Lipid SDII ni...
asalkan ikut panduan pemakanan yang diberi... insyaallah
BOLEH KURUS!!
 
siapa boleh resist makan meatball kat IKEA ni??
cuba bagitau... heheheee...
lepas tu kalau nak kurus kena pulak tahan
diri dari makan makanan sesedap ni
memang amat merugikanlah...
heheheheee...
kebanyakan orang mesti ambil solution
'tak payah lah berdiet2...  nikmat makan xder'
aip aip... jangan macam tu...
Alpha Lipid SDII tak payah tahan lapar pun...

 kalau nak sangat makan makanan sedap...
jangan lah order yang paling banyak...
order seminimum mungkin ok!
kalau meatball 5 ketul pun dah cukup...
kalau tak percaya boleh tengok
IKEA Food - Nutrition Information ni...

5 Sweedish Meatball = 39.2 gm carbs
alamak, kalau ikut saranan 35 gm carbs jer..
camana nak buat?

kurangkan lah sebiji meatball tu...
bagi kat kawan2 yang tak diet...
hahahahaaa...

jom makan!!

rugi tak makan!
jangan lupa beli air mineral... rm1.00 jer...
tak payah order soft drink or coffee ok!

lupa nak bagitau kat mak buyung ni...
kalau minum Alpha Lipid Lifeline ketika hamil memang bagus...
nanti kulit anak akan gebu and pandai!

lepas makan kena exercise...
heheheee... takderlah kena pergi sampai ke gym ok...
jalan2 kat flee market kat tengah2 d'Curve pun dah kira 
exercise!! hiyaaargh  hiyaaargh...
kalau tak percaya cuba... berpeluh jugak bila abis seround...
kan senang... berdiet sambil buat perkara yang kita suka...
makan and shopping! Yeayy...

hasil pancingan:

 i bought cincins yang cute ni...
rm10.00... murah and cute...
dan yang sebenarnya ada 3... hehehee... 3 in 1...
berbaloi!!
cincin 1
cincin 2
cincin 3
 alaa nak citer jugak pasal pancingan sebelum ni...
memang suka sangat jalan2 kat flee market ni...
banyak barang2 cute-mute yang murah2...

weekend sebelum makan meatball pergi jalan2
dan membuat pancingan dan ini hasilnya...

rm10.00

hehehee... boleh selalu pergi tapi kena buat bajet...
rm10 to rm30 jer...
kalau x nanti abis.. semua benda nak...
fiiuuuuhh...

 macam2 ada... kalau duit banyak memang nak beli semua...
satu benda yang perasan...
rantai, subang, gelang, cincin,
banyak betul yang guna motif burung hantu...
trend burung hantu ke apa nih?
ketinggalankah diri ini sebab tak tahu?
heheheee...

maciku Linda sempat rembat satu burung hantu...
rantai labuh rm10.00...
comel!!

 but whatever it is... i love butterfly...
especially the purple one... (^_^)

cincin dah, subang dah, rantai dah... gelang pulak...
heheheee... ada gak tengok2 mana yang berkenan...
tapi masa jumpa maciku hari tu...
dapat ole-ole dari kota kinabalu...
thank you for the lovely pearls!!
love it!!

 satu lagi yang menarik kat flee market ni ada gerai
I HEART BADGES...
serious ada banyak super cool badges...
i love the SUPERCHICKS!!
heheheee...
boleh tempah kalau nak...
and ada buat badges untuk wedding jugak...

penat berjalan kitorang layan live band...
heheheee... 
 suara diorang ni memang superb!!
tak tahulah mana datang energy diorang menyanyi sambil menari...

 kepenatan... tekak dahaga...
masa untuk mengeteh...

 heheeee... bila dah sampai d'Curve memang rasa tak syiok
kalau tak pekena Teh Tarik or Teh Ais
kat Teh Tarik Place...

oh noooo....baper banyak carbs plak teh ais ni?

23 gm??

o oo... dah terlebih sudah...
balik rumah kena work out lebih sikit...
heheheee...


\('o')/ .yeayy... seronok dapat makan meatball!
seronok dapat lepak minum teh tarik!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~