Friday, 5 February 2016

DIY Perabot IKEA


Bermula dengan kisah aircond bocor yang kami servis sendiri sehingga ke pencarian meja berukuran 100cm x 80cm, semuanya memakan masa selama 4 hari. Susahnya kalau suami cerewet bab-bab mencari barang perabot dan senangnya kalau banyak duit! HAHAHAA..

Servis aircond sehari
Mencari meja komputer sehari
Pasang-memasang sehari
Cat-mengecat sehari

Ini semua salah aircond yang bocor!!

Aircond bocor = bilik tak sejuk = air menitik = kaki meja mengembang mereput = terpaksa tukar meja = cari meja ukuran minima 100cm x 80cm = cari meja warna hitam = cat bingkai tingkap warna hitam = pasang monitor kecil ke dinding = bilik berubah wajah.

Jimat bab servis tapi terpaksa keluarkan duit untuk meja komputer yang baru. Hmmm.. Niat di hati nak cari perabot terpakai sahaja di Seksyen 13 tetapi ukuran yang dikehendaki tiada, terlalu panjang atau tidak cukup lebar. My husband is one picky person!


Tengah-tengah pilih barang there's always a pause yang lama sebab dia tengah berfikir. I don't know what he was thinking dan sebolehnya tak nak tahu. Biarkan sahaja dia dengan ideanya sendiri. Sebaiknya bawa diri sekejap cuci mata tengok barang lain coz you'll be exhausted just by looking at his 'thingking face'. It can last up to half an hour. HAHAHAA.. Sebab tu kerja yang boleh disiapkan dalam masa beberapa jam boleh melarat sehingga satu hari. (-_-)'

Belum masuk bab barang yang sudah decide untuk dibeli tapi tiada bila tiba di IKEA. Muka kecewa tu jelas terpancar. Salah diri sendiri juga sebab tak cek betul-betul di website IKEA. Nampak ukuran dan harga yang berkenan terus gerak ke Damansara. Tak cek pun availability. Bila sampai kat ruang pameran, tiada : KECEWA!

Nasib baik ternampak section untuk DIY, table top asing, kaki meja asing. Boleh mix and match ikut citarasa dan bajet yang dikehendaki. Alhamdulillah. Terus ceria muka sang suami. (^_^)

Kami decide untuk beli : Linnmon Table Top (black-brown) dan Adils Leg (black)



Harga : 
Table Top (100cm x 60cm) RM59 x 2 = RM118
Legs (70cm) RM10 x 8 = RM80
Jumlah = RM198 (2 buah meja)

Alhamdulillah within bajet tapi ukuran 100cm x 80cm yang dicari tiada. Terpaksalah menggunakan creativity sendiri untuk dapat ukuran tersebut. That's why we bought 2! Nanti nak tunjuk resultnya.


Spotted this gorgeous lady but it was a bit pricey for us to buy. Next time ye little lady, when we are richer! HAHAHAA..


My upah sebab teman cari meja. Aiskrim + Hotdog + Karipap


Upah lain, mengenyangkan perut lain. Rugi datang IKEA kalau tak makan meatball nya! Sebelum jalan-jalan cari meja komputer, makan dulu! Nasib baik, hari baik, bulan baik, semua baik, kami tak perlu beratur panjang. Kalau tak memang bercinta nak makan meatball. 20 biji for him, 10 biji for me. Alamak! Dulu 5 biji pun dah rasa kenyang, tapi sekarang 10 biji makan sorang. HUWAA.. Gemuk!

Satu yang kami terpinga-pinga masa nak duduk makan, dua orang perempuan sebelum kami, setelah mereka bangun, dalam pinggan mereka masing-masing ada 10 biji dan 5 biji meatballs yang tidak dimakan. Kami tertanya-tanya, kenapa beli kalau tak makan? Membazirnya! Berat hati nak kemaskan meja dan buang meatballs tersebut. Lain kali kalau tak nak makan bagi kat kami ye. HIHIHII..


Dapat makan 20 biji meatballs pun muka nak 'ABJ'. Belum habis lagi musim dia posing gaya ABJ. Layankan saja buah hati sorang ni.

Dan baru tahu yang my husband tak pernah beli barang kat IKEA. This is his first time ever! Sebelum ni dia hanya tahu datang IKEA makan meatball sahaja. Erkk.. Nak cari barang kat bahagian warehouse kat bawah pun dia tak tahu. (-_-)'

Bila balik rumah dia mengeluh, kenapalah masa dia berduit dulu dia takde perasaan nak tengok-tengok dan beli barang di IKEA. Sekarang bila dah tahu pasal DIY dan mix match semua tu, dia dah excited dan terfikir nak beli macam-macam. Dalam hati sang isteri, nasib baiklah duit tak banyak. HAHAHAA..


Sang isteri pula, matanya sentiasa tertarik pada pinggan mangkuk. Next time turn isteri pulalah shopping kat sini. (*_*)


Bilik idaman sang isteri. Luas, selesa, katil haruslah besar empuk dan gobok haruslah besar gabak sebab banyak koleksi baju.


Dapur idaman sang isteri. Bersih, peralatan dapur lengkap dan peti ais haruslah besar!


Ruang makan idaman sang isteri. Khusus untuk makan dan sesi borak bersama keluarga dan meja makan haruslah panjang!

Seronoknya dapat cuci mata. Dapat berangan rumah idaman! Bilalah boleh dapat rumah yang diidam-idamkan ni?


So this is what we've been doing for the past few days (abaikan tingkap yang belum berlangsir itu). 2 meja komputer berukuran 100cm x 60cm akhirnya menjadi 1 meja komputer berukuran 100cm x 80cm yang adjustable (boleh slide ke depan ke belakang) berkaki 6. Fikirlah sendiri macamana ye! Kami dah exhausted!

1 comment:

Munirah Mustafar said...

canggihlah!!!
kita nak jemput join & support GA terbaru kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~