Thursday, 18 February 2016

Birthday Surprise for Dear Hubby


14 February 2016
Astaka Morocco, Taman Botani Putrajaya

On 14th February we did not celebrate Valentine's Day but we celebrate my husband's birthday. He turns 30 years old this year! Yay!! A surprise I've always wanted to do for my loved one. A special day celebrated with family and friends! Alhamdulillah berjaya laksanakan dengan bantuan Alin. Memang tak termampu kalau nak buat sorang-sorang.

Ada yang bertanya macamana nak convince kan dia supaya datang ke taman? Panjang ceritanya! Bermula dengan nak ambil surat urgent daripada Pak Ngah yang tinggal di Putrajaya dan kemudiannya Pak Ngah minta jumpa dia di Taman Botani kerana bawa anak-anak beriadah di waktu petang. HAHAHAA.. Pak Ngah wujud tetapi tidak terlibat dengan surprise ini. Yang menyamar jadi Pak Ngah adalah Alin si event planner!

Almost kantoi tetapi my husband ni jenis yang tak fokus muka bila jalan-jalan di tempat ramai orang especially taman yang ramai orang ni. Even kawan lalu depan mata pun dia nampak macam apek cina. Aduhai... Jadi memang senang nak buat surprise. HAHAHAA..

No birthday cake this time around coz dah terover bajet kat perkara-perkara lain jadi kita ada 'birthday donuts' from Big Apple Donuts. One dozen donuts for RM27.00 and those candles RM10.00. Seronok planning buat surprise ni, boleh tentukan budget sendiri. Beli barang sendiri, masak sendiri, design semua sendiri. Antara terlaksana dengan tak terlaksana je. HAHAHAA... yang penting plan awal jadi bolehlah beli barang-barang secara berperingkat. Kalau sekaligus memang terasa banyak! (-_-)'

Akhirnya kami sama series! 4 tahun menunggu nak sama series dengan dia. Ingat lagi ada member tanya 'tak malu ke kawen dengan anak ikan?' Aduhai.. sakit perut gelak. Well, kawen dengan orang muda means awet muda! It keeps me young! Hahahaa.. Love you Bie!

Hari jadi pun masih lagi bermuka 'ABJ' sehinggakan ada kawan-kawan yang komen "Belon dah dapat tapi masih tak senyum. Apa lagi Saku mahu??" HAHAHAA.. Muka je garang, dalam hati ada banyak bunga dalam taman.

Picnic!! Tapi kesian pula birthday boy susah nak duduk bersila. Takde bangku or kerusi jadi terpaksa duduk dengan tak selesa. Sorry, my bad! Terima kasih buat semua yang hadir kerana redha makan dalam keadaan tak ada kipas dan matahari memancar. Berteduh di bawah pohon kurus nan sebatang! HAHAHAA...

Mihun Goreng
Tuna Sandwich / Egg Sandwich
Rojak Buah
Coca Cola Light

Basically seorang akan dapat satu box makanan. I hope everyone kenyang dengan makanan yang disediakan. Mihun goreng kakak ipar yang tolong gorengkan, sandwich Alin yang disediakan and the only thing that I managed to prepare was the rojak buah, I mean potong buah. Kuah rojak beli all the way from Kelantan. HIHIHII... Selain itu ada wantan dan juga hotdog made by Alin.

Fresh foods and fresh fruits! Lets eat healthy! Coca Cola Light?! Maybe... 

Birthday boy kena buli mandi air Coca Cola Light!! Nasib baik ada isteri memahami suami akan dibuli, dah standby baju spare dalam kereta! Kesian my hubby. Lepas mandi Coke diorang ambil air tasik pula mandikan dia. Habis lencun.

I wanna say thank you to Alin for sponsoring these lovely balloons. Di Shah Alam, party shop yang paling dekat dan paling senang nak pergi adalah di Seksyen 9 bersebelahan Domino's Pizza. Sebiji helium balloon berharga RM3.50. Tak sempat nak survey untuk harga yang lebih murah. Jika ada yang tahu supplier helium balloon yang lagi murah, bolehlah kongsikan, untuk next time punya project! HIHIHII...

Bukan main kami mencari idea di Pinterest dan akhirnya, on actual day, tak dapat nak buat seperti yang dirancangkan dan digambarkan. Tak sempat nak susun cantik-cantik dan belon pula bersimpul talinya. Lari konsep! HAHAHAA... Jemput-jemput dan aiskrim Malaysia pun tak sempat. Tapi tak mengapa Alin, what you've done dah cukup bagus. Couldn't have done it without you. Thank you so much Alin for your time and energy!

The girls except for Elly yang busy dengan Daniel kat tepi.

The legendary wolfpack (except Epyn, Muzz and Mislan)

My favourite bunch of people!

Last but not least, kena lumur krim donut! Sorry Bie! Today is not only a special day for you but also for us because we get to do what ever we want with you! Hanya sebiji donut menjadi korban. HIHIHII...

Happy Birthday My Dear Husband!

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan niat untuk kurus dan menjadi suami yang soleh buat isterimu ini.

4 comments:

adiba rusli said...

wahh.bestnya semua buat sendiri. and the box that contains semua tu, rasa macam tertarik sgt. kalau sy la dapat, terharu rasa. bagusnya awaaa.

Nabila Syifa said...

nice& happy..bestnya

Invisible Me said...

Wahhh. Mesti terharu dibuatnya. Hehe

muhammad syahmi said...

Salam Puan,

Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review
laman web kami. Kami sangat hargai jika Puan boleh review laman web kami.
Puan boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

Terima Kasih.

Syahmi
syahmiruhaizat@gmail.com
+6011-15359165

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~