Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, 27 December 2015

The Legendary Wolfpacks by The Beach

Sunday
20.12.2015
Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan

Majlis resepsi Muzz dan Lala. Cantik sangat pasangan pengantin di atas pelamin. Jeles pulak bila orang lain ada pelamin untuk bersanding. Wedding kami tak ada pelamin sebab kami berdua pemalu. HAHAHAA..


The whole gang was there. The complete 'Legendary Wolfpack' was there to celebrate Muzz and Lala's big day! Semua ada!

Ambil peluang untuk duduk atas pelamin orang. HAHAHAA...

Semua orang pun nak. Pengantin lama pun sama. Mia terpaksa bagi laluan.

Wefie bersama pengantin adalah perlu! Dalam banyak-banyak wajah, Mia punya paling win! Definitely a great day for all of us. Yeay!!

Tapi lepas wedding, mereka buat ad-hoc trip to the beach yang tak berapa great dah buat kami berdua kerana kami berdua tidak membawa pakaian bersesuaian untuk mandi. Berbaju kurung dan berbaju kemeja serta berkasut. HUHUHUU...


We went to Port Dickson Beach. Dah lama tak berjumpa dengan pantai. Just what I needed. Cuma musim cuti sekolah plus weekend ramainya orang. Pemandangan penuh dengan manusia bermain air. Tak mengapalah, sama-sama berkongsi keindahan ciptaan Tuhan. 


Walaupun berbaju kurung, berkemeja dan berkasut, kami tetap happy dapat berkubang dalam pasir. Tak mengapalah tak dapat mandi laut kali ni. There'll be next time!

Mia pun seronok jer dapat berkubang dalam pasir. Building sand castles dengan Eryna punya tools! 


Lepak session paling best sambil tunggu matahari terbenam. Tak dikira picnic sebab makanan tak ado. HUHUHUU... Dapat pisang goreng cheese pun tak menarik sebab cheese nya ciput yang amat.


Kami bernasib baik sangat sebab masa mula-mula sampai ke pantai cuaca cerah. Budak-budak kecik dapat main dengan sepuas hati sebelum pulang. Ketika nak beransur pulang barulah cuaca mulai mendung. Jadi tak rushing pun nak elakkan hujan. Alhamdulillah..


Bila matahari mula nak menyorokkan diri, maka bermulalah sesi 'cover album'. HAHAHAA... Perasan boyband masing-masing. Untuk seseorang itu, walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi bentuk badanmu yang bulat tetap menjadi pujaan hatiku. HAHAHAA...


Si pemalu berdua ni pun nak juga mengabadikan sunset. Memang fail bab-bab posing ni. Nak buat love pun terkial-kial. Layankan saje.


Bila la dapat nak bersunset foto dengan anak cam mereka ni. Jeles memang jeles, lagi-lagi bila si Mia tu comel yang amat. HIHIHII... Kena usaha lebih tahun 2016 sebab 2015 dah nak habis. TTC oh TTC.


Mungkin ada sebabnya kenapa Allah masih tidak mengurniakan kami zuriat. Kami berdua masih belum stabil dari segi kewangan. Bukan senang nak membesarkan anak, kami tahu itu. Tapi sekiranya Allah mengurniakan kami zuriat dalam masa terdekat, kami akan berusaha untuk lakukan yang terbaik demi kehidupan kami  sekeluarga. Insyaallah. 

Jadi buat masa sekarang, bila teringin sangat nak pegang baby, boleh cari si Mia ni. HAHAHAA... Love you Mia!

#childhoodmemories #spiralseashells


Pernah tak kutip spiral seashells ni? HAHAHAA.. Tak tahu apa nama sebenarnya so I called it spiral seashell. Tiny little seashells with lovely patterns. Jika berpeluang ke pantai, pasti akan kutip seashell jenis ni. Boleh buat rantai. Bila ada anak nanti, pastinya akan ajar mereka how to appreciate life by appreciating the beautiful little things that live gives us. 

Monday, 16 November 2015

Lepak Session @ Dolly Dim Sum Nu Sentral


DOLLY DIM SUM


Address:

LG.43 NU Sentral, 
No. 201 Jalan Tun Sambathan,
50470 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2856-0663

Business Hours : 11.00am - 10.00pm (daily)


Kaki hubby dah semakin sembuh. Alhamdulillah. Yang penting usaha kami untuk control makan. Bila hati dah lega, baru lah tenang nak keluar berjumpa kawan-kawan. My fellow Srikandi 959 ada buat sesi melepak sambil mengedarkan Album Reunion FD @ The Kabin hari tu. Sudah banyak kali terlepas sesi-sesi melepak, kopi-mengopi, kenduri-kendara, jadi kali ni kena turun padang. Hihiii.. Tempat perjumpaan di Dolly Dim Sum Nu Sentral.

Sudah lama nak cuba dim sum kat sini dan akhirnya dapat juga. Tapi bila dah sampai kat Dolly, perut sudah kenyang kerana dah teman hubby makan terlebih dahulu. Huhuhuu.. Tidak mengapa, asalkan dapat melepaskan rindu jumpa kawan-kawan. Ketawa sampai menangis.


Macam-macam ada. Pilih saja apa yang tekak rasa nak makan. Sebelum pergi boleh check out menu Dolly Dim Sum seperti di atas kat sini. Harga je tak diletakkan. Tapi mostly RM7 dan ke atas untuk sepinggan or sebekas. 


Ambiance kat sini sangat cantik dan menarik. Selesa sangat untuk berkumpul beramai-ramai bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Gelak berdekah-dekah pun tak mengapa sebab meja sebelah pun rancak bercerita. 


Nak buat pengakuanlah kat sini. Sebenarnya saya ini tak pandai dan pakai chopstick. Terkial-kial jari nak pegang dua batang kayu. Nak ambil makanan yang licin-licin lagi lah parah. Nak sumbat makanan ke mulut guna chopstick pun terasa awkward. Nak sumbat dari hujung penyepit ke nak kena gigit makanan dari tepi penyepit saja? Hahaa.. Nak kena banyak praktis di rumah.


Kawan-kawan siap berebut lagi ambil makanan guna chopstick. Kalau terlibat dalam adegan ni confirm penyepit kosong. Hahahaa.. Dish yang ni lupa la pula namanya namun yang pasti ada abalone di dalamnya.


Banyak makanan yang diorder. Macam-macam rupa. Semua nampak menarik, nampak sedap. Tapi bagi yang tak makan seafood macam saya ni kenalah pandai-pandai pilih. Jangan risau, nama hidangan pelik-pelik tetapi ada disertakan description mengenai makanan-makanan tersebut. Jadi takde lah tersalah pilih yang seafood. Tak boleh nak jadi pengkritik makanan kalau ada makanan yang tak boleh dimakan. Ada unsur tidak adil. Hahahaa..


Kawan-kawanku ini hantu makan. Makan apa sahaja yang dihidangkan dan rajin jalan-jalan cari makan di seluruh pelusuk Malaysia. Di mana ada makanan sedap, di situ ada mereka. Di mana ada kedai yang ramai orang beratur, di situ ada mereka. Jadi kalau nak minta pendapat, tanya saja pada mereka.


Walaupun hanya makan sebiji Egg Custard Bun dan minum secawan Jasmine Tea, bergelak ketawa bersama mereka adalah yang terbaik. Tak sabar untuk sesi lepak seterusnya! Makan sudah, ketawa sudah, dapat album sudah. Group photo is a must!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~