Showing posts with label new life. Show all posts
Showing posts with label new life. Show all posts

Saturday, 9 January 2016

New Year, Wajah Baru


9 January 2016, masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016!

Tengok bunga api di mana Tahun Baru tempoh hari? 

Me and my husband buat last minute punya plan, pukul 10 baru teringin nak keluar tengok bunga api. Kebanyakan venue di Kuala Lumpur yang happening. Tapi untuk menempuh trafik jem ke KL memang tidak sekali-kali. Google punya Google, tanya punya tanya, our friend Bob suggested Setia City Mall. Kami terpedaya dengan umpanan satay di Mamak Modern sedangkan bunga api tiada langsung di Setia City Mall. HUWAAA...

Ciput-ciput, sayup-sayup saja kami nampak bunga api dari kawasan sekeliling. Hmmm.. Bila pulang ke Shah Alam, barulah ada yang suggest I-City! Hampehhh... 

Tahun baru, perkara yang mula-mula nak dibuat adalah tukar theme baru untuk blog ni. Dah lama nak tukar tapi sayangnya dengan theme lama. HAHAHAA...


Sayangnya nak tukar that girlish theme tapi apakan daya, sudah lama sangat bertakhta dan ada beberapa widget yang tak dapat berfungsi dengan baik. Terpaksalah menukarnya demi kebaikan di masa akan datang. HAHAHAA.. (formal betul ayatnya... deng!!)

Kali pertama nak publish first post dulu punyalah segan. Segan dengan apa yang orang nak kata tentang coretan. Namun tebalkan muka dan tabahkan hati dan remind myself yang tak ada sesiapa pun yang nak baca. Hanya diri sendiri. HAHAHAA...

Alin cakap bila dia baca macam baca berita. Alamak! Malu.. Sorry Alin, memang tak pandai nak mengarang dan berpuitis. HUHUHUU...

Apa-apa pun Selamat Tahun Baru dan semoga azam tahun ini akan tercapai. Mana-mana azam tahun lepas uang belum tercapai, silalah renew dan usahakan untuk capai tahun ni pula. Contohnya azam nak pregnant and have a baby. HIHIHII.. Insyaallah..

Sunday, 30 August 2015

Moving On

Haven't been blogging or posting for quite a long time.

2014
Loved ones come and go.
Got married to my ex-contract boyfriend.
Had a miscarriage.
And the hardest part was saying goodbye 
to the first guy that I've ever loved,
my Abah, semoga Abah tenang di sana.
AL-FATIHAH
I miss you Abah!

It's sad, but sometimes
 moving on with the rest of your life
starts with goodbye.

Tuesday, 26 February 2013

Azam Baru

Insya'allah...

seharian berjalan ngan mommy...
jalan jalan cari makan sampai kenyang...
abah ada kursus... hehehehe...

sebenarnya sebelum birthday ma dah belikan tudung...
hehehee... dia nak anak dia yang degil ni pakai tudung...

si bijaksana si bijaksini ni sebenarnya dah banyak kali
on tudung off tudung... on tudung off tudung...
mula-mula nekad nak pakai sampai bila-bila... 
pergi kerja, pergi kelas...
tapi lepas kelas jer tak pakai...
keluar jalan2 pun tak pakai...

banyak sangat godaan nak pakai baju dan seluar kecik2...
betul... bila dah start pakai tudung...
timbul la perasaan : tak cantiknya pakai tudung...
dengar la bisikan halus : pakai tudung macam makcik...
bila iman tak kuat, terbang la tudungnya...
hahahaa... ini kisah betul...

tapi yang pasti tetap terus mencuba untuk berubah...
Insya'allah dibukakan pintu hati olehNya
untuk terus berhijab...
amin...

masa jalan-jalan dekat KB Mall ternampak
booth orang lukis potret...
more to cartoon la...
cute-cute jugak lukisan diorang...
10 minit jer untuk lukis potret...
nasib baik orang tak ramai so terus duduk...

first time! excited and nervous...
tak sabar nak tengok camana ghope...
RM10.00 jer sementara promosi...

 tadaaa...

 ma cakap tak sama pun... hahahaa...
nak cakap lukisan lagi cantik la tu...

wow... mataku kah itu?
wow... bibirku kah itu?
wow... hidungku kah itu?
eh... daguku macam tu ker?
satu jer yang saya percaya... kening!!

sangat kagum dengan kehebatan abang tu melukis dalam 
masa 10 minit jer...

"melihat diri sendiri dari pandangan mata seorang yang asing"


(^___^)

Wednesday, 2 January 2013

Bunga Api KLCC 2013...

Tahun baru, umur baru... azam?! 
Renew tahun2 lepas punya... belum tercapai lagi... 
semoga 2013 memberi penuh keberkatan... 
semoga segala yang diimpikan akan tercapai... amin... 
2012 penuh dugaan dan cabaran...
apa yang telah terjadi biar terjadi... 
masa tak mampu diputar kembali... 
masa untuk melangkah ke depan... 
buang yang keruh dan ambil yang jernih... 

Selamat Tahun Baru 2013

31 Disember 2012, me n my mom
naik lrt dari wangsamaju ke KLCC...
mula2 ingat nak tengok bunga api kat I-City...
tapi dah sangkut kat wangsamaju so terdekat kat KLCC...

 pukul 10 malam dah sampai KLCC...
punya la ramai orang...
berduyun-duyun manusia...
bising pun yer jugak...
masing2 ada vuvuzela...
aduhai bingit telinga...
rasa nak marah tapi mau kena belasah...
hahahaa....

mommy cakap "macam duk luar negara"
hahahaa... yer lah... Indonesia, Arab, Pakistan, Bangladesh,
Perancis, Jepun, Korea, Africa, Kelantan...
heheheee... semua ada...
bertambah majmuknye...

 before countdown ada pertunjukan musical fountain...
cantik... tapi bukan boleh masuk dekat pun...
jingkit jingkit sikit dapat la nampak hujung2 air...
music nyer tak dengar sebab kat sebelah duk tiup 
vuvuzela... adeh... tension...

last2 tak tahan bingit...
me n my mom jalan sampai ke NZ...
minum milo ais lagi bagus...
nasib baik ada table kosong...
banyak yang dah reserve sebab kat sini boleh nampak...

ada couple french ni datang duduk semeja...
tak kisah la sebab kitorang berdua jer...
ada seat yang kosong lagi...
tetiba diorang order 'beer'...
aduhai... ingat pub ker?
hahahaa... mano ado...
buntang mata ibunda tercinta...
terkojut... hahahaa...
macam2 jenis orang ada...

berkira-kira jugak...
nak tengok dari NZ or nak ke arah KLCC semula...
last last decide tak nak bersesak...
tengok dari NZ jer...

camera semua dah menghala ker KLCC...

yang berdentum bunga api KL Tower..

alaaa... terlindung ngan pokok plak position kitorang...
tapi seronok... nampak dua tempat sekali...

 tak naik tinggi pun KLCC punya...
tapi tak kisah la...
seronok dapat tengok...

welcome 2013!!

glad dapat bawa my mom tengok bunga api...

Selamat tahun baru 2013... 
dapat tengok bunga api... 
permulaan tahun baru yang menyeronokkan... 
tahun baru masa utk buat kenangan manis bersama2 tersayang... 
orang istimewa, family, kawan-kawan dan semua...

syukur alhamdulillah 2012 berakhir tanpa sebarang kecelakaan...
biarpun banyak dugaan yang menimpa...
namun syukur alhamdulillah kerana masih bernyawa
di bumi Allah ini...

 syukur juga kerana selamat pergi dan pulang...
bersesak-sesak naik lrt namun kami selamat...
alhamdulillah...
siap beli myrapid lagi...
tak larat nak bersesak beratur beli tiket kat mesin...
mau pukul 2 pagi baru sampai umah...
heheheee...

nasib baik ada kasut yang selesa...
berjalan dan berdiri...
thank you auyun for this lovely shoes...

azam? capai impian walau apa pun ia...
hidup perlu ada impian dan saya ada banyak impian...
tercapai atau tidak itu ketentuan Ilahi yang
menilai usaha seseorang hamba itu...

semoga kita semua dapat gapai apa yang diimpikan...


Selamat Tahun Baru 2013

\(^_^)/

Wednesday, 14 November 2012

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1434H

Pada akhir waktu Asar 14 ovember 2012 (Rabu), kita akan sama-sama melangkah ke tahun baru Hijrah 1434H. Selamat menyambut tahun baru Islam kepada semua muslimin dan musliman.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali tatkala menjelang berakhir tahun Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah iaitu pada 14 November 2012 iaitu hari ni.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkaan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohom diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtuhan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Jom sama-sama kita kongsi dan amalkan.
Selamat Beramal!

(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~