Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

Adelia Raihannah

19 Mac 2013, a cute baby girl lahir ke dunia...
pukul 5.48 pm...

diberi nama ADELIA RAIHANNAH BT SHAHRUL RIDZUAN...
amboi... tahu la mommy minat Adele and Rihana...
suara mesti sedap bila mengaji dan menyanyi...
nanti dah besar boleh join Aunty Melly karoke...
Adele oh Adele...

tido jer dia... orang datang melawat dia tido plak...
Adele oh Adele... bukak la matamu oh Adele...

urghhh...
arghhh...
huaarghh...
 zzzzz....

an attempt untuk bukak mata tapi akhirnya tido jugak...
adesss...

sekali lagi...

 hiyarghhh...
 hiyarghhh...
cakk!!
 akhirnya bukak jugak mata...
tu kenapa tu?
silau ker baby Adele??

ini gelang kakinya yang dah tertanggal...
macamana tak tertanggal...
asyik menendang jer...
ganeh sungguh...

 alololoo... nak tido kena peluk jari mommy ke Adele?
so so adorable... mata tutup jer sentiasa...

 ehh... Adele pegang jari Aunty Melly?
sayang Aunty Melly ker?
i love you too dear...
Aunty Melly dah jatuh hati kat Adele tadi lagi...
heheheheee...

 so much love Adele dapat...
nenda-nenda sanggup datang dari Terengganu
nak jaga Adele...

 aunty vogue pun ada jugak... hehehee...
aunty vogue bila nak tambah lagi??

baby tak bleh kena aircond...
bilik ramai orang dan panas pun terasa...
baby berbungkus ingatkan sedang panas...
so bukak la pembalutnya...
bukak sekejap jer pastu dia nangis...

nenda-nenda cakap...
baby biar berperluh tu bagus...
nak elak penyakit kuning...

dan lagi satu...
baby baru lahir memang suka kena balut...
sebabnya baby belum biasa keadaan bebas...
dia still lagi nak duduk macam dalam perut mommy...

 jadi nenda Adele terus mulakan tugas sebagai nenda...
balut baby ketat-ketat...
abis balut jer baby sambung tido...
aduhaii... macam tu rupanyer...

betul la orang cakap...
orang tua lebih dulu makan garam...
yang muda-muda ni baru la tau kenapa begitu dan begini...

sekarang si bijaksana bijaksini tambah lagi satu ilmu... (^_^)

 adakah aku semakin kesuntukan masa?
umur semakin meningkat tetapi masih belum berkeluarga...
perlukah tension-tension?
heheheee... tak perlu sampai tension sangat...
ada hikmah di sebalik segalanya...
life must go on...
Allah itu Maha Agung dan Maha Mengetahui segalanya...
jangan risau banyak...
risau sikit-sikit boleh... hehehehee....

hari tu ada tengok Law and Order SVU...
berkenaan ovum or telur yang kena kidnap...
kat negara omputih sana diorang harvest telur
untuk mengelakkan perkara buruk...
untuk mendapatkan zuriat...
untuk meneruskan waris...
orang-orang yang berumur berusaha untuk dapatkan anak...
diorang tak kisah sangat pasal agama...
tak kahwin boleh jer nak beranak...
ada penderma sperma plak tu...
ish ish ish... pastu tak tau asal usul keturunan...

kita yang beragama Islam tak perlu fikir sampai ke situ...
percaya ketentuan Qada' dan Qadar Ilahi...
berusaha, berdoa dan bertawakal kepadanya...

"Ya Allah Ya Tuhanku... Engkau pertemukanlah aku jodoh yang terbaik buatku... Jika dia dijadikan untukku maka Engkau dekatkanlah hati kami dan Engkau percepatkanlah jodoh kami... Sekiranya dia bukan jodohku maka Engkau jauhkanlah hati kami dan Engkau pertemukanlah aku dengan jodoh yang Engkau telah tuliskan buatku... Berikanlah aku kesempatan untuk mengecapi kebahagiaan hidup berpasangan dengan seorang kekasih yang sah bernama suami, yang mampu membimbingku ke jalanMu Ya Allah... Berikanlah kami kesempatan untuk menerima anugerah terindah dariMu, zuriat-zuriat yang soleh dah solehah... Berikanlah aku kesempatan untuk hidup berkeluarga Ya Allah... Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... kepadaMu lah tempat ku berserah... kepadaMu lah tempat ku bermohon dan berlindung Ya Allah... perkenankanlah doa hambaMu yang kerdil ini Ya Allah... Amin Amin Amin Ya Rabbal'Alamin..."

Wednesday, 27 February 2013

Doa Buat Kekasih

Ya Allah Ya Tuhanku,
Mungkin aku tidak mampu membahagiakan
ibubapaku dengan kemewahan dan kasih sayang...
Dengan pertolonganMu...
Perkenankanlah doaku...
Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka...

"YA ALLAH...
AMPUNILAH AKU, KEDUA IBUBAPAKU
DAN KASIHANILAH KEDUANYA
SEBAGAIMANA MEREKA
MENGASIHANI AKU SEJAK KECIL."

amin...

Wednesday, 14 November 2012

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1434H

Pada akhir waktu Asar 14 ovember 2012 (Rabu), kita akan sama-sama melangkah ke tahun baru Hijrah 1434H. Selamat menyambut tahun baru Islam kepada semua muslimin dan musliman.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali tatkala menjelang berakhir tahun Islam, boleh dilakukan sesudah Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah iaitu pada 14 November 2012 iaitu hari ni.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkaan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohom diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtuhan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Jom sama-sama kita kongsi dan amalkan.
Selamat Beramal!

(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~