Wednesday, 5 July 2017

Melaka Road Trip : Hard Rock Cafe Melaka


Aktiviti di malam hari, jalan-jalan cari dinner. Cik Maria telah bermurah hati nak belanja kami makan kat Hard Rock Cafe Melaka. Buntang mata kami bila dengar dia nak belanja kat Hard Rock Cafe. 


First time orang belanja makan dekat Hard Rock Cafe! Yayy!!

Alin makan steak.

Cik Maria makan salad.

Hamba makan Jumbo Combo!


Makan sambil layan lagu-lagu 90-an. Yang kat dalam perut pun melompat-lompat! Suka lagu-lagu lama agaknya dia. HIHII.. Alamak lupa pulak nama band yang perform malam tu tapi suara penyanyi perempuannya sangat lantang! Best best..


Rupanye special dinner malam ni nak sambut birthday Alin yang dah belated. Cik Maria tak berkesempatan nak sambut sebelum ni sebab lama berada kat Boston. 3 bulan selepas birthday baru nak celebrate. Birthday girl tak tau langsung nak sambut birthday dia, siap excited nyanyi birthday song seiring dengan band dan tetiba ada waiter yang datang bawak kek untuk dia. HIHIHII..

Happy Belated Birthday Alin!


Complimentary gift from Hard Rock Cafe! Thank you!


Sebelum balik hotel sempat lagi kami nak jalan-jalan tepi Sungai Melaka.


Cantik sangat pemandangan waktu malam sepanjang Sungai Melaka ni. Angin malam pun dingin je. Seronok jalan-jalan dengan tenang. Ada juga cafe-cafe tepi sungai yang dibuka untuk lepak-lepak.


Thank you Hard Rock Cafe Melaka for the lovely dinner!


Kami berdua juga nak ucap terima kasih buat Cik Maria kita yang sudi belanja kami makan malam ni. Thank you Maria!

Melaka Road Trip : Bica & Co. Courtyard Cafe


BICA & CO. COURTYARD CAFE


Address:

ROSA MALACCA
212, Jalan Parameswara,
Kampung Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Tel: 06-281 9888


Alang-alang dah menginap dekat Rosa Malacca ni kena la cuba rasa makanan kat Bica & Co. Cafe. Boleh pilih nak duduk dalam ke nak duduk kat courtyard. We chose untuk duduk kat dalam sebab kat dalam pun menarik. Nice ambiance!


Spaghetti tu sedapnye. Siapa pergi sana nanti boleh lah cuba. Maria ordered spaghetti and Alin ordered sandwich. Me?! Order Blueberry Cheesecake and Hot Chocolate je. Tak lalu makan sebab dah buat salah kat husband. 

Inilah kesalahannya. terbawak kunci kereta dan wallet husband! Terlupa nak keluarkan dari handbag sebelum bertolak ke Melaka. Aduhai, hati tak tenang langsung sebab si dia merajuk nun di Shah Alam sana. HUHUUU..



Nasib baik cafe ni sangat cantik dan menenangkan. HAHAA.. Terubat sikit gundah gulana di hati. Reminder untuk diri sendiri, check handbag sebelum keluar berjimba dengan kawan-kawan. HAHAA..

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati!


Lepak courtyard super tenang sebab time ni takde orang. Mungkin hujung minggu lebih meriah! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~