Thursday 31 December 2015

My Latte Quest : Cake Jalan Tiung


CAKE JALAN TIUNG


Address:

31M, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J, 
Section 9, Shah Alam. 
(baking classes Tuesdays)

Open from 12:00pm - 8:00pm
(Wednesday - Sunday)


Dah lama tak mengopi dengan Alin kerana masing-masing busy. Sabtu 26.12.2015 kami sempat luangkan masa untuk berjumpa. Alhamdulillah. Tempat perjumpaan kali ni di Cake Jalan Tiung Seksyen 9. Paling senang nak cari 'atas Ani Sup Utara'.


Seperti biasa, order Latte! Teringin nak order Piccolo Latte tapi takut dengan kepahitannya, jadi pilih jalan selamat je. Sessi mengambil gambar latte dan cake kali ni memakan masa paling singkat kerana banyak yang nak digosipkan dengan si sports addict ni. HAHAHAA...


Untuk sesi melepak dan bergosip kali ni, I bought this lovely and delicious Rosie Huntington cake yang berharga RM12.00 dan Latte yang berharga RM10.00 secawan. Mahal tapi sedap! Berbaloi sangat. Sekali sekala berbelanja lebih untuk makan kek apa salahnya. Lagipun memang dah lama tak keluar mengopi dengan kawan-kawan.


Kek Rosie Huntington ni sedap sangat. Keknya lembut dan icingnya rasa sirap bandung. Dan kelopak bunga rose kering yang jadi topping boleh dimakan! Rasa wangi. HAHAHAA... Kejakunan sedikit di situ. Pengalaman pertama kunyah kelopak bunga.


Ini dia, dua orang punya makan. Banyak tetapi sedar tak sedar habis semuanya kami makan. Kerancakan sesi berborak perlu diseimbangkan dengan kunyahan. Gosip memerlukan tenaga yang banyak terutama ada isu hangat yang berbangkit. HAHAHAA...


Alin's Taufeefah and Salted Caramel Chocolate Cake turut tidak mengecewakan.


Thank you Cake Jalan Tiung kerana menyediakan kek dan latte yang sedap untuk sesi berborak kami. Tempat pun selesa dan cantik! Alhamdulillah. Pastinya akan kembali lagi untuk makan kek di sini. Insyaallah.

MY LATTE QUEST :
Cake Jalan Tiung ~ Checked!!
Cake Sedap ~ Checked!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~