Monday 28 December 2015

Mengenal Merah Saga di KLCC

Saturday
19.12.2015
KLCC

Tahun 2015 my brother in law sambut birthday yang ke 30 tahunnya di Kuala Lumpur. Jauh datang nak sambut birthday. HIHIHII... Sambil menyelam sambil minum air. Sambut birthday sambil berehat dan jalan-jalan di Kuala Lumpur. Oleh kerana busy bekerja di gerai makan, jadi tak dapat bersama mereka dinner di NZ Garden Kuala Lumpur di malam hari. HUHUHUU.. Hanya dapat berhubung dari jauh. Semuanya ada kecuali adik lelaki dan isterinya. Mak bonda dari airport terus ke NZ Garden.

Pemandangan di NZ Garden tidak pernah mengecewakan. 

Tempat dating kami suatu ketika dulu. Kalau terasa nak dating di KL je confirm NZ Garden dalam kepala. HAHAHAA... Sebabnya dapat tengok bangunan KLCC di malam hari yang sangat cantik. Di samping itu dapat tengok kerenah manusia yang singgah di NZ Garden. 'People Gazing' namanya, lepas tu mengumpat. HAHAHAA... makanan paling disukai oleh suami adalah Chicken Chop. Sedap!

Surprise birthday present from my sister to her husband. Menarik! 

Next year nak buat surprise apa ye untuk my hubby? Selalu je buntu bila bab-bab nak buat surprise. Hmmm... Teringat pula pada arwah Abah yang suka buat surprise untuk isteri dan anak-anaknya yang mana ada di kampung. HUHUHUU.. Acara 'calit' icing ke muka memang tak pernah dilupakan. Confirm ada yang bermuka comot! Rindunya pada Abah.


Selepas dah sambut birthday dengan isteri tercinta di malam hari, pada siang hari pula masa untuk makan kek beramai-ramai. Sementara menunggu yang lain tiba terutamanya keretapi paling lambat dari Shah Alam, adinda-adinda dan mak bonda sempat ronda-ronda ke Aquaria dan cuci mata tengok deco Krismas di KLCC. 


Dan acara kemuncak, sambut birthday di taman berhadapan KLCC. Chocolate Indulgence dan segelas air kongsi 3 orang kerana terlupa beli air. Nasib baik tak tercekik!


Sebelum pulang sempat kami mengabadikan gambar beramai-ramai di hadapan pokok Krismas yang besar amat di hadapan pintu masuk KLCC. Sekadar suka-suka!

Love my family so much! Untuk melihat ia berpecah-belah tidak sekali-kali. Segala dugaan yang datang melanda mungkin ada hikmahnya. Keluarga yang dibina oleh Cikgu Nawi dengan penat lelah dan kasih sayang ini tidak mungkin disia-siakan. Insyaallah.

#childhoodmemories #bijisaga


Sedang enak makan kek, terpandang biji-biji berwarna merah di atas tanah. Macam kenal je! BIJI SAGA! Dah jarang jumpa pokok saga ni sekarang. Nostalgic sangat! Masa kecil-kecil kutip biji saga kerana cantik warna merahnya, lepas tu buat main masak-masak dan jual-menjual. HIHIHII...

Jika tanya husband kenal tak biji saga, confirm jawapannya tanya Mr Google. I'm afraid orang zaman sekarang sememangnya bergantung harap pada Mr Google. Jarang yang berusaha untuk kenal 'face to face'. Hmmm... Jadi bagi yang ada anak kecil, kenalkan mereka dengan biji saga yang real ni dengan bawa mereka ke taman di hadapan KLCC.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~