Sunday, 17 April 2016

My Latte Quest : Panacea Cafe


PANACEA CAFE


Address:
No. 12 Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, 
Seksyen 9, 40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
Tel No : +60122344330 / 0355231205

Open from Monday to Friday
11:00am to 11:00pm
Saturday : 12:30pm to 11:00pm
Sunday ~ CLOSE

15 April 2016 birthday Alin, jadi nak belanja minah aktif tak reti duk diam ni minum coffee. Ingat nak mencari Latte di Kopimeo tapi hari Jumaat Kopimeo tutup ye. Jadi pindah venue ke Panacea Cafe sederet dengan Foodsbury tempoh hari. Banyak pilihan coffee di sini, teringin nak order Nutella Latte tapi baru teringat sedang berusaha untuk sesuatu and need to avoid coffee for a while. Jadi kena buat Latte Quest next time. HIHIHII..

For now, kita minum yang tak berkafein je. I went for RM11.90 Paddle Pop Milkshake (vanilla blended with strawberry flavor and topped with whipped cream) and Alin ordered RM11.90 Oreo Overload (cream and cookies blended with milk and topped with whipped cream). Manis.. kena minum banyak plain water lepas minum ni. 

Yummeh...

Sorry Alin takde birthday cake jadi makan-makan and layan dessert je! Tokei kek mesti dah tak larat nak makan kek. Jadi kita makan lempeng je. HIHIHII.. Classic Fish and Chips RM15.00, Panacea Marinated Chicken Chop RM18.90, Hurt So Good RM8.90. Makanan sedap!

Hurt So Good or Banana Crepe with Nutella ni sedapnya!! Bila dah hipster, lempeng pun boleh jadi sedap lain macam. HAHAHAA.. Lempeng + pisang + icecream + whipped cream + nutella = potong kaki.. Hancuss diet! Seminggu tak boleh sentuh makanan manis dah.

The famous feature kat Panacea Cafe, sangat instagramable. HIHII.. Menarik. Suasana kat sini memang sesuai untuk lepak, tenang je. Boleh pilih samada nak open air or dalam bilik aircond. Pelayan pun friendly! Senang nak minta tolong ambilkan gambar.

Yayy! One for the album!

Ini perkara biasa bila berada di tempat yang cantik. Sesi posing! Seronok je sebab time ni tak ramai orang, boleh sesuka hati bergambar. Ok dah cukup!

Sekali lagi nak wish,

Happy Birthday to Alin!
Semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki dan
cepat mendirikan rumahtangga.
Insyaallah, amin..

Time to go home!

MY LATTE QUEST:

Panacea Cafe ~ Paddle Pop Milkshake checked!!
No Latte this time around.
(^__^)

Monday, 11 April 2016

My Latte Quest : Foodsbury


FOODSBURY CAFE


Address:
No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.

Email: foodsbury@gmail.com
Twitter : foodsbury
FB: facebook.com/foodsbury
Tel No: 03-55245539

Open from Tuesday to Sunday
12:00pm to 11:00pm.

Orang Johor dari jauh dah tag nak makan kat Foodsbury bila dia datang berkursus di Shah Alam. Nasib baik dekat je dengan rumah. Maka (😅 hahaa maka??) pada hari yang dijanjikan kami pun sampailah ke sini. Owh jangan lupa share post berkenaan Foodsbury kat Facebook sebab boleh dapat diskaun 10%. Dekat kaunter sila tunjuk dan tuntut diskaun tu.

Dari luar memang nampak menarik, bila dah masuk, memang indah kabarnya berserta rupanya. HIHIHII.. Cosy sangat nak lepak kat sini. Setiap sudut memang menarik. Rambang mata nak duduk ceruk mana.

Kat sini boleh jumpa banyak gajah. Comel-comel semuanya. Cuba kira berapa ekor gajah yang boleh dijumpai! HIHIHII..

Mula- mula kami pilih untuk duduk di sofa ni tapi kemudiannya kena 'halau' sebab tempat ni dah ada orang reserve. HUHUHUU 😧 Tapi bukanlah halau cara kasar, muka waiter yang datang minta tukar tempat tu memang muka bersalah sangat sebab terpaksa suruh kami beralih. Kesian dia.

Jadi kami pilih untuk duduk di sudut ni. Lina kata sudut dulang maulud. HAHAHAA.. Dulang maulud pun dulang mauludlah. Walaupun jauh ke belakang tapi seronok sebab boleh berborak, bergambar sesuka hati. 😘

Series of 'antisocial' from Wana. HAHAHAA.. First world problem nowadays. Hand phone tak boleh lepas dari tangan. Kadang-kadang bila tanya soalan pun tak dijawab. KRIK KRIK.. Sepatutnya kena ada rules 'no phones' bila lepak with friends. HAHAHAA..

My dinner : Chilli Cheese Fries dan Salted Caramel Coffee. Nak kata makan ringan takde la ringan sangat sebab fries and cheese and meat, tapi sebab dah makan dulu sebelum sampai ke sini, jadi perut dah separa penuh. Ingatkan nak try Latte tapi bila duk scroll review kat Facebook dan Instagram, ramai yang order minuman2 hipster. HAHAHAA.. Lagipun takde gambar-gambar latte art. Jadi decide untuk order Salted Caramel ni. Sedap!!

Alhamdulillah dapat entertain Wana yang datang dari jauh ni. Nasib baik makanan di Foodsbury ni sedap katanya. Jadi tertunai sudah niat dia nak makan kat sini. I'm glad dapat tumpang sekaki. HAHAA.. Next time boleh datang lagi cuba makanan lain pulak. Nak cuba Spicy Beef Olio tu!

MY LATTE QUEST:

Foodsbury ~ Salted Caramel Coffee Checked!
No Latte this time around.
(^__^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~