FOODSBURY CAFE
Address:
No. 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A,
Seksyen 9, 40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
Email: foodsbury@gmail.com
Twitter : foodsbury
FB: facebook.com/foodsbury
Tel No: 03-55245539
Open from Tuesday to Sunday
12:00pm to 11:00pm.
Orang Johor dari jauh dah tag nak makan kat Foodsbury bila dia datang berkursus di Shah Alam. Nasib baik dekat je dengan rumah. Maka (😅 hahaa maka??) pada hari yang dijanjikan kami pun sampailah ke sini. Owh jangan lupa share post berkenaan Foodsbury kat Facebook sebab boleh dapat diskaun 10%. Dekat kaunter sila tunjuk dan tuntut diskaun tu.
Dari luar memang nampak menarik, bila dah masuk, memang indah kabarnya berserta rupanya. HIHIHII.. Cosy sangat nak lepak kat sini. Setiap sudut memang menarik. Rambang mata nak duduk ceruk mana.
Kat sini boleh jumpa banyak gajah. Comel-comel semuanya. Cuba kira berapa ekor gajah yang boleh dijumpai! HIHIHII..
Mula- mula kami pilih untuk duduk di sofa ni tapi kemudiannya kena 'halau' sebab tempat ni dah ada orang reserve. HUHUHUU 😧 Tapi bukanlah halau cara kasar, muka waiter yang datang minta tukar tempat tu memang muka bersalah sangat sebab terpaksa suruh kami beralih. Kesian dia.
Jadi kami pilih untuk duduk di sudut ni. Lina kata sudut dulang maulud. HAHAHAA.. Dulang maulud pun dulang mauludlah. Walaupun jauh ke belakang tapi seronok sebab boleh berborak, bergambar sesuka hati. 😘
My dinner : Chilli Cheese Fries dan Salted Caramel Coffee. Nak kata makan ringan takde la ringan sangat sebab fries and cheese and meat, tapi sebab dah makan dulu sebelum sampai ke sini, jadi perut dah separa penuh. Ingatkan nak try Latte tapi bila duk scroll review kat Facebook dan Instagram, ramai yang order minuman2 hipster. HAHAHAA.. Lagipun takde gambar-gambar latte art. Jadi decide untuk order Salted Caramel ni. Sedap!!
Alhamdulillah dapat entertain Wana yang datang dari jauh ni. Nasib baik makanan di Foodsbury ni sedap katanya. Jadi tertunai sudah niat dia nak makan kat sini. I'm glad dapat tumpang sekaki. HAHAA.. Next time boleh datang lagi cuba makanan lain pulak. Nak cuba Spicy Beef Olio tu!
MY LATTE QUEST:
Foodsbury ~ Salted Caramel Coffee Checked!
No Latte this time around.
(^__^)
No Latte this time around.
(^__^)
No comments:
Post a Comment