Thursday, 7 April 2016

My Latte Quest : Lepaq Lepaq


LEPAQ LEPAQ


Address:
Lot 687, Jalan Ceylon Sekyen 57,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Email: tellus@lepaqlepaq.com
Website: http://www.lepaqlepaq.com.my

Opening Time: 10am onwards
Breakfast from 10am to 3pm
Meal from 4pm to 9pm

Dah lama tak buat sesi mengopi dengan Alin, jadi Ahad lepas kami menjejakkan kaki ke Lepaq Lepaq dan lepak di sana. Kagum sangat dengan building dua tingkat menghadap hutan Bukit Ceylon ni. Bila melangkah masuk dalam lagi la kagum. Disambut dengan bau roti fresh from the oven. Kami memilih untuk duduk di tingkat atas. Bila duduk kat table je waiter bagi menu dan The Lepaq Lepaq Times. Wow!! Menariknya. Dalam paper tu ada macam-macam, boleh buat crossword puzzle sementara menunggu makanan sampai. Yang paling menarik adalah Pantun Hari-hari.

Semua malas nak bangun pagi,
Bukan kerana sakit nak mati,
Tapi mood masih nak cuti,
Hari Isnin menjelma lagi.

Hari-hari makan laksa,
Sedapnya kuah ikan kelisa,
Badan kuat seperti perkasa,
Selamat menyambut hari Selasa.

Menangkap ikan pakai bubu,
Untuk hidangan nasi kerabu,
Kenapa masih dalam kelambu,
'Ofis' kau tutup ke hari Rabu.

Atas pokok ada penyengat,
Anak kambing baunya hamis,
Kenapa kau tak pernah ingat,
Janji nak belanja aku hari Khamis.

Sudahkah anda tunaikan solat?
Solat wajib 2 rakaat,
Bukannya apa cuma saja nak ingat,
Selamat hari Jumaat.

Hari-hari minum air batu,
Minum sampai rahang kematu,
Tengah sibuk sangat ke tu?
Sampai tak ingat janji dating hari Sabtu.

Minta garam barang secubit,
Untuk perasa sayur salad,
Saja jalan nak buang duit,
Hari ni kan hari Ahad.

Bila dah sampai di Lepaq Lepaq kena la order dia punya signature drinks : Rainy Day Chocolate or Rainy Day Coffee. Cari Rainy Day Latte takde la pulak dalam menu. Jadi Latte Quest kali ni tak berjaya sebab Rainy Day Chocolate lagi menarik. Alin order Rainy Day Coffee yang katanya itu adalah Americano or Kopi O. Nasib baik tak order! Hanya Alin yang berani minum kopi pahit. HAHAHAA.. 😅

Tengoklah cotton candy tu masa mula-mula sampai di meja. Fluffy sangat!! Sayang nak makan. Jakun la juga sebab tak tahu kaedah nak minum benda alah 'rainy day' ni. HAHAHAA.. Should we eat or should we let it melt. Teori yang kami buat sendiri, biar melting masuk dalam cawan, so coffee tu jadi manis. Tapi dia punya melting tu sikit saja yang masuk dalam cawan, selebihnya merata-rata meleleh. HUHUHUU..

Oleh kerana dah terpikat dengan bau roti yang sedap ketika mula-mula buka pintu tadi, jadi wajiblah pilih roti yang nampak sedap semuanya. Memang tak rugi sebab memang sedap Sticky Walnut Rolls, Marimo dan Chocolate Bomb! Lepaq Lepaq ada signature cake which is Nasi Lemak Cheese Cake, tapi tak beranilah nak order, takut tak kena dengan tekak. Kalau sanggup belanja lebih, orderlah signature dessert Lepaq Lepaq; Rainbow. Harganya RM22.00, flavorful cotton candy yang besar gabak. Kami tengok je lah orang lain order. :)

Lagak ngeri seperti ni memang biasa, boleh berlarutan sampai setengah jam. Sampai cotton candy mencair still jugak belum start makan. Masing-masing bab ambil gambar kemain kalah professional photographer. HAHAHAA.. Tapi tak mengapalah walaupun angle kelaut, asalkan puas hati. Belajar lagi Insyaallah boleh improve lagi lepas ni. HIHII..

My Rainy Day Chocolate

Alin's Rainy Day Coffee

Melting!

Yummeh...

Selfie.. a must!

Thank you Lepaq Lepaq for the lovely experience. Ada rezeki kita jumpa lagi sebab belum rasa latte nye. HIHII..

A really nice place to lepak with a cup of coffee.
A really nice place to lepak with sticky walnut rolls.
A nice place to lepak with honey baked chicken ham benedict.
A nice place to lepak over conversations.
Lepak with a modern twist I guess. 😘

MY LATTE QUEST:
Lepaq Lepaq ~ Rainy Day Chocolate checked! 😍
No Latte this time around.
(^__^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~