Wednesday 3 April 2013

Petanda-petanda Hidup Semakin Sukar

dari sudut pandangan si bijaksana bijaksini...

Pertama:
Apabila tali bra sudah bergulung
dah takder getah... hahahaa...
siapa pernah angkat tangan!!
aduhai...

Kedua:
Apabila beratur panjang di ATM akhirnya 
terpampang kat skrin suruh masukkan 
jumlah pengeluaran dalam gandaan RM50...
terpaksalah batalkan urusan transaksi
kerana dalam akaun hanya ada RM11.80...
terpaksa cari ATM lain untuk keluarkan RM10.00...
aduhai...

Ketiga:
Apabila isi minyak kereta tapi macam useless jer 
sebab meter minyak masih berklip-klip...
hahahaa... kalau motor RM5.00 dah boleh penuh...
aduhai...

Keempat:
Apabila pandu kereta buka tingkap di hari panas terik...
ini amat menyedihkan sebab berpeluh-peluh, mekup pun cair
tapi tak boleh bukak aircond sebab minyak nak abis
takut nanti enjin mati tengah jalan...
aduhai...

Kelima:
Apabila terpaksa mengelak keluar minum teh tarik dengan kawan2
dan bagi alasan ada kat kampung...
hahahaaa... padahal ada jer kat umah...
sebabnya nak minum teh tarik boleh jer...
tapi bila tengok orang makan roti telur takkan tengok jer...
aduhai...

aduhai, adoyai, athoii...
cukup setakat ini dulu...
sedih sungguh rasanya...
ada banyak lagi...
nanti sambung part 2 plak...

(~_~)" adesss...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wELcomE

I still fall on my face sometimes and I.. Can't color inside the lines 'cause.. I'm perfectly incomplete.. I'm still working on my masterpiece and I.. I wanna hang with the greatest gotta.. Way to go, but it's worth the wait, no.. You haven't seen the best of me.. I'm still working on my masterpiece ~Jessie J - Masterpiece~